webnovel

Malam Pertempuran Darah

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Dewan makan itu terus jadi gegak-gempita. Meja-meja dan kerusi kayu dihumban, pinggan mangkuk jatuh berderai dan makanan bertaburan di atas lantai. Sup dan air minuman mengalir dan bertakung atas lantai batu yang tidak sekata itu.

Ini kali pertama dua anak lelaki Calvin Kant menyaksikan pertempuran seganas ini dari jarak dekat. Anak lelakinya yang lebih tua, Cole, menghunus pedang dengan wajah bengis untuk melindungi ayahnya. Ini jauh berbeza daripada sikapnya yang sering bermain-main semasa berlatih pedang. Anak lelaki bongsunya pula, Lance yang berusia 17 tahun, terketar-ketar di belakang kerusi Calvin.

Calvin mengeluh dalam hati. Kalau dia tidak ada Edith, anak-anak lelakinya tidak akan nampak begitu tak berguna seperti ini. Jurang di antara anak perempuan dan anak-anak lelakinya sangat besar. Mungkin mereka berdua pun sudah lama tahu dan menerima hakikat itu dan mereka sudah tidak ada keinginan untuk cuba menandingi kakak mereka lagi.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com