webnovel

Laporan Penentuan antara Hidup dengan Mati

Translator: EndlessFantasy Translation Éditeur: EndlessFantasy Translation

Sejak kebelakangan ini, Yorko menikmati hidup yang begitu selesa.

Raja Dawn masih gering dan Putera Roland juga nampaknya sudah lupa tentang dia. Hanya orang-orang bangsawan sahaja yang menyedari kehadiran duta asing ini di bandar mereka.

Yorko seronok menghadiri jamuan-jamuan mewah dan sering menghabiskan masa berfoya-foya dengan Denise, yang membawa dia masuk tempat-tempat hiburan mahal serta rumah pelacuran eksklusif. Semua godaan dan nikmat melimpah-ruah di bandar besar ini tidak mungkin dapat dikecapi Yorko kalau dia masih terperuk di Graycastle lagi.

Semua ini didapati kerana dia memegang gelaran "duta diraja Wimbledon".

Walaupun pangkatnya hanya setaraf dengan seorang Earl, tetapi dia boleh dikatakan mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding jawatan Earl. Seorang Earl hanya berkuasa dalam tanahnya sendiri, tetapi Yorko pula bebas bergelumang kemewahan dan bergaul dengan orang-orang atasan di kerajaan lain juga.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com