webnovel

Kepulangan ke Bandar Diraja

Translator: EndlessFantasy Translation Éditeur: EndlessFantasy Translation

'Bandar Diraja! Selepas setahun setengah, akhirnya saya sudah kembali!'

Hati Barov bersiul riang apabila dia memerhati tembok batu biru itu semakin hampir ke arahnya.

Dia sudah rasa begitu teruja sejak dia menerima perintah Putera Roland tempoh hari. Baginda berjaya menewaskan Timothy dengan mudah seperti yang dijangkakan. Pencapaian ini sudah membuktikan sekali lagi bala tentera Pemerintah Rantau Sempadan memang tidak tertanding oleh sesiapa pun.

Sekarang gelaran "Pemerintah Rantau Sempadan" sudah tidak begitu sesuai untuk Putera Roland.

Baginda ialah satu-satunya anakanda lelaki Raja Wimbledon III yang masih hidup. Mengikut keturunan darah dan pewarisan, kini Baginda ialah pemerintah yang sah dalam keluarga diraja itu.

Semua halangan Baginda untuk menaiki takhta telah disingkirkan.

Bila-bila masa sahaja, Roland akan ditabalkan menjadi Raja Wimbledon.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com