webnovel

Kepercayaan Teguh

Translator: EndlessFantasy Translation Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Saya dapat mata pertama!"

Andrea menyelak rambutnya dengan penuh anggun untuk mengibaskan emping-emping salji yang bertebaran tadi lalu berkata, "Sekarang giliran awak untuk mengangkutnya."

"Sekejap. Kenapa saya pula?" Ashes bertanya tidak puas hati.

"Sebab awak kuat," Andrea membalas kering. "Ini pertandingan berpasukan, jadi kita mesti bekerjasama. Jangan lupa, kita mewakili Pulau Beradu. Kalau kita kalah hanya sebab awak terlalu lembab mahu mengangkut makhluk iblis, entah apa kata Puteri Tilly nanti. Saya tak mahu bertanggungjawab."

"Tangkapan pertama yang berjaya! Nightingale, awak nampak itu?" Selepas itu Andrea terus berpaling daripada Ashes. Ashes hanya mampu memberi pandangan maut ke arah belakang Andrea sebelum dia tunduk dan mengangkut khinzir iblis yang pengsan itu.

Betul, Andrea memang tidak larat mahu angkat haiwan seberat ini.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com