webnovel

Keazaman Membara

Translator: EndlessFantasy Translation Éditeur: EndlessFantasy Translation

Rene berjalan keluar dari rumah agam Earl Rusa Tanduk sambil mengecilkan matanya. Dia menarik nafas panjang. Sudah dua minggu dia tidak melihat sinar matahari dan merasa kedinginan salji.

Rene terperanjat apabila mendapati askar-askar berbaju seragam di mana-mana, tetapi mereka bukannya sedang menjarah dan menyelongkar rumah agam itu, sebaliknya sedang berkawal rapi. Tompok-tompok darah boleh kelihatan atas tanah bersalji itu, tetapi tidak ada mayat atau kesan carikan kain pun. Jadi semasa askar-askar ini membersihkan mayat tadi, mereka tidak cuba mencari barang berharga pada mayat-mayat itu? Ini semua mengesahkan lagi andaian Rene. Angkatan tentera ini memang lain daripada yang lain.

"Bagaimana dengan keadaan Petrov?" Dia memandang Kapak Besi. "Bagaimana dengan... Kubu Longsong?"

"Semuanya baik-baik saja." Lelaki asing yang tinggi dan bertubuh sasa itu tidak banyak bercakap, tetapi dia menjawab setiap kali Rene bertanya.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com