webnovel

Roland risau dia tersalah dengar. "Apa?"

Scroll mengetapkan giginya dan mengulang kembali soalan tersebut.

Kali ini, Roland yakin dia tidak tersalah dengar dan berkata dalam hati [Scroll risaukan perkahwinan beta?]. Kemudian dia berkata, "Adakah awak yakin semua ahli sihir tidak mampu mempunyai anak? Adakah ini kerana… sebab-sebab tertentu? Sebagai contoh, Pergunungan Suci sebelum ini."

"Harapnya begitulah," Scroll mengeluh. "Malangnya, tiada satu dokumen menyatakan seorang ahli sihir yang mempunyai anak dan sudah banyak kes yang membuktikan teori ini. Persatuan Kerjasama Ahli Sihir atau mana-mana organisasi belum mempunyai pengalaman ahlinya mengandung sama ada hubungan normal ataupun secara paksa."

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com