webnovel

...

"Pakaian, kasut, bekas air, sudu dan garfu." May melihat setiap barang dan mengira dengan jarinya. "Ada apa-apa lagi yang patut saya bawa?"

Lantai berterabur dengan pelbagai barangan rumah, dari bekas air hinggalah mangkuk kayu.

'Tempat tidurlah yang paling penting,' Fikir Irene dan kemudiannya berkata, "Baik awak bawa satu set bantal, alas cadar dan selimut."

Rosia dan Fait tertawa kuat mendengarkan perkara ini. Namun, mereka menjadi senyap sebaik sahaja May merenung mereka tajam. "Tempat tidur tidak penting. Carter cakap dia akan membeli yang baru di pasaran. Ada khabar angin mengatakan yang alas tidur itu kepunyaan empat keluarga besar dan diambil dari ruang bawah tanah rumah mereka."

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com