webnovel

Di Atas Dinding Laut

Translator: EndlessFantasy Translation Éditeur: EndlessFantasy Translation

Sambil Dayang Perawan perlahan-lahan menghampiri pelabuhan, Tilly dapat melihat dok itu dipenuhi ahli-ahli sihir yang datang untuk menyambut kepulangannya.

"Cik Puan sudah balik!" Molly orang pertama yang meluru ke arah Tilly dengan bantuan Khadam Saktinya.

"Tak adil macam itu!" Honey melaung tak puas hati.

"Yalah! Mana Orbit? Buka Pintu Sakti awak supaya kami boleh pergi juga!" Shadow menjerit.

"Sudah, jangan tarik saya! Jangan guna kebolehan saya untuk kacau Cik Puan Tilly!"

Ahli-ahli sihir lain ketawa besar melihat telatah mereka berempat. Tilly rasa segala kerisauannya sepanjang beberapa bulan lepas terus hilang apabila melihat senyuman di wajah mereka.

Walau dia mengembara ke hujung dunia pun, inilah kediamannya yang sebenar. Kerajaan yang dibina ahli sihir untuk ahli sihir.

Camilla Dary menyambut Tilly apabila dia menjejakkan kaki di atas dok. "Awak sudah pergi terlalu lama, saya takut awak tak mahu balik-balik lagi ke sini."

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com