webnovel

OooopOCOT RAYA!!

"Puasa kalini, tak cukup sebulan. Dua puluh sembilan hari je. Macam mana dengan raya, dikira cukup sebulan ke..."đŸ€”đŸ€”đŸ€”

Salam guys!! salam raya mengejut!! dah nak dua minggu raya, baru aku memunculkan diri. Dah macam syaitan di bulan puase..huhuhu😝😝😝

Disebabkan keTERHADan masa nak prepare sambut idulfitri. Mengejut pulak tahun ni, ajenya tak sempat nak prepare langsung. Baju raya, malam istihar tu juga, aku dengan family terjun ke pasar malam raya. Beli baju pon, diskaun teruk sebab taukey kedai baju pun terkejut. Esok dah nak raya..Haaa...apa cita😜😜😜

Jujur aku cakap. Rumah macam tongkang pecah. Lauk nak masak rendang, sebelum subuh raya dah terjah cari ayam. Aku...sempat jugak bergaduh dengan adik sebab kelam kabut mengemas rumah..đŸ˜–đŸ˜–đŸ˜±đŸ˜±đŸ˜±..nawaitu, almaklumlah...terkejut sekaliđŸ€—đŸ€—đŸ€—. Terbang entah ke mana. Penat sangatđŸ˜ȘđŸ˜ȘđŸ˜Ș

Tema raya kalini, warna biru kuat. Atau orang panggil dark blue. Nasib badan masing-masing mengecil disebabkan puasa punya pasal. Adalah saiz...kalau tak...mencari-carilah sampai raya.😉😉😉

Tapi..jujur aku katakan. Walaupun, tak sempat nak pergi beraya hampir ke semua rumah kawan. Janji, aku dapat jumpa kawan dunia akhirat. Kau bayangkanlah...bersyukurnya aku waktu tu, sampai dua kali pergi jumpa dia.😂😂😂 Aku memang tabik, dengan sabar dan kuatnya sahabat baik aku.😊😊😊

Mana tidaknya, hampir lapan belas tahun, aku tak jumpa dia.😂😂😂 Macam macam cerita, dia ceritakan pada aku.

Dia memang diuji olah Allah. Allah sahaja yang tahu.

Mungkin dendam kesumat atau dendam cik Maria. Aku tak tahulah, tapi boleh aku katakan yang setiap perjalanan jam teruk yang amat. Oleh sebab itu, aku dapat pergi dua biji rumah je.Rumah ustaz sebiji, wakil cikgu-cikgu. Rumah kawan sebiji-wakil semua kawan.😌😌😌

Jalan padat. Memang padat. Kalau ada yang naik basikal, konferm dia sampai dulu.😏😏....

Aku tak banyak nak cerita sangat, cuma aku nak share sikit sketsa raya tahun 2022. Banyak kelam dari kabut. Memang nasib je..sebenarnya..

Selamat raya!!!đŸ„°đŸ„°đŸ„°đŸ„°