Idea, tips dan solution.
Perkenalan Shadrina dengan majikannya, Shafiz telah memutikan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Hari demi hari, hubungannya dengan Shafiz semakin erat dan telah mengundang sekeping hati milik seseorang kehancuran! Tanpa sedar, Zenia, juru akaun merangkap kawan baik Shafiz di pejabat itu telah berdendam pada Shadrina. Sejak wanita itu bekerja di Shaf Engineering Sdn Bhd, perhatian Shafiz terus terarah pada wanita itu sahaja. Dia yang selama ini sudah memendam perasaan pada Shafiz terasa telah diabaikan. Kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana. Segala rancangan Puan Hanifah untuk memisahkan Shafiz dan Shadrina tidak berjaya. Sudahnya, dia terpaksa mengunakan cara kotor untuk menyatukan anaknya, Zenia dengan Shafiz. Bagai cacing kepanasan Puan Hanifah bila mendapat tahu yang Shadrina sudah mengandung. Pelabagai cara dia gunakan untuk mengugurkan kandungan Shadrina. Walau pun sudah bekerjasama dengan besannya sendiri, Puan Zainab, namun rancangannya tetap tidak berjaya. Seolah, ada takdir indah yang selalu menyebelahi Shadrina dan Shafiz. Adakah hubungan tanpa restu Shadrina dan Shafiz akan terus berpanjangan sehingga ke syurga? Atau hubungan mereka sekadar terputus di tengah jalan? Mampukah Zenia memiliki cinta Shafiz sepenuhnya?
Beryl Hortencia Lewelda, seorang gadis pintar di kampusnya yang disenangi ramai kerana kebaikan dan kecantikannya. Namun,tak kurang juga yang ingin membunuh mahupun menculiknya kerana status keluarganya yang kaya-raya. Oleh itu,sang ayah iaitu Sir Ivan McGonagall's telah mengupah seorang bodyguard yang handal untuk mengawasi dan melindungi anak gadis kesayangannya itu. Tapi bodyguard ini selalu bertindak kejam dan tiada siapa yang mengetahui identiti sebenarnya. Meskipun begitu, sang bodyguard ini ada juga sisinya yang sweet. Dia harus melakukan apapun demi untuk memastikan gadis kesayangannya sentiasa selamat.
Malam sebelum perkahwinan mereka, tunangnya lari bersama-sama perempuan simpanannya. Dengan perasaan kecewa, dia terus memilih lelaki yang berada di hadapan Pejabat Urusan Awam. “Presiden Mo, pengantin perempuan kamu tidak datang dan pengantin lelaki saya sudah lari. Boleh saya cadangkan kita berkahwin?” Sebelum berkahwin, dia berkata, “Kalau kita berkongsi katil yang sama sekalipun, tiada apa-apa yang akan berlaku antara kita!” Selepas berkahwin, si lelaki berkata, “Kalau kita tidak cuba, bagaimana kita mahu tahu?”
selepas itu; ungkapan yang klise...jadi harus bagaimana?
Lelaki ini kembali menyukai mantan kekasihnya 4 tahun lalu.
Cerita ini mengisahakan hubungan kekeluargaan, persahabatan dan kasih sayang sesama manusia. Atirah watak utama cerita yang merupakan anak angkat kepada kawan baik ibunya. Ibu kandung Atirah meninggal dunia setelah melahikannya dan ayahnya menghilangkan diri. Atirah dikecewakan dan cuba untuk memulakan hidup baru dengan bantuan ahli keluargannya dan kawan baiknya, Atikah. Perjalanan hidup Atirah mengajar dirinya untuk lebih matang dalam kehidupan. First time cuba tulis cerita. Cerita ini adah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup atau yang dah meninggal atau pun yang belum lahir.