webnovel

Salah mention

Kampung Ngor, Sauk-12 tgh malam.

Guys...guys...guys....always, guys. Where the gurlzzz?? ahaks😁😁😁

So...bila bukak je chapter, ayat keluar je. 'So'...so what?!!🙄🙄

Berbalik pada cerita yang aku nak sampaikan pada kau orang.

Geng, aku salah seorang candidate PLKN, yang mana-mana budak seseries aku akan tahu apa itu PLKN, yang membawa erti hak kebebasan dikawal selia dan balik sahaja kem dengan muka hitam legam🧕🏾🧕🏾🧕🏾(Macamlah muka aku putih berbeno🙄🙄). Crush kau orang pun, memang tak nak pandang dah kau orang.🙃🙃

Jadi, aku ada kawan yang aku kenal di PLKN. Someone yang aku tak expect akan jumpa balik. Sebab, tanyalah dekat plkn tu. Hampir semuanya tak kenal aku...hahhaha..bangga dohhh.😝😝😝d

Entahlah...aku tak tahu.🤷‍♀️🤷‍♀️ Mereka kenal lagi ke tidak. Tapi, yang pastinya. Aku kenal diri aku, sudah.😚😚. Tapi, nak kata aku tak ada geng disana. Ramai juga. Sekarang, geng aku dah banyak yang sudah ke jinjang pelamin. Aku dengan kawan aku sahaja yang tinggal, pelamin anganku hilang😌😌😌. Hahaha!!

Kawan aku, termasuklah Najwan Shah yang tersenarai, kawan yang tak boleh pakai.. Haishhhh!!!. Dia baik orangnya...saja gurau kasar..hahah!!! Tapi, ini bukan kisah dia...🙅‍♀️🙅‍♀️

Nama dia adalah, Ieyka(bukan nama sebenar)...heh.heh. Kalau nama sebenar, tak sependek macam itu.😆😆😆 Pasal, macam mana boleh jumpa, tak tahulah. Mungkin dah jodoh...aiseh!!🤭🤭🤭 Aku boleh pula terserempak dia di dalam kedai, time aku kerja. Woah...gempak doh.😲😲

Kau orang mesti tertanya-tanya, kenapa aku nak cerita fasal kawan aku. Sebabnya...😏😏😏

Dia telah mengingatkan aku janji-janji hutang pajak gadai emas, diamond😎😎😎. Nampak tak kekayaan aku yang fatamorgana. Dah, jangan nak merempit ke jalan salah. Sememangnya, aku ada juga kawan lain yang mempunyai nama yang sama. Ohoh...😒😒

Ceritanya, bergini. Aku, baru update gambar.🤓🤓 Semalam punya keslah. Time update gambar dalam instagram, gambar langit biru, yang dihiasi warna ungu dan merah oren. Wahhh...lawa benar yang langit itu.🙊🙊🙊 Aku selalunya letak caption and mention missing someone. But.....

Tersalah mention nama orang..wahahaha..malu doh. 🙈🙈🙈Nasiblah, kawan aku perempuan. Kalau kawan aku lelaki. Mati aku. Malu tahap Vavi..wahhhhh...😆😆😆

Fikir balik. Sememangnya aku suka memalukan diri. Haih!!!!😩😩😩

Bab, bila sebut Plkn, Dekat sana, mereka akan sediakan baju, seluar dan kasut. So, aku kategori kaki pump-pump ni, tahu sahajalah. Chubby comel gitu. So, saiz kaki agak lebar😑😑😑. Jadi, aku diberikan saiz besar yang aku boleh pakai, dan lelaki pon boleh pakai. Sangat selesa. Serius aku habaq kau orang. Dapat free pula tu. Jadi, tersangatlah selesa..😅😅

Disana, ada beberapa buah kelas dalam around tujuh ke lapan buah kelas, and bila nak masuk kelas. Kena buka kasut.👟👟 Kau bayangkanlah, bukan aku seorang sahaja ada kasut yang sama. Jadi, bila dah buka kasut, memang konfiden kau WAJIB kena kenal kasut kau balik.🤦‍♀️🤦‍♀️🤦‍♀️

Semua sama, bau kaki berbeza.🤣🤣

Entahlah macam mana, aku sejenis yang kelam kabut. Bila nak pergi balik ke kawasan asrama. Automatik, aku sarung je kasut mana yang ada.🙃🙃 Sama saiz, sama rupa je. Jadi, masa aku dalam pertengahan jalan. Aku rasa macam sesuatu...sesuatu yang kau orang rasa pelik. Lama jugaklah sampai waktu riadah.

Perempuankan...bila pakai kasut. Tak lasak sangat. Bila aku usya je balik kasut yang aku pakai😧😧. Tapak kasut dia haus gila. Terkejut jugaklah aku...haaa....😨😨

Aku cari punya cari...😟

Someone dari lelaki yang kau kenal, tanya aku. Kalau-kalau aku ada tertukar kasut...hahahah.. Malu tahap awan aku dibuatnya😳😳. Nasib dia hensem..sikit je😣😣. Cuma aku sahaja nampak dia, hensem lebih😁😁😁.

Bagi akulah...bukan sengaja aku nak memalukan diri.🤭🤭..tapi, nak buat macam mana kan...dah perangai aku..ceh!!! salahkan perangai pula. Ada sahajalah..nak elak diri😜😜

Jadi sekarang, aku pon nak elak diri dari membuka cerita aku yang memalukan. Bubye!!😝😝