webnovel

Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya

Yun Luofeng, orang bijak dari Sekolah Perubatan Huaxia, telah mati kerana satu kemalangan, dan rohnya dipiindahkan ke dalam jasad Cik Sulung yang tidak berguna dari Kediaman General di Benua Longxia. Bukan sahaja sampah ini tidak berbakat dalam seni sastera dan seni pertahanan diri, tapi dia jenis orang yang cantik tapi tidak berotak, angkuh, dan keras kepala. Dia tidak rasa cukup walaupun dengan tunang yang sempurna seperti Putera Mahkota. Dia telah mencabul seorang lelaki secara paksa di tempat awam, membuatkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Namun, sampah itu tidak boleh menanggung kejutan itu lalu menggantung diri untuk menamatkan nyawanya. Setelah membuka matanya semula, dia bukan lagi Cik Sulung yang tidak berguna. Dengan perjanjian Kod Dewa Perubatan, dengan memiliki ruangan tumbuhan rohani, dan tangan ajaib yang mampu menghidupkan semula orang yang mati, kebolehan perubatannya pasti akan mengejutkan dunia! Dari keluarga Diraja dan bangsawan kepada pedagang dan keluarga lama yang berpengaruh, mereka semua akan bersaing untuk mengambil hatinya. Hinggakan Putera Mahkota,yang telah memutuskan pertunangan mereka, datang untuk merujuk semula hubungan mereka? Oleh kerana itu, seorang lelaki misteri yang akhirnya tidak dapat menahan lagi lalu menyatakan, "Siapa sahaja yang berani datang dan menyakiti wanita saya, silakan datang tapi tidak akan pulang!"

Xiao Qiye · Fantaisie
Pas assez d’évaluations
1241 Chs

Memutuskan Pertunangan (3)

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Mata Yun Luo sedikit demi sedikit menjadi semakin dingin, mata yang tangkas dan kuat itu melihat ke arah pegawai-pegawai yang tunduk mendiamkan diri. Matanya bagaikan bilah pisau tajam yang ditikam ke belakang mereka.

"Tuanku, hal memutuskan pertunangan ini pilihan cucu Patik. Jika Tuanku mengasihani pegawai tua ini, tunaikanlah permintaan ini."

Dia memusingkan kepalanya dan melihat ke arah Gao Tu, nada suaranya agak tegas.

"Baiklah!" Mata Gao Tu menyala seperti obor. Dengan penuh maruah dia berkata, "Oleh kerana Jeneral Yun yang meminta begitu, Beta akan perkenankan. Tapi Jeneral Yun, jangan menyesal pula kelak!"

"Patik tidak akan menyesal!" Mata Yun Luo menjadi lebih tegas dan berazam. "Patik masih ada satu hal lagi untuk dibincangkan, harap Tuanku izinkan patik menggunakan kertas perintah kosong yang telah dijanjikan, untuk cucu Patik. Perintah itu, mulai dari sekarang, kalau cucu saya bertembung dengan ahli Keluarga Diraja, dia tidak perlu tunduk hormat."

Dari mula hingga akhir, Yun Luo tidak pernah menyebut tentang hal pingat emas bebas-kematian.1

"Diizinkan!" kata Gao Tu, acuh tak acuh, sambil melambaikan tangannya.

Jika benar dia telah melakukan sesuatu yang menyinggung Maharaja, Maharaja boleh sahaja menghantar pakar terbaik untuk membunuhnya, jadi tidak kisah jika seseorang itu memiliki pingat emas bebas-kematian atau tidak.

Walaupun Maharaja tidak mengizinkan semua itu, apa boleh dilakukannya?

Orang tua itu telah mengeluarkan kertas perintah kosong itu. Apa lagi yang mampu dikatakannya? Lagipun, kertas perintah kosong itu sesuatu yang telah dijanjikannya dari awal lagi.

"Jika tiada apa-apa lagi, kamu semua boleh bersurai."

"Pegawai-pegawai boleh membawa diri."

Ketika Gao Tu berdiri dengan letih, semua pegawai mula berkumpul, meninggalkan dewan utama itu dalam kelompok dua, tiga orang.

Mu Xingchou berjalan ke sisi Yun Luo, dia menyeringai ketika memerli, "Yun Luo, disebabkan pilihan kamu hari ini, cucu kamu tidak akan dapat mencari suami! Namun, mungkin masih ada yang sudi menerima cucu kamu - golongan pengemis. HAHAHA!"

Ketika dia bercakap, Mu Xingchou ketawa dengan sombongnya, "Yun Luofeng, walaupun sampah itu menggunakan seluruh hidupnya, dia tidak akan dapat setanding dengan kuku kaki cucu saya Mu Wushuang! Tambahan lagi, dengar nasihat saya, tidak kisah sehebat mana pun bakat Keluarga Yun kamu, tidak ada gunanya. Kenapa tidak membesarkan anak perempuan yang sangat hebat sahaja? Yun Qingya dalah cendekiawan nombor satu dulu. Bakat bapa Yun Luofeng juga boleh tahan. Tapi akhirnya, mereka kalah ditangan Keluarga Mu kami. Kamu tahu kenapa?"

Riak wajah Yun Luo menjadi sangat marah. Tangannya digenggam sehingga tulangnya berbunyi. Matanya yang tajam seperti pisau menjeling Mu Xingchou.

Mu Xingchou sedikit pun tidak takut kepadanya. Dia menyeringai dan terus bercakap, "Ini kerana Keluarga Mu kami membesarkan Mu Qin. Di dalam istana, tiada perempuan yang digemari seperti Permaisuri Qin. Walaupun setelah kematian ibu kandung Putera Mahkota, Permaisuri Qin juga yang mengambilnya sebagai anak angkat dan membesarkannya! Sekarang, Keluarga Mu membesarkan seorang lagi perempuan yang luar biasa, Mu Wushuang! Di masa akan datang, dia akan menjadi ibu kepada negara kita ini! Keluarga Yun kamu melahirkan dua orang anak lelaki yang pendek umur, dan selepas kesusahan yang begitu ditambah pula dengan cucu yang tidak berguna!"

"Jadi..." dia berhenti sekejap, bibirnya senyum mengejek. "Tidak lama lagi, Keluarga Yun akan hanya tinggal kenangan! Tunggu saja selepas kamu mati, Yun Luofeng akan diseksa dengan penindasan semua orang, menjalani kehidupan yang lebih teruk dari mati!"

Yun Luo menarik nafas yang sangat dalam, genggamannya bergetar sedikit. Jelas sekali, dia bergelut untuk menahan dirinya dari keinginan hatinya untuk membunuh.

"Kamu tidak perlu bimbang! Saya masih boleh hidup 50, 60 tahun lagi! Mahu tindas Feng'er kami? Jangan berani fikirkan pun tentangnya!"

"HAHAHA." Mu Xingchou ketawa dengan sangat kuat. "Jadi pukaulah diri kamu sendiri! Bagaimanapun, tidak kira bagaimana kamu menafikannya, kamu tidak boleh mengubah hasilnya! Keluarga kamu akan selamanya tidak layak dibandingkan dengan keluarga Mu saya, dan kamu akan menjadi sejarah tidak lama lagi!"

Setelah selesai bercakap, Mu Xingchou tidak lagi memandang ke arah Yun Luo yang sedang marah itu. Dia ketawa dengan bongkak ketika keluar dari dewan utama itu.