30 Memutuskan Pertunangan (4)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Keluarga Yun

Di dalam bilik seorang wanita muda, bau ubat tersebar di seluruh ruangan itu, menutupi bau sebenar bilik itu. Yun Luofeng berdiri di depan tab mandi tanpa seurat benang, dia mengangkat kakinya perlahan-lahan lalu dengan berhati-hati meregangkannya ke arah tab mandi kayu itu. Kesakitan tidak terhingga menjalar di jari kakinya sebaik terkena air ubat dalam tab mandi itu. Dia menguatkan hatinya, dan menenggelamkan seluruh kakinya ke dalam tab. Pada ketika itu, kesakitan yang mengigit-gigit itu membuatkan tangannya ingin memotong seluruh kakinya, tapi dia faham jika dia tidak mampu bertahan dengan rintangan ini, dia cuma akan menjadi orang tidak berguna yang tidak boleh bertapa untuk selamanya!

'Xiao Mo, kamu sudah beritahu saya sebelum ini, mandian ubatan sangat menyakitkan, tapi saya tidak menjangka sakitnya sebegini." Yun Luofeng tersenyum pahit, tapi akhirnya merendamkan seluruh badannya. Ketika itu, dia berasa seperti kulitnya disiang dengan pisau yang banyak, sangat sakit sehingga dia teringin melonjak keluar beberapa kali, namun, apabila dia teringat akan akibat yang perlu dia tanggung jika dia gagal menahannya, dia kemudiannya mengetap giginya lalu terus bertahan.

"Tuan, buat yang terbaik, selagi kamu terus bertahan, selepas ini Tuan bebas menjelajah tanah besar ini!" Tidak ada salahnya jika dia bertahan. Sokongan Xiao Mo membuat hati Yun Luofeng terkejut, dan ekspresi teguh terpapar di wajah pucatnya, dan matanya yang menawan mengeluarkan cahaya yang membara dan ketenangan yang tiada taranya.

"Apa yang kamu katakan itu betul, saya harus terus menanggung sakit ini! Untuk diri saya sendiri, juga untuk Keluarga Yun ... ..." Dia menundukkan matanya, menyembunyikan kekuatan dan keangkuhan dalam matanya, "Saya ingin menjadi lebih kuat, saya mahu tiada siapa lagi yang berani membuli saya di tanah besar ini, saya mahu Mu Xingchou dan Maharaja anjing itu melutut di hadapan kubur ibu bapa saya dan meminta maaf satu hari nanti! Saya juga mahu ... ... memijak seluruh benua ini di bawah kaki saya!"

Dia tidak pernah rela menjadi setara dengan orang lain, dalam kehidupannya yang lalu, dia tidak pernah jadi begitu, di kehidupan ini juga dia tidak akan begitu. Dalam kehidupannya yang lalu, dia tekun belajar untuk membalas budi mentornya, di dunia ini, dia akan berusaha demi dapat terus hidup di tanah besar ini ... ... Dalam kesakitan yang teramat, Yun Luofeng telah pengsan beberapa kali, dan akhirnya, seluruh badannya menjadi kebas! Tapi dia berjaya mengharunginya. Sehingga air tab mandi yang asalnya berwarna hijau kerana herba perubatan perlahan-lahan menjadi hitam, barulah dia memanjat keluar dari tab mandi itu. Satu jam! Satu jam itu terasa bagai berabad lamanya, sangat sukar untuk ditanggung! Dan sangat menyakitkan, dia masih harus menanggung kesakitan empat kali lagi ... ... Namun, setelah merasainya buat pertama kali, dia tiba-tiba merasa kesakitan seperti ini, tidak akan lagi tidak tertanggung seperti mula-mula tadi. Memang jelas Yun Luofeng seorang yang tidak praktikal. Kesakitan mandian perubatan pertama ialah yang paling ringan, semakin dekat dengan penghujung, ia semakin sukar, sehinggalah pada hari kelima, Yun Luofeng menemui masalah yang sangat serius ... Kediaman Jeneral kehabisan wang! Tepat sekali, mandian perubatannya sebanyak empat kali bernilai dua puluh juta tahil. Itu simpanan Kediaman Jeneral yang dikumpulkan selama bertahun-tahun. Akhirnya dia membelanjakan kesemuanya dalam masa empat hari...Yun Luofeng buntu, dia boleh membayangkan kemarahan datuknya selepas melihat bilik simpanan itu kosong.

"Cik, Cik," pada masa itu, hambanya Qing Yan bergegas datang, wajahnya penuh dengan keresahan, "Cik, ada masalah besar, Mu Shen dari Kediaman Perdana Menteri Mu datang untuk berjumpa Cik. Jeneral tiada di rumah sekarang, apa kita perlu buat?"

Mu Shen?

Setelah mendengar nama itu, bibir Yun Luofeng tersenyum kecil, "Saya risaukan ketiadaan duit untuk membeli herba mandian perubatan yang kelima. Penghantar duit pula sampai..."

Ketika itu, di halaman depan, Mu Shen begitu resah ketika dia berjalan mundar-mandir, wajahnya dipenuhi kebimbangan. Sudah empat hari dia berfikir di rumah! Dalam masa empat hari itu, dia memikirkan banyak persoalan, kesemua persoalan itu berkaitan dengan seseorang - Yun Luofeng!

avataravatar
Next chapter