webnovel

SYAFIQAH

Selepas kejadian itu, Rykal mengambil cuti selama 3 minggu untuk menenangkan minda yang sedang serabut.Encik Ismail mengajak Rykal dan ayahnya untuk pergi bercuti di dubai agar mereka berdua dapat merehatkan dan juga menenangkan minda mereka.Mereka akan bertolak pergi ke Dubai pada esok hari jam 7 pagi.

Keesokan harinya,mereka bertolak daripada rumah encik Ismail ke lapangan terbang untuk pergi bercuti di Dubai.Mereka bertiga ditemani oleh 6 orang pengawal encik ismail untuk langkah berjaga-jaga. Singkat cerita, mereka semua telah menaiki pesawat. Rykal duduk di tepi tingkap sambil melihat permandangan di luar kapal terbang.Perjalanan mereka mengambil masa kira-kira 12jam 20 minit.

Setibanya mereka di Dubai, encik Ismail mengajak mereka semua untuk menyewa sebuah hotel.Encik Ismail membawa mereka ke hotel Burj Al arab.

Selepas selesai Segala urusan di hotel itu, encik Ismail membawa mereka ke sebuah restoran yang bernama Eauzone untuk makan petang.Rykal yang tiada selera untuk makan memutuskan untuk pergi bersiar siar.Encik Ismail menyuruh dua orang pengawalnya untuk ikut bersama Rykal namun Rykal menolak dengan alasan dia mampu menjaga dirinya.Tanpa diketahui oleh Rykal, encik Ismail menyuruh dua orang pengawalnya itu untuk tetap mengikuti Rykal tanpa disedarinya.

Rykal berjalan pergi tanpa mengetahui kemana tempat yang hendak dia tuju sambil memasang airpod di kedua-dua belah telinganya.Tiba-tiba Rykal tanpa sengaja terlanggar seorang gadis sehingga membuat buku yang dipegang oleh gadis itu terjatuh.Rykal terus membantu gadis itu sambil berkali-kali meminta maaf kerana tidak fokus melihat jalan.Rykal memperkenalkan dirinya kepada gadis itu dan tidak disangka gadis itu merupakan orang malaysia juga.Gadis itu bernama Nur Syafiqah Qistina.Dia berada di dubai kerana dia mengikut ibu dan ayahnya yang mempunyai urusan kerja di situ.

Rykal mengajak Syafiqah untuk bersiar bersamanya sekiranya dia sudi.Syafiqah yang tidak tahu mahu kemana menyetujui ajakkan Rykal.Rykal membawa Syafiqah ke sebuah mall yang tidak jauh dari tempat mereka berada.Rykal menghadiahkan seutas rantai emas kepada Syafiqah yang dia beli di mall itu sebagai salam perkenalan.Mereka meluangkan waktu bersama tanpa mereka sedar bahwa hari sudah mulai gelap.Rykal yang khuatir Syafiqah pulang ke rumahnya seorang diri memutuskan untuk menemaninya pulang.

Sebelum Rykal menghantar Syafiqah pulang ke rumahnya, Rykal menyempatkan dirinya untuk membeli buah tangan untuk diberikan pada ibu dan ayah Syafiqah.Singkat cerita, Syafiqah telah selamat tiba ke kediamannya sambil ditemani Rykal. Rykal memperkenalkan dirinya pada kedua orang tua Syafiqah dan memberi mereka buah tangan yang dia beli.Rykal meminta diri untuk pulang kerana dia risau ayahnya akan cemas kerana dia tidak kunjung pulang. Sebelum Rykal pulang, Rykal sempat memberikan Nombor telefonnya kepada Syafiqah agar mereka boleh berkomunikasi.

Di dalam perjalanan pulang, Rykal dijemput oleh dua orang pengawal encik Ismail yang mengikuti dia sepanjang hari. Pengawal itu berkata bahawa ayahnya risau akan keadaan anaknya dan menyuruh mereka untuk mencari keberadaan Rykal. Singkat cerita Rykal dan dua orang pengawal itu tiba di hotel mereka. Mereka pergi ke bilik masing-masing untuk merehatkan diri.Tanpa diketahui oleh Syafiqah, Rykal telah jatuh cinta kepadanya sewaktu pertama kali dia melihat Syafiqah namun, tidak diduga Syafiqah juga telah jatuh hati pada Rykal. Mereka berdua kerap kali tersenyum sendiri apabila teringat kenangan mereka bersama.Syafiqah berniat untuk menghantar mesej pada Rykal namun dia mengurungkan niatnya kerana dia tidak mahu menganggu Rykal berehat selepas membawanya bersiar-siar.

Mereka berdua tidur dengan keadaan yang sangat ceria sehingga mereka memimpikan satu sama lain.

BERSAMBUNG.....