"Welcome, ladies." sambut Wafiy dengan senyuman lembut. Tangan Hazhirah yang sedari tadi dipegang oleh Syazrina masih tidak dilepaskan.
"Leave my hand, babe." bisik Hazhirah.
Syazrina masih tidak melepaskan genggaman. Sebaliknya, dia memegang tangan Hazhirah sehingga mereka duduk. Wafiy ketawa. "Something is wrong with you, Mr?." tanya Syazrina.
"Nope. But I have a question." ujar Wafiy.
"What?" jawab Syazrina.
"You guys memang bercinta ke? As far as I know, the lady beside you ni dah ada suami." kata Wafiy.
Belum sempat Syazrina menjawab, Hazhirah bersuara. "No. Dia nervous nak jumpa dengan you." kata Hazhirah sambil menepis tangan Syazrina yang menggengam kuat tangan Hazhirah.
"I see. Shall we order?" jawab Wafiy. Matanya masih tidak berganjak memerhatikan tingkah laku Syazrina. Syazrina yang masih lagi tunduk sedari tadi cuba mengangkat wajah dan memandang Wafiy di hadapannya.
"Jangan malu, Rina. I just nak us get to know each other. Not straight away kahwin." kata Wafiy bersuara setelah melihat Syazrina yang berpeluh-peluh.
Hazhirah mencubit paha Syazrina yang membuatkan dia tersentak. Hazhirah menjengilkan anak matanya memandang Syazrina yang menyapu pahanya yang sakit akibat cubitan tersebut.
"I... I... Okay look, I tak berminat nak get to know you. Cause... I don't think that this is the right time." jawab Syazrina. Akhirnya! Mahu juga dia bercakap.
Wafiy mengangguk tanda faham. " Then I think we should get to know each other juga. Sebab, after this, who knows we can be friends." kata Wafiy. Setelah beberapa lama, Hazhirah melihat Syazrina yang sudah agak selesa bercakap dengan Wafiy. 'I hope this will work between them.' telah Hazhirah dalam hati.
Dia meminta diri ke bilik air. Dari situ, perlahan-lahan dia melarikan diri dan memesan Grabcar untuk pulang. Baginya, biarlah mereka saling berbual. Tak kenal maka tak cinta.
...
Pabila Hazhirah tiba di rumah, kedatangannya di sambut oleh Hajah Hamidah. "Hi, sayang mak ngah. Macam mana date tadi?" soalnya dengan nada teruja.
"Okay. Lepas nampak diorang macam selesa, Hazhirah buat alasan nak ke tandas lepas tu terus balik naik Grab. Kalau tak, memang Rina tak lepas Hazhirah balik. Melekat macam lintah dengan dia." balas Hazhirah.
"Baguslah tu." jawab Hajah Hamidah. Memang itu yang ingin dia dengari. Syazrina memang dari dulu tidak mahu mengambil komitmen dalam soal cinta dan perkahwinan.
Dania berlari dan memeluk kaki ibunya. "Mama... Mama... Let's play." katanya. Tangan kecilnya menarik jari ibunya.
Hazhirah mengikuti Dania. Dia melihat Amer yang sudah boleh berdiri. "See... mama... Adik stand." kata Dania sambil menepuk-nepuk tangannya.
Tanpa dia sedari, air matanya tumpah. Kalau diikutkan, tiada perkara yang lagi menggembirakan bagi dia sebagai seorang ibu saudara, atau lebih tepat lagi seorang wanita yang bergelar ibu. Walaupun Amer bukan anak kandungnya, tapi tidak pernah terlintas di fikirannya untuk membuatkan Amer rasa bagaikan anak angkat.
Hakikat yang Amylia dan Qalish akan membawa haluan masing-masing mesti akan memberi kesan dalam hidup Amer. Jadi, dia terima keputusan suaminya kerana dia tahu... Tengku Ryan Shah, lelaki yang tak akan buat sebarang keputusan terburu-buru. Dia akan berfikir sebelum dan selepas atau lebih tepat lagi, kesan yang akan berlaku dengan apa keputusan yang dibuatnya.
Hazhirah memeluk Amer. 'Pandai dah anak mama berdiri.' telahnya di dalam hati.
Usai habis minum petang, Hajah Hamidah meminta diri untuk pulang. Sementara itu, Syazrina yang tidak berpuas hati menelefon Hazhirah dan memarahinya kerana meninggalkan dia dan Wafiy keseorangan.
"Habis tu, kau nak aku duduk macam orang ketiga?. Aku ada banyak lagi kerja kat rumah. Lagipun it's a nice date. He looks like a decent guy." balas Hazhirah dengan sisa ketawa yang masih berbaki. Dia ketawa apabila Syazrina menceritakan bagaimana dia dengan tidak sengaja terkoyakkan lengan baju Wafiy kerana bracelet miliknya tersangkut pada lengan baju lelaki itu. Dia tidak meminta maaf sebaliknya berlalu pergi bagaikan tiada apa-apa yang terjadi.
"Kau ni babe, tak boleh pakai betul la. Cuba kau tengok muka dia, nampak je handsome tapi tak berguna. Tadi waktu on the way nak balik, hujan. Aku cakap aku sejuk. Dia bukannya nak jadi gentlemen dan pakaikan aku kot. Dia boleh pula boleh buat tak tahu! I boleh nampak yang kalau aku jadi bini dia, confirm beranak pun dia tak kisah." terang Syazrina panjang lebar.
Tawa Hazhirah semakin kuat. Syazrina mencebikkan bibir di hujung talian. "Okay, sorry babe. Tapi, takkan la dia kejam macam tu sekali. Aku rasa kalau kau get to know him better, mungkin semuanya akan okay. Lagipun give yourself some time to know him. Open your heart and perception about man. Mana tahu kot-kot dah jatuh cinta." perli Hazhirah.
Loceng pintu berbunyi. "Babe, nanti aku call. Rasanya suami aku dah balik. " kata Hazhirah lalu mematikan talian.
...
"B, are you okay?" sapa Hazhirah kepada Ryan yang kelihatan agak risau. Ryan menghembuskan nafas. Riak wajahnya menunjukkan sesuatu. Sesuatu yang mungkin menjadikannya seorang abang dan anak yang tidak baik.
"I ada bincang dengan Hafiz tadi. Pasal Amy. Dia suruh buat DNA test. I cakap okay. Tapi I takut... Takut kalau hakikatnya yang I tak dapat selamatkan imej keluarga kita dan buat pertama kalinya, I terpaksa tundukkan kepala kepada musuh."
"When you bow down your head, itu tak bermaksud you lemah, b. Orang yang tunduk adalah orang yang menerima segala dengan hati terbuka. Tapi betul juga apa yang Hafiz cakap, buat DNA test untuk tahu tu anak siapa. Insyaallah semuanya akan okay."
Hazhirah mengusap bahu suaminya perlahan. Usai mandi, Ryan tidur sambil bersandar di atas dada isterinya. Entah kenapa, hanya itu sahaja cara dia menenangkan dirinya. Isterinyalah pengubat bagi segala masalah yang dia ada.
...
"Salam bro. What's up?." kata Qalish yang kedengaran gembira. Mungkin dia sudah jumpa pengganti Amylia. Baru 3 bulan berpisah. Tak mungkin! Dia sudah dapat ketenangan dan kebahagian yang dicarinya kot.
"Wasalam. I called you to ask something. Did you touch Amy before?." Qalish terdiam di hujung talian. "No. I think I've told you before." jawab Qalish lagi.
"Yes, but..." Talian dimatikan. Ryan terdiam. Entah kenapa Qalish bersikap begitu. Mesti dia ada sembunyikan sesuatu.
Jannah mengetuk pintu bilik bosnya. "Bos, saya nak tanya kalau bos free petang ni? Saya nak ajak lunch."
"Boleh juga." balas Ryan. Dia mahu meleraikan segala serabut yang ada dalam kepalanya.
Ryan membuka Whatsapp dan menghantar mesej kepada Jefri. 'Aku nak kau cari Qalish. Kau culik dan ambil sampel DNA dia. Tak kira darah atau rambut dia. Aku bagi kau masa 3 hari. Satu lagi, siasat apa yang dia sembunyikan dari aku.'
Dia masih lagi tidak berpuas hati. Sudahlah Amylia buat hal. Dia pula perlu cari siapa bapa kepada kandungan adiknya. Tapi kalau difikirkan balik, semuanya pun berpunca darinya.
Kalau dari dulu dia tak jaga Amylia dengan baik, mungkin sekarang dia tak perlu malu dan menanggung kesan dari kelalaiannya.
Dia dan hidupnya yang sering berfoya-foya. Sering mempergunakan wanita sebagai tempat pemuas nafsu. Kalau dia tidak bersikap begitu, mesti dia akan menjadi contoh yang baik untuk Amylia.