8 tahun yang lalu...
"Jadi, apa deal kau bro dengan nerd tu?" tanya Rafiq. Ryan menghembuskan asap rokok dari mulutnya. "I was thinking... a month dating and then just pretend nothing had happened. Or... aku boleh buat one night stand." balas Ryan selamba.
David yang baru sampai menyampuk. "About mustard gurl? Again?" soal David. "Kau ni telinga tikus betul eh? Semua benda kau dengar." ujar Rafiq sambil membulatkan matanya. "Come on, man. Betul apa yang I said" sambung David.
Kelibat wanita tersebut membuatkan ada budak lelaki yang tersembur air ke muka rakannya di sebelah. "Eh, mustard gurl bro." kata Rafiq sambil menepuk-mepuk bahu Ryan. Tanpa David sedari, air liurnya meleleh. Wanita itu berhenti di hadapan Ryan.
"Happy now, baby?" tanya wanita itu dengan nada menggoda. Jari-jemarinya liar menyentuh wajah Ryan.
"Good job, sweetheart. Is it still on tonight?" bisik Ryan. Wanita itu mengangguk.
Mereka berpegangan tangan lalu menuju ke kelas bersama-sama meninggalkan David dan Rafiq yang masih lagi menahan perasaan. Wanita yang sexy macam tu jadi milik school playboy! Qalish yang terserempak dengan Ryan menegurnya.
"Bro, you're coming to my birthday party tonight?" sapa Qalish. Ryan melemparkan senyuman. Tandanya dia memang akan datang! "You're ..." soal Qalish lalu memandang kepada wanita di hadapannya.
"Jenny." balas wanita itu pendek. Qalish tersenyum lalu meminta diri.
Loceng berbunyi menandakan masa kelas bermula. Ryan dan Jenny berjalan menuju ke arah kereta. "Hey, baby." tegur lelaki dengan kereta Porsche berwarna merah. Jenny menjeling. "Wanna come home for a while?" sambung lelaki itu.
Ryan yang sudah berapi membuka pintu kereta lelaki itu lalu menarik lelaki itu keluar dari kereta. Dia menampar lelaki itu berkali-kali. "If you dare to say that again, I'll make sure that your head will fly away from your body. Understand?!" jerit Ryan.
Jenny meleraikan mereka berdua. "Baby, just leave this guy. He's useless." Ryan melepaskan kolar lelaki itu. Dia masih lagi tidak puas hati.
Usai masuk ke dalam kereta, Jenny memegang erat tangan lelaki itu. "Just relax, babe. You do know that I'll always be with you." Lalu satu ciuman singgah ke pipi lelaki itu. Ryan tersenyum lalu menekan pedal minyak dan memecut laju.
Pintu bilik diketuk. "Aik, b you tak get ready lagi ke?" sapa Hazhirah. "Belum. Lagipun awal lagi. Nantilah." balas Ryan. "Is there anything wrong? I tengok seminggu dua ni you asyik diam je. Anything serius?" soal Hazhirah. Sudah lama dia perasan perubahan pada sikap suaminya. Kali pertama mungkin dianggap stres kerja tapi bukan kali ni.
"Nothing, just terfikirkan tentang Amer. Kesian dekat Qalish. Kalau I tak kahwinkan dia dengan Amylia, mesti hidup dia tak sengsara."
Hazhirah memeluk suaminya. Dia menyandarkan kepalanya di atas dada suaminya. Apa lagi yang boleh dia kata?. Memang betul.
Qalish cintakan Amylia. Sudah lama dia bertahan dalam perkahwinan tersebut kerana menganggap Amer itu anak kandungnya. Hazhirah juga tidak menyangka Amylia sanggup berbuat begitu. Melukakan hati orang yang selama ini menagih cinta dan kasih sayangnya.
"Shah, you ada mana?." tanya Syazrina. " I on the way nak pergi office. Why?. " soal Ryan.
"Takde, tayar kereta I pancit. Aduh, I dah lambat nak pergi office ni. Tolong drop off boleh? Please." rayu Syazrina dengan suara manja. Ryan membulatkan matanya. " I'll be there in 5." jawab Ryan lalu mematikan talian.
Syazrina menutup pintu kereta. "Thank you, Shah. Lunch is on me."
"You're welcome, babe. I pun actually ada benda nak discuss dengan you during lunch. " kata Ryan.
Syazrina mengangguk. 'Rasanya pasal Amylia. Apa pula yang dah jadi?' telah Syazrina dalam hati.
"Good morning, bos." sapa Khalil. "Good morning. Mana Azrina?."
"Dia cuti bos. Anak dia sakit." Ryan mengangguk tanda faham. Dia menjenguk ke dalam bilik Jannah pula. Wanita itu tiada. 'Mana pula minah ni pergi?' telah Ryan dalam hati.
Khalil yang melihat gelagat bosnya segera menjawab. "Dia tengah buat kopi untuk bos sebab Azrina pesan suruh dia buat sebelum bos sampai."
"Nanti pesan kat dia suruh datang ke bilik saya." kata Ryan selamba. "Urmm... Bos?" panggil Khalil. Ryan menoleh. Dia menaikkan sebelah keningnya. "Saya nak minta cuti. Hari isnin minggu depan saya nak balik kampung. Adik saya nak kahwin." sambung Khalil. Ryan menunjukkan tanda 'ok' kepada Khalil.
Ryan menanggalkan kotnya dan diletakkan di atas kerusinya. Dia membuka laptop miliknya dan menyambung kerjanya. Ada lagi beberapa projek kawasan perumahan yang perlu disiapkan dalam masa 7 hari.
Jannah menolak pintu bilik bosnya lalu meletakkan secawan kopi di atas meja. "Minum, bos." Ryan mengangguk. "Jannah, sit for a while. We need to talk."
"Yes?. Anything?" tanya Jannah dengan riak wajah risau.
"You betul-betul tak kenal I?. I mean we are at the same college. And everyone knows me. I'm sure you do as well. "
Jannah tergelak kecil. "Mestilah saya kenal bos. Tapi, saya nak profesional. Tak nak kaitkan kerja dengan personal. Kalau saya bagitahu pun, bukan bos kenal saya. Bos hanya pandang perempuan cantik."
'Jadi, dia kenal aku. Ingatkan hari itu tak kenal. Pura-pura tak kenal lah tu.' telah Ryan dalam hati.
"Ish, mana ada. I pandang yang mana I pilih saja. Lagipun, masa tu I liar. Tak nak ikut arah Islam. But that was my past." jawab Ryan.
"Bos, saya nak tanya. Bos ingat tak seorang perempuan yang gemuk? Nama dia macam saya juga. Mesti bos kenal. Nama glamour dia Jannah Gendut" soal Jannah.
Ryan cuba mengimbas kembali. Dia mengangguk. Sudah semestinya ya! Dia yang meletakkan gelaran tersebut. Dia juga lah yang memusnahkan hidup wanita itu suatu masa dulu.
"Mana boleh lupa?. Minah gendut tu." kata Ryan lagi.
"Well, she's in front of you right now." balas Jannah selamba.
Riak wajah Ryan berubah. "Wa... Wait. It's you?" Kali ini, Jannah pula mengangguk.
'Alamak, kenapa kau ni bodoh sangat Ryan! Aduh, nanti dia ingat apa pula.' telah Ryan dalam hati.
"Sorry.Kenapa you kerja sebagai waiter hari itu?. Bukan ke bapa you ada company?." soalan bertubi-tubi ditujukan.
Jannah melepaskan nafas perlahan-lahan sebelum menjawab. "Lepas daddy I meninggal, company tu bankrupt. I cari kerja sebagai waiter buat sementara waktu. Bila company you adakan iklan untuk mencari pekerja, I cuba minta. Tak sangka pula dapat."
Telefon bimbit Ryan berbunyi.
"B, balik cepat. I nak pergi rumah bonda. Amy... Amylia... She fainted." kata Hazhirah dengan nada cemas di hujung talian.
"Ok... I balik sekarang." balas Ryan. Dia mengambil kotnya.
"Sorry, I need to go. Cancel all the meeting today and make a new appointment. If you can't, just inform Khalil. He knows what to do. Thank you and it's nice to meet you again, gendut." kata Ryan lalu mengenyitkan matanya kepada Jannah.
Setelah sampai di rumah, Datin Bahiyah menangis sambil memeluk Hazhirah. Ryan yang melihat keadaan bondanya menuju ke arah Doktor Iqbal yang berbual dengan Tengku Darus.
"Bro, how are you.?" sapa Ryan. Iqbal merupakan ex- fiancé Hazhirah. Pelik tapi benar! Dengan bekas tunang isterinya pun dijadikan kawan.
"Fine." jawab Iqbal sambil tersenyum.
Tengku Darus memandang ke arah Ryan dengan riak wajah tidak puas hati.
Ryan mengikut Iqbal menuju ke pintu. "What happened?"
Iqbal memandang tepat ke anak mata Ryan. "Nothing. She's pregnant. Congrats." ujar Iqbal dengan senyuman.
Ryan agak terkejut tapi dia cuba menunjukkan riak wajah biasa. Dia masuk ke bilik Amylia. Amylia sedang menangis sendirian sambil memeluk Hazhirah.
"Sudahlah, jangan nangis. Bagitahu kak long. Who's the father?. Kak long cuba bincang dengan Along." pujuk Hazhirah.
"B, Amy and I need to talk... alone." Ryan bersuara sambil memandang tajam ke arah Amylia.
Hazhirah meleraikan pelukan. Dia mendekati Ryan meletakkan tangannya ke atas dada suaminya suruh bersabar.
Ryan duduk di sebelah Amylia. "So, it's Hafiz isn't it?." soal Ryan dengan nada suara serius.
Amylia mengangguk lemah. Ryan melepaskan nafas menahan geram. Wajahnya bertukar merah.
"You want him?" tanya Ryan lagi. "Yes. But...He surely want me to abort this child. Again." jawab Amylia dengan tangisan.
"Well, terpulang pada kau. Bukan masalah Along. Along tahu sekarang ni, kau dan Qalish akan bawa haluan masing-masing. Pasal Hafiz, kau pandai-pandai settle tentang benda ni. Aku tak nak ambil tahu." jawab Ryan panjang lebar.
Amylia memegang tangan Ryan. "Please, Along. Jangan abaikan adik. Kalau Along abaikan adik, macam mana adik nak hidup?." tangis Amylia.
"Kalau kau nak hidup, kau kena kahwin juga dengan Hafiz. No. Matter. What. Along akan pastikan lepas kau habis edah, kau akan kahwin dengan Hafiz." jawab Ryan.
Amylia memeluk abangnya. "Thank you, Along. Love you." Ryan meleraikan pelukan. " But, I don't and Along nak jaga air muka bonda dan ayahanda dan juga maruah keturunan kita. Not for you." balas Ryan lalu berlalu keluar dari bilik Amylia.
"Ayahanda nak cakap sikit dengan Ian." tegur Tengku Darus kepada Ryan yang baru turun.
Tengku Darus memegang tangan anaknya. "Tolong sembunyikan hal ni. Ian, selamatkan keturunan dan maruah kita sebagai Tengku. Bagi Amylia, ianya perkara yang boleh dibawa main. Tapi ayahanda percaya Ian saja yang boleh jaga maruah keluarga kita."
Ryan tersenyum nipis. "Ian janji ayahanda. Tapi, Ian akan cari ayah kepada kandungan tu. Ian akan cuba sedaya upaya Ian untuk lindungi maruah keluarga kita." janji Ryan dengan nada menyakinkan.
Dia tak mahu nanti dia pula dipersalahkan. Jika ayahandanya tahu berkenaan masa lalunya, entahlah apa yang akan dia buat.
Ryan mencekik leher Hafiz. "Berapa kali aku cakap, jangan cabar kesabaran aku Hafiz bin Dato' Kamaruddin!." marah Ryan.
"Kau ni, dah kenapa? Apa yang aku dah buat?!" balas Hafiz walaupun dia tak berdaya untuk melawan lelaki itu.
Ryan menendang perut Hafiz. "Adik aku mengandung bodoh! Itu anak kau!. Sedar tak yang kau dah jadikan adik aku hamba pemuas nafsu kau?!"
Hafiz mengerang kesakitan. " Adik kau yang datang meminta kat aku macam pengemis. Aku jalankan apa yang dia nak la. Adik kau memang tak nak jaga maruah keturunan kau. Aku akan musnahkan keturunan Tengku Noordin" balas Hafiz pula.
Ryan terjaga dari lena. Dia melihat Hazhirah yang sedang lena di sampingnya. 'Ya Allah, bantulah hambamu dalam mencari keadilan untuk adikku dan tugasku untuk memelihara keluarga ni.' doa Ryan dalam hati.
"Ha, ada apa kau nak jumpa aku?. " soal Hafiz. Dari segi riak wajahnya pun boleh nampak yang dia tak berminat untuk berbincang dengan Ryan.
"Pasal Amylia. She's pregnant. Itu anak kau."
Wajah Hafiz berubah. Dia dah mula berpeluh. "Kejap. Bila masa pula aku sentuh dia?. Apa bukti kau yang tu anak aku? Entah-entah anak suami dia"
"Buktinya Amylia. Memang aku tak dapat pastikan yang itu anak kau. Tapi, memang tak ada lelaki yang sentuh dia selain kau. Pasal suami dia, aku rasa kau pun tahu yang suami dia tak pernah sentuh dia. So stop pretending." balas Ryan. Berapi juga tu.
Hafiz buat muka tak bersalah. "Fine. Aku nak buat DNA test." Dalam hatinya, memang dia takut! Kalaulah sangkaan Ryan tu betul, habis dia dikerjakan. Tak pasal-pasal dia kena kahwin dengan Amylia pula.
"Ok. Aku setuju. Tapi kalau sangkaan aku salah, aku akan pastikan Amylia takkan dekati kau dan kalau sangkaan aku betul, kau kena kahwin dengan Amylia." ujar Ryan.
Hafiz hanya mengangguk tanda setuju dan berlalu keluar dari office Ryan. Malas mahu berbincang lama-lama dengan lelaki itu. Tak bawak faedah.
Syazrina yang baru sampai mengeluarkan telefonnya untuk memberitahu Hazhirah yang dia telah sampai.
"Babe, aku dah sampai. Kau nak aku dukung Amer tak?" kata Syazrina.
"Tak payah. Mak ngah datang. Dia nak tolong tengok-tengokkan diorang." balas Hazhirah.
'Ouh, patutlah dia pagi-pagi lagi dah keluar. Nak jaga cucu saudara dia.' telah Syazrina dalam hati.
"Yang kau ni, nak pergi dating dengan Wafiy pun nak ajak aku?" soal Hazhirah sambil ketawa.
"Ish, kau ni." kata Hazhirah mencebikkan bibir.
"Kau tahu kan mamat tu bukan type aku. Lagipun, kalau aku bawa kau ada juga protection." sambung Syazrina lagi.
Hazhirah hanya menggelengkan kepalanya dengan sisa tawa yang berbaki.