webnovel

Letupan

Selang letupan pertama, letupan kedua mula berlaku di bahagian gerabak tengah. Walaupun tidak sekuat letupan yang pertama, ia tetap mampu menghasilkan gegaran yang sangat kuat. Saya mula memegang leher saya sambil memikirkan solusi lain untuk keluar dari masalah ini.

Saya tidak mahu masalah ini melambatkan tujuan saya.

"Tak. Kita perlu keluar dari ruangan ini secepat mungkin." Emilia mengatakannya dengan penuh yakin sambil memandang saya seakan sudah menghadapi perkara ini banyak kali.

Apa? Apa yang dia katakan. Apakah dia seorang maniak... atau apakah dia cuba membuat saya terbunuh serta-merta selepas keluar dari ruangan ini. Dan kenapa dia memandang saya seperti itu?

"Tak. tak. tak. Kita mungkin akan cedera atau lebih buruk lagi kita akan terbunuh sejurus kita keluar dari ruangan ini." Saya mengatakannya; harap Emilia mengerti apa yang saya maksudkan. Saya harap dia tidak berfikir lebih jauh lagi untuk keluar dari ruangan ini.

" Tidak mungkin. Jika kita diam lebih lama lagi, itu hanya akan menunggu kematian datang kepada kita tidak kira cepat atau lambat."

Menarik, jadi dia lebih suka memilih pergi ke arah kematian daripada menunggunya. Saya bersama dengan orang aneh sekarang ni.

"Kita kena keluar dari ruangan ni."

Dia mengulangi katanya tetapi kali ini lebih kedengaran tegas dari suaranya untuk keluar dari ruangan ini. Emilia kelihatan yakin melihat dari pandangannya dan senyumannya yang agak... sedikit mengerikan. Dia menyilangkan tangannya sambil menunggu langkah saya selanjutnya.

Dan apa yang lebih menakutkan saya apabila adiknya yang tidak diketahui namanya, kelihatan lebih tenang daripadanya walaupun berada dalam situasi seperi ini.

Dari denyut nadinya dia kelihatan normal seperti orang normal dalam situasi begini.

Bagi kanak-kanak yang lain, mereka akan ketakutan atau secara harfiahnya akan menangis apabila berada dalam situasi yang dia alami. Tapi, apa yang ada di depan saya adalah satu pengecualian. Mereka bukan orang biasa, itu yang pasti.

Menghela nafas, kelihatannya saya terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat oleh perempuan itu.

Mungkin saya tidak sepatutnya naik kereta api ini atau seharusnya saya menolak pelawaan kawan saya dan memasuki kelas bawah sahaja. Saya harap saya hidup lagi selepas ini atau semoga kehidupan saya di alam lain lebih baik.

" Baiklah. Sepertinya tiada ada yang dapat saya lakukan, Saya akan ikut rancangan kamu Emilia. Tetapi dengan satu syarat."

"Apa dia?" Emilia bertanya sambil merenggangkan badannya.

"Dengar arahan saya, kita akan pergi mencari tahu apa yang sedang berlaku di kereta api ini dan keutamaan kita ialah mencari seseorang yang mungkin dapat membantu kita keluar dari situasi sekarang."

Emilia tersenyum selepas mendengarnya dan mengangguk sebagai tanda setuju.

Emilia mula pergi ke arah pintu dan membukanya. Dengan cepat saya menarik lengan Emilia yang memegang tombol pintu sebelum dia sempat membukanya. Emilia bingung seketika dengan tindakan saya.

Nyaris mati. Dia. Nyaris mati.

" Apa kamu memang seorang barbar dan ingin mati awal? " Saya berkata dengan nada seakan-akan mengejek dengan tindakan yang dilakukannya sebentar tadi. Jika dia berada di unit tentera khas mungkin dia telah lama dibuang atau dipindahkan.

Saya faham jika dia ingin mati, tapi jangan mengajak orang lain untuk untuk mati bersama.

Emilia mengepalkan tangannya sambil menahan malunya. Dia tahu apa yang dia lakukan sebentar tadi mungkin akan membahayakan nyawa kami bertiga. Adik perempuannya masih lagi mengunyah sisa gula-gula dan pergi ke arahnya mengatakan sesuatu kepadanya yang membuatkan wajah Emilia merasa amat kesal. Saya pun entah mengapa merasakan sedikit kesal sekarang ni. Dengan menghadapi masalah mereka berdua.

"Begini, Ikut saja arahan saya." Perempuan itu kelihatan akur mengikuti arahan saya sambil memegang adiknya dan pergi ke belakang dinding. Walaupun saya tahu ia amat berisiko bagi diri saya tapi saya tetap melakukannya kerana sudah dipaksa. Maksud saya... kerana sudah tiada pilihan lain. Jika tidak saya akan mati.

Secara perlahan saya menunduk mendekati pintu sambil memulas tombol pintu sebelum menarik kembali tangan saya. Bagi yang melihatnya ia mungkin tindakan seorang pengecut yang cuba menunjuk berani di depan kekasihnya atau lebih lagi. Tapi, bagi saya ini lebih baik dari mati sia-sia.

Saya terus berlindung di sebalik dinding dan memberi amaran supaya senyap ke arah Emilia. Emilia yang bingung melihat ke arah saya.

"Apa yang kamu cuba-" Belum sempat Emilia menyelesaikan kata-katanya,

puluhan butir peluru ditembak oleh seseorang dengan kecepatan laju menyebabkan pintu yang saya pulas sebentar tadi berlubang hanya dalam hitungan saat.

Hah... Saya selamat buat masa sekarang.

Jadi, mereka ini maksud saya para pengganas ini lebih suka menggunakan senjata api dan senjata jarak jauh ya, saya tidak tahu adakah ini jauh lebih teruk atau baik dari apa yang saya fikirkan. saya tersenyum pasrah sebelum mengeluarkan bayonet dari jaket hitam saya.

"Bagaimana kamu melepasi kawalan keselamatan kereta api dan bagaimana kamu membawa benda yang tidak dimiliki oleh orang biasa seperti itu ke dalam kereta api?" Emilia berkata dengan nada yang perlahan agar musuh tidak mendengarnya. "Mungkin kerana sudah terbiasa." Saya mula membuat kiraan dalam hitungan detik.

" Bukankah itu bayonet milik tentera?" Itu yang dimaksudkan oleh Emilia sebagai benda yang tidak dimiliki oleh orang biasa.

Emilia bertanya tapi saya berusaha mengabaikannya.

Emilia mula memperhatikan tindakan saya manakala adik perempuannya seperti sudah mengetahui apa yang direncanakan oleh saya. Seakan mengetahui teknik tempur tentera.

10...

9...

8...

"Apa yang sedang dia lakukan" tiada siapa yang menjawab persoalan Emilia dan membiarkan Emilia dalam keadaan yang masih tertanya-tanya.

7...

6...

5...

Tembakan yang dilepaskan mula berhenti dan tapak kaki yang keras mula kedengaran mendekati pintu ruangan. Dari bunyi tapak kaki, lebih kurang sekitar dua pengganas yang menghampiri .

4...

3...

2...

1...

Sekarang! Saya mula menendang perut pengganas kemudian membantingnya sejurus dia memasuki ruangan tepat di dihadapan saya dengan siap memegang senjata api sebelum membuatnya jatuh ke arah meja yang diperbuat dari kayu.

Pengganas yang berada di belakang terkejut sebelum menghalakan senjatanya sebelum melepaskan tembakan dengan cepat ke arah saya. Dengan cepat saya mengelak daripada terkena tembakannya dan menyerang betisnya menggunakan bayonet yang berada di tangan kanan saya.

Dia mengerang kesakitan sebelum saya melepaskan tumbukan pantas ke arah dagu sekaligus membuatnya jatuh tersungkur ke belakang. Pengsan seketika.

"kamu cukup kuat ya sebagai orang yang tidak mahu keluar dari ruangan" Emilia tersenyum menyeringai memandang ke arah saya yang sedang berdiri setelah menghabisi dua pengganas.

"Tidak. ini hanya seni bela diri rawak yang saya belajar di internet."

"Seni bela diri yang menggunakan bayonet tentera dan menyerang bahagian fatal lawan? " Emilia meneka.

" Ya. "Saya mengangguk sambil membersihkan bayonet dari darah.

"Mungkin selepas ini kamu perlu belajar bagaimana cara untuk membohongi seorang wanita. Atau..." Jari telunjuk Emilia diletakkan di dagunya.

"Atau apa?" Saya meletakkan kembali bayonet kedalam jaket hitam yang saya pakai.

"Atau belajar cara untuk menggunakan Internet dengan baik dan menggunakannya untuk kegunaan yang lain."

Saya memandang ke arahnya. Saya seakan menyesal mengajak mereka masuk ke dalam ruangan saya.

Tapi, ia sudahpun berlaku.

Saya memandang ke arah dua orang yang saya anggap sebagai pengganas kerana menyerang secara melulu; seorang terbaring di atas meja dan seorang berada di hadapan saya. saya mula memeriksa keadaan pengganas di hadapan saya.

"Ada tatu di tangan kirinya."Adik Emilia berkata dengan acuh tak acuh. Matanya memerhati dan seakan-akan dia sudah mengetahuinya.

Untuk memastikan apa yang dikatakan oleh adiknya, saya memeriksa lengan kiri pengganas yang berada di hadapan saya.

Terdiam dan tidak bisa berbicara...Memang ada tatu di lengan kirinya. Cobra merah yang melingkar.

Badan saya bergetar... Saya akan mati sekarang. Saya melihat ke arah mereka berdua. Emilia sudahpun memegang pistol dan menghalakan ke arah saya.Tepat ke arah saya. Dia tersenyum sebelum melepaskan tembakannya.

Maniak... Ternyata dia seorang maniak.