webnovel

Keluarga Victoria 1

Ketika saya memejamkan mata, apa yang pertama kali saya fikirkan adalah adakah saya...sudah mati?

Tak mungkin~ Kenapa saya perlu mati? Saya masih hidup! lihat tubuh saya, tiada kesan luka bahkan sedikit goresan apapun.

yah... untuk sekarang mungkin hidup saya dipanjangkan untuk beberapa minit berkat nasib baik yang saya ada. Tapi itu tidak mungkin bertahan lama jika saya masih lagi berada dekat dengan mereka.

Mengenai Emilia... dia memang menghalakan pistolnya ke arah saya dengan niat membunuh yang dipancarkannya sangat kuat. Tapi entah bagaimana peluru tersebut terkena pengganas yang tepat berada di belakang saya.

Keadaan di dalam ruangan sudahpun berantakan dengan serpihan kaca yang berselerak akibat letupan ditambah lagi dengan keadaan yang sedikit canggung setelah apa yang berlaku.

Saya yang masih terduduk di sebelah pengganas yang jatuh tersungkur akibat tembakan Emilia, melihatnya dengan tatapan tidak percaya sebelum Emilia menembakkan lagi beberapa das tembakan ke arah belakang saya.

Tembakan terakhirnya membuat sedikit goresan di pipi kanan saya sebelum goresan tersebut mengeluarkan titisan darah.

Saya menyeka darah menggunakan tangan sebelum membetulkan kembali keududukan cermin mata saya yang sebelahnya retak akibat tembakan Emilia.

"Hei, apa kamu sudah tidak waras, dia sudah mati! " Saya bingkas bangun dan memegang erat bahu Emilia. Jika seseorang melihat saya sekarang,mereka mesti berfikir bahawa saya seperti ditolak lamaran cinta oleh Emilia kerana ekspresi muka saya.

saya lebih suka ditolak daripada diterima oleh orang yang tidak waras seperti... yah, seperti dia.

Tetapi, apa yang lebih saya takutkan adalah untuk menghadapinya jika dia melakukan perkara di luar nalar pemikiran saya; kerana dasar pemikiran manusia biasa tidak akan berkesan kepadanya.

Emilia yang melihat saya memegangnya sangat erat mula mengerutkan dahinya dan mengatakan sesuatu yang amat... Bagi saya ia sangat dasyat.

"Dia masih hidup lagi, lihat. dia masih hidup." Itulah apa yang dikatakannya sebelum mula menembakkan lagi beberapa das tembakan di bahagian kepala pengganas yang sudah jatuh tersungkur.

"Dia Android, jadi agak sulit untuk membunuhnya" Ayat yang paling langka dan agak mustahil untuk saya dengar dari percakapan kanak-kanak seusia dengannya mula keluar dari mulut adiknya.

Anak ini lagi-lagi mengejutkan saya dengan sifat dan perangainya.

Saya faham apa yang dikatakannya sebentar tadi dan betul apa yang dikatakan olehnya

Android, robot yang hampir menyerupai dan mempunyai perasaan yang sama seperti manusia. Tapi, bukankah itu sedikit berlebihan? Cara Emilia memang merupakan antara cara yang paling efektif untuk melawan Android. sepatutnya hanya menyerang di bahagian titik lumpuh sahaja sudah cukup atau di bahagian kepala sekali jika itu merupakan Android biasa.

Adik beradik yang aneh...

"hmm? kamu sepertinya mengatakan sesuatu, seperti adik beradik yang... aneh? "

...

"Saya tidak pernah, mengatakan hal seperti itu."

... Ya, saya memang mengatakannya.

Emilia, mula melepaskan genggaman saya dan segera keluar dari ruangan. Beberapa das tembakan dan teriakan mula kedengaran lagi.

Emilia muncul semula di pintu ruangan sambil menyandar tangannya kepada pintu. Dia mula memandang ke arah saya dan adiknya sebelum berkata."Baik kamu katakan yang sebenarnya Emily, apa yang sebenarnya sedang terjadi di kereta api ini kepada calon Hero kita." Emilia mengarahkan jari telunjuknya ke arah saya .

Saya memandang mereka berdua secara bergilir-gilir sebelum berfikir apa yang sedang berlaku sekarang ini.

***

KAWALAN UTAMA KERETA API VICTORIA

Seorang lelaki yang berukuran besar duduk di kerusi kawalan utama. Dia melihat ke arah dua pemandu kereta api yang diikat di hadapannya. Dari penampilannya, dia seperti seorang askar veteran; berambut putih, memakai cermin mata hitam dan pakaian seperti ala-ala tentera.

Tujuan yang ingin dicapainya sudahpun diperolehi dengan memisahkan gerabak kelas atas dari gerabak kelas menengah dan bawah. Dia akhirnya dapat melaksanakan rancangan keduanya dengan segera.

Berjumpa dengan penerus keluarga Victoria yang berada di dalam kereta api ini, lebih tepatnya di gerabak kelas atas. Itulah tujuannya.

Kerana perjanjiannya yang talah dibuat dengan keluarga Victoria untuk tidak mencederakan orang awam, dia memutuskan untuk memisahkan gerabak kelas atas dengan gerabak kelas menengah dan bawah yang terdiri daripada orang awam.

Walaupun keluarga Victoria perlu menanggung kerosakan yang telah dia lakukan, lelaki itu tidak kisah. Kerana dia tahu yang mereka bukan bangsawan yang hanya mentadbir wilayah Arcland yang luas.

Mereka juga bukan bangsawan biasa yang mengumpulkan harta.

Tapi mereka lebih daripada itu.

Seseorang memasuki pusat kawalan utama. Lelaki berambut putih memandang ke arah orang yang memasuki pusat kawalan.

Dari pandangannya, dia melihat seorang perempuan memakai pakaian tempur berwarna hitam yang menutupi seluruh badannya menundukkan kepalanya ke arahnya.

"Tuan, terdapat tiga orang yang menuju ke arah sini." Suaranya lunak tetapi agak perlahan yang membuatkan hanya lelaki berambut putih sahaja mendengarnya.

Lelaki itu tersenyum, mengetahui rancangannya berjalan lancar seperti yang dirancang tetapi dia tidak mengetahui yang penerus keluarga Victoria membawa dua pengiring sebagai peneman untuk perjumpaan kali ini.

Apa yang dia dapat dari informasi sepatutnya hanya ada seorang sahaja sebagai pengiring. Atau mungkin saja ada anomali yang mengganggu rancangannya.

Bunyi tembakan kedengaran sebelum menghilang kembali.

Lelaki berambut putih yang mendengar tembakan bangun dari tempat duduknya dan menuju ke hadapan bilik pintu kawalan sebelum melihat kembali perempuan yang masih diam berdiri.

"Mari Novaria. Kita akan selesaikan perkara ini sebelum tetamu itu datang bertemu kita."

Novaria mengangguk dan mengikuti pergerakan lelaki berambut putih meninggalkan bilik kawalan tanpa penjaga.