webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · Sports, voyage et activités
Pas assez d’évaluations
59 Chs

Bab 22

Aku bangun awal untuk menunaikan solat Subuh. Setelah selesai menunaikan solat, aku berjalan menuju ke bilik Sarah untuk mengejutkannya.

"Sarah. Sarah bangun." kejutku sambil menggerakkan badannya. Sarah membuka matanya lalu bangun duduk bersila di atas katil.

"Dah Subuh ke?" tanya Sarah.

"Haah." ujarku.

"Saya nak pergi minum air dulu lah." kata Sarah lalu turun dari katilnya dan berdiri.

"Ok. Dah. Nak kejut Qis pulak." kataku.

"Ok." kata Sarah lalu keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Aku keluar dari bilik Sarah dan menuju ke bilik Qistina pula.

Qistina masih lena di atas katil. Aku tarik selimutnya perlahan.

"Qis. Qistina... Bangun. Solat Subuh." kejutku. Qistina membuka perlahan.

"Awak dah solat?" tanya Qistina. Aku mengangguk. Qistina mengambil phonenya untuk melihat jam. Pukul 6 pagi.

"Awalnya awak bangun... Boleh tidur ke semalam?" tanya Qistina.

"Emm... tak sangat. Kejap-kejap tersedar. Biasa lah..." kataku.

"Oh... Okay tak ni?" tanya Qistina lagi.

"Okay... Awak tak payah la risau sangat. By the way, thank you semalam." ucapku sambil tersenyum kecil.

"No problem lah. Dah la. Nak solat." kata Qistina.

"Ok." balasku.

Qistina melangkahkan kaki masuk ke dalam tandas. Aku keluar dari bilik Qistina lalu masuk ke dalam bilikku.

Aku baring di atas katil. Aku cuba untuk tidur. Tak boleh. Setelah putus asa cuba untuk tidur, aku main phone. Main Instagram, main CODM, baca novel dekat webnovel, dengar lagu, usha Jackson Wang, haa apa lagi???

Aku buka gallery pula. Tersenyum aku melihat seraut wajah itu. Handsome!!! Penuh gallery aku dengan muka mamat tu. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Haizeq??? Hehehehe...

Gallery aku penuh dengan gambar aku bersama kawan-kawanku, Haizeq, gambar dengan family aku, gambar Jackson Wang (BANYAK)... Hehehehehe...

Sudah puas main phone, aku bangun membersihkan diri. Haa dah wangi...

Aku keluar dari bilik dan mengintai bilik Sarah dan Qistina. Mereka sambung tidur mereka. Mesti mengantuk. Yelah, semalam diorang bangun pukul 4 pagi sebab aku. Sian diorang...

Aku mengemas rumah sambil mendengar lagu, pakai earphone. Bila dengar lagu hindustan, aku menari ikut tariannya. Kerja pun tergendala. Tu lah dengar lagi lagu hindustan. Haishh... Bila keluar lagu Jackson Wang, aku tersengih-sengih. Hehhh...

Aku layan semua lagu favourite aku. Tiba-tiba keluar lagu You Calling My Name, GOT7.

"Aik?? Bukan dah dengar ke lagu ni?" tanya aku kepada diri sendiri. Aku mengeluarkan phone dari poket seluar. Ohh patutlah... Ada orang call. Nama Eiman tertera. Aku tersenyum. Aku menjawab panggilannya.

"Assalamualaikum. Morning, Nayli!" ucap Eiman.

"Waalaikumussalam. Morning, Eiman! Ye? Kenapa call pagi-pagi ni? Nak tidur pun tak boleh..." kataku, dengan nada merajuk yang dibuat-buat. Hehehehe... Gurau je! desis hatiku.

"Aku kacau kau tidur ke? Sorry..." ucap Eiman, kesal. Aku tergelak kecil.

"Hehehe... Gurau je. Dah bangun la." kata aku.

"Ohh... Tipu aku ye... Nakal lah Nayli ni. I like!" kata Eiman. Aku tergelak lagi.

"Ye? Nak apa call ni?" tanya aku.

"Kau buat apa hari ni? Free tak? Aku boring lah duduk rumah..." kata Eiman.

"Oh. Aku lupa nak ajak kau. Kau datang lah rumah kitorang kejap lagi. Kitorang nak buat makan-makan sikit. Makanan Melayu. Nak?" tanya aku.

"Woah. Aku nak join! Nak datang pukul berapa ni?" tanya Eiman.

"Suka hati kau la. Makanan mungkin siap tengahari ni." beritahuku.

"Oh... Ok. Aku nak mandi." kata Eiman.

"Eeeeee... Tak mandi lagi? Masam sampai sini..." kataku, gurau. Eiman ketawa.

"Mana kau tahu masam? Aku wangi, okay! Kau tu yang mashamm..." seloroh Eiman. Aku pula tergelak.

"Eh! Aku dah mandi la. Kau pergi la mandi. Shuh shuh..." kataku.

"Ye. Aku nak mandi lah ni. Nak jumpa girlfriend mesti lah kena wangi, kan?" tanya Eiman, gurau. Aku masih tergelak.

"Okay lah. Bye." ucapku.

"Bye." balas Eiman. Aku menamatkan talian.

*Dear readers, aku dengan Eiman tak bercinta, okay. Kitorang gurau je tadi...*

Setelah selesai vacuum di ruang tamu, aku menyimpan vacuum itu di tempatnya semula. Sarah dan Qistina turun dari tingkat dua.

"Dah bangun?" tanya aku walaupun aku dah tahu yang diorang dah bangun.

"Taklah. Tengah tidur..." jawab Sarah, gurau. Aku dan Qistina tergelak.

"Dah la. Jom masak. Lambat pulak siap nanti." ajak Qistina.

Menu hari ni. Asam pedas dengan nasi kerabu. Uuuuu... Lama tak makan. Rasa lapar lah pulak author ni.

Aku membiarkan asam pedas itu di atas dapur. Masih tidak mematikan api. Nak bagi daging lagi lembut.

"Dah siap?" tanya Sarah dengan teruja. Aku mengangguk.

"Wah! Nak rasa." kata Sarah. Aku mengambil sudu dan diberikan kepada Sarah. Sarah mengambil sedikit kuah asam pedas itu dan menyuapkan ke dalam mulutnya.

"Sedap?" tanya aku. Qistina turut memandang ke arah Sarah.

"Ah! Sedap sangat ni!" kata Sarah, terlalu teruja. Aku dan Qistina tergelak melihat gelagat Sarah.

"Wah. Best lah awak dapat resepi ni daripada mama awak. Nanti ajar lah kita..." kata Sarah.

"Kita pun!" jerit Qistina yang sedang siapkan nasi kerabu itu yang dibantu oleh Sarah.

"Okay lah... Dah kita nak buat kek pulak." kata aku. Aku mengeluarkan bahan dan mula baking!

"Yay! Dah nak siap!" jerit Sarah tiba-tiba. Aku dan Qistina memandang Sarah.

"Sarah. Tolong bakar ayam ni. Kita nak pergi toilet lah." suruh Qistina.

"Hok aloh..." rungut Sarah. Sarah yang tadi gembira tiba-tiba memuncungkan bibir. Aku dan Qistina tergelak. Sarah mengambil alih kerja yang Qistina buat tadi. Qistina berlalu ke tandas.

"Kenapa nak bakar ayam ni? Asam pedas kan dah ada..." kata Sarah.

"Nasi kerabu kan makan dengan ayam bakar..." kata aku. Sarah hanya mengangguk.

"Dah lama tak balik Kelantan... Kalau tak, setiap pagi mesti beli nasi kerabu.." kata Sarah.

"Kan..." aku setuju.

Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Siapa tu? Eiman? Awalnya...

Sarah yang ingin melangkah kakinya itu aku menahannya.

"Takpe biar kita ambikkan tudung awak and buka pintu tu. Awak jaga je ayam tu. Hangit kang." kata aku.

"Okay." kata Sarah.

Aku mencapai tudungku dan tudung Sarah. Loceng pintu berbunyi sekali lagi.

"Kejap!" jeritku dari dalam rumah. Aku beri tudung Sarah kepadanya lalu berlari ke pintu. Terpampang muka Haizeq yang tersenyum manis ke arahku.

"Hai. Awalnya." kata aku, turut tersenyum lalu membuka pintu dengan luas. Haizeq melangkah masuk. Haizeq membawa plastik yang berisi... Aku pun tak tahu. Tanyalah sendiri.

"Bawak apa tu?" tanyaku. Haizeq memandang plastik yang dipegang itu.

"Oh. Strawberry. Nah." kata Haizeq lalu menghulurkan plastik yang berisi strawberry itu kepada aku. Aku menyambut hulurannya lalu membawa ke dapur. Haizeq mengikut aku ke dapur.

"Oh. Haizeq." sapa Sarah setelah nampak Haizeq yang turut di dapur itu.

"Johan tak datang ke?" tanya Sarah.

"Datang. Kejap lagi." jawab Haizeq.

"Awalnya kau datang."kata aku lagi.

"Kenapa? Tak boleh ke? Kalau tak boleh, aku balik dulu lah. Kejap lagi aku datang balik." kata Haizeq. Eh. Macam merajuk ada, macam perli pun ada.

"Alah aku cakap je." kataku pula. Aku sambung mem-baking.

"Nak buat kek yang aku request tu ke?" tanya Haizeq.

"Haah." jawabku.

"Nak tolong." kata Haizeq.

"Dah siap. Ok. Kau tolong letak dalam bekas tu pastu masukkan dalam oven. Yang lain kau tanya Sarah. Dah. Aku nak mandi." kata aku.

"Kau tak mandi lagi? Ewww..." kata Haizeq.

"Eh. Aku dah mandi lah tadi. Aku kan masak tadi. Kemas rumah lagi. Mesti lah berpeluh. Kenapa? Nak bau? Haa meh sini." kata aku. Haizeq tergelak.

"Bye. Nak mandi." kata aku lalu naik ke tingkat atas untuk mandi. Haizeq tersengih memandangku yang sudah pun berlalu pergi.

"Haa! Kantoi tersengih-sengih tengok anak dara orang." tegur Sarah. Haizeq yang terkejut itu memandang Sarah sambil mencebikkan bibir.

"Dah. Buat la kerja tu. Tadi nak tolong sangat." kata Sarah. Haizeq memulakan kerjanya. Sarah memanaskan oven.

"Pastu?" tanya Haizeq.

"Masukkan je bekas tu dalam oven tu. Aku dah set suhu and masa." beritahu Sarah. Haizeq hanya mengangguk dan memasukkan bekas itu ke dalam oven.

"Dah siap. Jom tengok tv." ajak Sarah lalu melangkah kaki ke ruang tamu. Haizeq hanya mengikut Sarah.

"Nak tengok cerita apa ni?" tanya Sarah sambil membuka Netflix.

"Umm... Extraction lah." kata Haizeq.

"Uuuuu... Chris Hemsworth lah. Crush Nayli." kata Sarah sambil tergelak kecil. Haizeq mencebikkan bibir.

"Banyak betul crush dia. Jackson Wang, Chris Hemsworth, Tom Holland lah." komen Haizeq. Sarah tergelak.

"Kan..." Sarah setuju.

"Tapi aku rasa dia crush as a fan and idol. Tapi Jackson tu lebih sikit kot." kata Sarah.

"Tu lah... Banyak sangat tandingan ni. Macam mana lah aku nak dapat Mia ni?" tanya Haizeq.

Ayat last tu dia tak cakap kuat. Slow je. Tak nak Sarah dengar. Sarah hanya tersenyum. Hehh... Ingat aku tak dengar ke? tanya Sarah di dalam hati.