webnovel

DIA ATAU DIA?

Putri Nayli Damia pernah menaruh hati kepada seorang lelaki bernama Eiman Nul Hakim yang diminati oleh ramai gadis di sekolah. Nayli dan Eiman menjadi kawan. Satu hari, Eiman jatuh hati kepada kawan baik kepada Nayli, Sarah. Nayli terpaksa mengundur diri demi persahabatannya yang sudah lama terjalin bersama Sarah. Kehadiran Haizeq membuatkan hidup Nayli lebih gembira. Tetapi Eiman hadir kembali dalam hidup Nayli. Kedua-kedua lelaki itu menagih cinta Nayli. Nayli keliru. Siapakah yang berjaya memiliki Nayli? Sebenarnya, karakter yang ada dalam cerita ini adalah benar. Hanya jalan cerita sahaja yang direka. Mereka semua ialah kawan saya. Well, ENJOY!!!❤️❤️❤️

missmiaa · Teen
Not enough ratings
59 Chs

Bab 21

Semasa aku menangis, Haizeq bawaku ke tempat yang tiada orang. Dia tidak berhenti memujukku.

Aku menenangkan diri. Aku mengelap air mata yang mengalir di pipiku. Habis merah muka aku.

Haizeq mengeluarkan sepeket tisu dari poketnya. Dia menghulurkan sehelai tisu kepadaku. Aku mengambil tisu itu lalu mengelap air mata.

"Okay tak, Mia?" tanya Haizeq, lembut.

"Huh? Okay, thanks. And sorry..." ucapku lalu memandang baju Haizeq yang sedikit basah. Haizeq turut memandang ke arah bajunya.

"Oh. Takpe. Aku tak kisah. Kalau kau nak duduk kat sini lagi, boleh je. Aku suka..." kata Haizeq yang sudah tersengih lebar. Aku tergelak kecil.

"Kau ni... Sempat lagi eh?" aku mula tersenyum. Haizeq turut ketawa.

Telefon Haizeq berdering. Dia menjawab panggilan itu.

"Korang dekat mana? Kau dengan Nayli, kan?" tanya Sarah di dalam talian.

"Ye, aku dengan Mia. Korang dekat mana? Biar kitorang pergi sana." kata Haizeq.

"Kitorang dah nak sampai dekat kaunter." kata Sarah.

"Oh. Ok." jawab Haizeq lalu mematikan talian. Kami saling berpandangan.

"Ada nak beli apa-apa lagi tak?" tanya Haizeq kepadaku. Aku menggeleng.

"Ok. Jom." kata Haizeq lalu menarik tanganku yang beralaskan dengan blouse putih itu untuk berjalan rapat disebelahnya. Aku terkebil-kebil memandangnya. Haizeq hanya tersenyum. Hehhhh

_______________________________

Kami ke sebuah restoran yang berdekatan dengan supermarket tadi untuk makan tengah hari.

"Nayli. Kenapa muka merah tadi? Mata bengkak. Nangis ke?" tanya Qistina.

"Haah. Why?" tanya Sarah pula. Aku diam dan menoleh ke arah Haizeq. Dia turut memandangku.

"Nak aku bagitahu diorang ke?" tanya Haizeq secara berbisik.

"Bagitahu je lah." kataku, turut berbisik. Aku dan Haizeq memandang mereka.

"Umm... Tadi Mia jumpa seorang lelaki. Muka and suara dia sama dengan lelaki dalam mimpi dia tu..." beritahu Haizeq.

"Serious?!" tanya Sarah dan Qistina. Aku mengangguk.

"Oh. Yang Sarah pernah cerita dekat aku dulu,eh?" tanya Johan. Kami mengangguk.

"Bila awak jumpa dia?" tanya Sarah.

"Dah dua kali. Dekat supermarket dengan park pagi tadi." kini aku bersuara.

"Kenapa tak bagitahu?" tanya Qistina.

"Tak sempat nak bagitahu." jawabku.

Kami makan tengahari. Kemudian pulang ke rumah.

"Weh. Aku masuk dulu lah. Bye." kataku kepada mereka, tidak seceria seperti selalu.

"Ok... Pergi lah rest dulu." kata Sarah. Aku hanya mengangguk. Sarah, Qistina, Haizeq dan Johan sambung berbual apabila kelibat aku hilang dari tempat itu.

"Sarah. Kalau ada apa-apa jadi dekat Mia, bagitahu je aku." kata Haizeq.

"Kenapa?" tanya Sarah.

"Firstly, dia kawan aku jugak. Second, aku kena bagitahu semua benda yang jadi dekat Mia kat Papa dia." jawab Haizeq.

"Oh... Dah ada part-time eh sekarang..." kata Qistina.

"Jadi reporter..." kata Sarah. Sarah dan Qistina ketawa kecil. Haizeq buat muka selamba.

"Weh. Serious ni. Malam ni, kalau dia nangis lagi ke, kau terus call aku. Tak kisah pukul berapa." kata Haizeq.

"Wah... Bagus betul part-timer ni..." kata Sarah.

"Weh... Aku serious lah. Well, dia kan kawan aku. Mesti lah aku sayang dia..." kata Haizeq. Tapi ayat last tu dia cakap perlahan yer...

"Ok lah. Aku balik dulu. Jadi ke esok?" tanya Haizeq.

Oh kitorang plan nak ajak diorang lunch dekat rumah kitorang. Kitorang masak. Ok.

"Jadi lah. Ok lah. Bye." ucap Sarah. Dia melangkah kaki masuk ke dalam rumah. Qistina belum masuk.

"Jom lah, Johan." ajak Haizeq kepada Johan yang masih tercegat di situ.

"Kau pergi lah dulu..." kata Johan. Dia memandang ke arah Qistina sambil tersenyum.

"Oh... Ok." kata Haizeq sambil tersenyum memandang ke arah Johan dan Qistina. Dia mengambil langkahnya. Tak nak ganggu privasi orang...

"Bye, awak." ucap Johan lalu melambaikan tangan kepada Qistina.

"Err... Bye. Awak balik lah. Esok kan kita jumpa lagi..." kata Qistina, segan.

"Eh, awak halau saya ke?" tanya Johan, mengada.

"Ishhh... Awak ni..." kata Qistina yang sudah tersenyum malu-malu kucing itu. Johan gelak.

"Ok lah. Bye, sweetie..." ucap Johan yang sedikit malu itu. Qistina melambai kepada Johan dan terus berlari masuk ke rumah. Johan tersenyum.

________________________________

"Kenapa, Nayli?! Kenapa?!" tanya Asyraff. Mata aku tidak berhenti mengalirkan air mata.

"Nayli!!! Jawab lah! Kenapa kau nangis?!" tanya Asyraff sambil menjerit macam orang gila.

"Kenapa kau pilih dia?! Kenapa Nayli?! Kenapa kau tak pilih aku?!!! Apa kurangnya aku?!!" tanya Asyraff.

Wait. Nak tanya ni? Aku ni cantik sangat ke? Kenapa Asyraff nak sangat dekat aku ni? Aku ni takde lah cantik mana. Ella Gross lagi cantik daripada aku. Asyraff ni dah kenapa? Pelik pulak author dengan Asyraff ni. Obsess sangat...

"Woi!!! Jawab lah?!" arah Asyraff yang sudah meraung. Kalah harimau dengan singa. Diorang pun takut dengan Asyraff... Heheheh sempat lagi...

"Ke-kennappa kau nak de-dekat a-aku?" tanyaku, tergagap-gagap.

"Perlu ke tahu?!" tanya Asyraff. Tak lupa juga dengan jeritannya yang memekakkan telinga itu.

Aku menangis lagi.

"Sekarang kau jawab soalan aku. Kenapa kau pilih dia?! Kenapa bukan aku?!" tanya Asyraff.

"Sorry, Asyraff..." jawabku perlahan. Asyraff menjerit. Dia menyelongkar begnya.

Sebilah pisau dikeluarkan dari beg itu. Dia memandangku. Ah! Aku redha. Apa nak jadi, nasib. Berserah.

Asyraff mendekatiku. Dia tujukan pisau itu ke arahku. Ah!

Aku tersedar dari tidur dan mimpi jahanam itu. Aku menjerit dan menangis tersesak-esak. Aku mengucap dalam hati. Nasib baik hidup lagi.

Sarah dan Qistina berlari masuk ke dalam bilik aku. Aku terus memeluk mereka. Masih menangis. Sarah dan Qistina menenangkan aku. Tangisanku makin berkurang. Ketika itu pukul 4.25 pagi.

"Qis. Awak duduk dengan Nayli jap. Kita nak call Haizeq." kata Sarah perlahan kepada Qistina. Qistina hanya mengangguk.

"Nayli. Kita ambik air, eh?" pelawa Sarah. Aku diam dan tidak menjawab. Sarah terus turun ke dapur. Sambil itu dia mendail nombor Haizeq. Haizeq menjawab panggilan.

"Kenapa? What happened? Mia nangis?" tanya Haizeq bertalu-talu.

"Ya. Dia nangis. Kali ni teruk sikit. Dia menjerit tadi." kata Sarah.

"What? Macam mana dia sekarang?"tanya Haizeq.

"Dia still nangis. Tapi dah nak ok dah..." beritahu Sarah.

"Oh. Ok." jawab Haizeq.

"Haizeq. Dia tak tahu aku call kau ni. Nak bagitahu dia tak?" tanya Sarah.

"Tak payah la. Biar aku bagitahu dia sendiri esok." kata Haizeq.

"Ok." jawab Sarah, akur.

"Aku datang awal sikit tau hari ni." kata Haizeq.

"Suka hati kau la."kata Sarah. Dia memutuskan talian.

Sarah melangkah ke bilikku. Kelihatan aku sudah tertidur. Qistina memandang Sarah.

"Dah tidur?" tanya Sarah.

"Haah. Baru je." kata Qistina.

"Dah la. Jom sambung tidur." kata Sarah. Qistina akur. Mereka melangkah ke bilik masing-masing.