webnovel

Darjah 6

Ini adalah kisah yang dialami sendiri oleh penulis yang bertujuan untuk menceritakan perjalanan kehidupan penulis yang dianggap satu kenangan ataupun kisah yang tidak dapat dilupakan. Satu kejadian dimana penulis tidak dapat meluahkan kepada sesiapa dan berharap platform ini boleh dijadikan sebagai DIARI penulis kepada diri penulis pada 14 tahun yang lalu.

Dear Myself from 14 years ago,

Hari isnin merupakan salah satu hari dimana semua pelajar darjah 6 diwajibkan menghadiri kelas malam yang diadakan hanya 3 hari seminggu iaitu pada malam Ahad, Isnin dan Selasa. Aku berpakaian kurung sedang tekun menyiapkan kerja yang diberikan guru. Tiada siapa dibenarkan pulang sekiranya tidak menyiapkan tugasan tersebut. Sedang leka menulis di buku latihan, aku terdengar gelak ketawa sekumpulan rakan-rakan sekelasku. Mereka berjaya menyiapkan latihan sebelum habis waktu kelas malam.

Oleh kerana masa masih awal. Guru membenarkan mereka untuk berada di dalam kelas memandangkan ibubapa mereka juga masih belum tiba. Mereka bercadang untuk bermain satu permainan yang popular pada waktu tersebut. Mereka memilih untuk berkumpul di ruang belakang kelas kerana tidak ingin mengganggu pelajar lain. Sungguh murni pemikiran mereka.

Tidak dapat jua aku tidak pedulikan mereka kerana tempat yang dipilih mereka sangat dekat dengan meja belajarku. Lantaklah sama mereka, aku hanya ingin pasang telinga dan cuba untuk join the fun sebagai penonton. Mereka memegang botol air minuman yang kosong dan mula membuat bulatan. Hmm, nak main truth or dare la tu? Fikir ku.

Seorang daripada mereka memutar botol tersebut. Wajah mereka terpancar keterujaan bagi mengetahui siapa pemain yang pertama. Selang beberapa ketika, botol terhenti dan muncungnya terhenti di hadapan seorang gadis. Kecil molek, berkulit sawo matang dan mempunyai mata yang galak dan besar. Truth or Dare?! Jerit rakan-rakannya. Hmm, truth, balas si gadis tersipu malu.

Salah seorang rakannya bersuara, 'Soalannya, siapakah di kalangan kita yang kamu benci?'. Allah, soalan padia ni? Bisa cerdik sikit kah? Ini soalan cari gaduh. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Aku yang hanya menonton sekadar termenung kerana akalku merasakan soalan ini sangat mengarut. Si gadis terdiam melilau-lilau matanya. Satu saat, hanya satu saat mata aku bertaut dengan si gadis. Tautan yang kurasakan, aku tahu perkataan apa yang bakal disebut si gadis.

Dia! Jerit si gadis sambil jari telunjuknya dituju kearahku. Allah, ujian kelas malam, fikirku. Aku hanya memandang setiap seorang dari mereka lalu berpaling ke depan. Kembali fokus pada latihan yang diberikan guruku. Sedih? Jujur aku sangat sedih. Berlandaskan apa jawapan mu itu? Adakah kerana aku merupakan jawapan yang paling selamat bagi mu?

Aku ok. Aku tidak kisah. Aku tidak peduli. Kerana dari awal lagi aku mengerti apa itu nilai seorang rakan. Ketahuilah rakan, kenangan itu aku masih ingat. Tiada dendam antara kita. Hanya sekadar luahan kosong.

Pembaca sekalian, ingatlah pepatah, kerana mulut santan binasa.