webnovel

Darjah 6 Part 2

Tahun enam merupakan tahun persekolahan yang paling dibenci olehku. Pada tahun ini juga aku kenal erti kawan, rakan dan sahabat. Itulah detik dimana aku merasakan tiada kemesraan atau tiada persamaan di antara aku dan rakan-rakanku. Bukan hanya percintaan yang memerlukan 'chemistry', bahkan persahabatan juga perlukan 'zing' (for those yang tengok Hotel Transylvania mesti tahu apa itu zing).

Kisah kali ini berlaku pada hari terakhir menduduki ujian UPSR. Sudah sedia maklum bahawa setiap peperiksaan, kedudukan meja calon mesti mengikut susunan huruf. Pada ketika itu, meja aku terletak di hadapan bersebelahan dinding kiri. Manakala, rakan-rakanku ada yang berada di belakang dan ada yang diletakkan di tengah belah kanan.

Dear Myself from 14 Years Ago

Setelah pengawas mengutip kertas jawapan peperiksaan hari terakhir ini, aku hanya termenung sambil menunggu sesi peperiksaan berikutnya yang bermula pada tengah hari. Aku berbual-bual kosong dengan kawan sebelah sambil minum air untuk menghilangkan dahaga.

Tiba-tiba aku ternampak rakan-rakanku berjalan ke arahku lalu berhenti di hadapan ku. Aku melihat salah seorang dari mereka menangis menahan sebak. Apahal ni? Susah sangat ke ujian tadi. Bagi aku senang je, tak kan A tak boleh buat? Fikirku. Aku hanya berdiam diri kerana aku tidak ingin jika pertanyaanku akan membuatkan A bertambah sedih.

Aku nampak rakan yang lain menggosok-gosok belakang A sambil terkumat kamit mulut. Kenapa dengan diorang ni? Tiba-tiba si gadis kecil, sawo matang ni bemata galak dan besar berkata, 'Kau la ni buat A menangis'. Aku terpinga-pinga. Seingat aku, tiada kesalahan yang aku buat kepada A. 'Kenapa aku pulak? Kita semua sibuk jawab ujian kan tadi? Sekarang ni baru je nak rehat'. Si gadis kecil molek menghulurkan tangannya ke arah belakang dewan dan berkata, 'Kau pergi tanya F (kawan lelaki sekelas kami)

Aku dengan malas nya berjalan ke belakang dewan. Kau ingat dewan ni tak panjang? Nak tanya apa pun aku tak tahu. Beberapa minit (tak pasti berapa lama aku ambil masa tapi bukan senang la nak berjalan dari depan ke belakang waktu peperiksaan telah tamat, pelajar semua berterabur dan entah berapa kali aku cakap 'excuse me' sebagai tanda beri laluan) kemudian, aku memberhentikan kakiku di hadapan F. 'Yo what's up man (mimpi je la nak cakap macam tu)'. 'Hmmm, F aku nak tanya sikit kenapa A menangis? Kau buat apa pada dia? Apa kaitan dia menangis dengan aku dan kau?'. Yea, aku sejenis yang suka bertanya secara langsung. Aku tak suka berkias dan tak suka nak berleret leret. Lagipun aku bukan suka bercakap dengan mamat ni.

'Entah. Tak tahu'. Mudah jawapan kamu orang muda. Aku bangga. 'Dari awal aku tahu, bertanya kepadamu bukanlah tindakan yang bijak.' Aku memilih untuk mengendah kan perkara itu dan kembali ke mejaku. Kau ingat aku suka ulang-alik dalam dewan ni. Lantak la nak nangis ke nak berguling ke, aku malas nak ambil tahu.

Tidak semudah itu perkara ini akan reda dengan begitunya. Aku dah agak, masalah tak akan selesai. Jadi, aku membuat keputusan untuk bertanya pada rakanku yang berada berdekatan dengan meja F. 'Apa cerita ni. Aku memang tak tahu. A nangis dan si gadis kecil molek cakap semua ni berpunca dari aku. Kau tahu meja aku jauh nun di depan sana. Kau rasa aku tahu ke apa yang korang buat dan berborak? Adil ke bagi aku?' Aku nampak rakanku itu seakan pasrah. Huh, ada harapan dia nak bagitahu ni. Monologku lalu menarik kerusi entah siapa punya untuk melabuhkan punggungku yang turut kepenatan berjalan ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini (#stayhome).

'Macam ni ceritanya. Kau tahu A suka I kan?' Aku mengangguk laju. 'Selepas kertas ujian dikutip, kitorang (rakanku dan si gadis kecil molek) bosan. So, kitorang tanya la macam-macam pada F. Maka, terkeluarlah soalan siapa suka siapa. Contohny F suka siapa, N suka siapa etc. Justeru, S (gadis kecil molek) bertanya pada F yang I suka siapa dalam kelas kita. Dum dum dum dum, F bagitahu kitorang I suka kau.' Masalah berpunca daripada soalan bukan-bukan. Korang memang suka tanya soalan pelik kan? Tak boleh ke 'tune' soalan tu kasi nampak cerdik sikit.

Kenapa percaya pada F? Dia memang suka kenakan aku. Aku tak pernah rapat dengan I la. Lantak la korang, aku malas layan. Ini semua keanak-anakan. Aku penat nak hadap benda bodoh macam ni. Marahku didalam hati. Sebenarnya aku tak boleh tengok A menangis, bagi aku A seorang rakan yang baik. Dia tidak pernah sakitkan hati aku. A seorang yang susah nak menangis. Kali ini dia betul-betul terluka. Tidak mungkin aku tidak ambil peduli akan perkara ini.

'A, itu semua F yang cakap dan bukan daripada mulut I sendiri. Kau percaya pada F ke? Kau tahu dia seorang yang nakal. I tak sukakan aku. Aku pun tak sukakan I. Kau pernah nampak aku rapat dengan I ke? Lagipun, kau lagi cantik dan pandai daripada aku. Kau ada satu personaliti yang menarik dan membuatkan ramai orang tertarik pada kau.' terangku panjang lebar kepada A. Sekian kisah pelik pada hari itu.

Aku tahu umur-umur macam ni kita ada perasaan nak bercinta dan dicintai tapi....

Sekelumit pun aku tiada dendam atau sedih. Cuma aku terkilan kerana rakan-rakanku marah padaku hanya disebabkan perkara kecil begini.

Tuan-tuan dan puan-puan pembaca sekalian, tolong jangan cepat melatah dan siasat la dulu kenyataan yang bercanggah dengan akal fikiran. Sekarang lagi banyak fake news, kan?