webnovel

Masih Mahu Pergi?

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Ye Wan membuka matanya.

Dia ditatap oleh sepasang mata yang membuat jantungnya berdebar dan jiwanya bergetar.

"Ah—"

Jari jemarinya pucatnya menggenggam erat duvet.

Lagi sekali, dia perlu menahan keperitan tubuhnya yang seperti dikoyak.

Adakah ini neraka?

Mengapa bila saya dengan jelas telah mati tapi perlu datang semula, ke sisi syaitan ini?

Fikirannya berserabut kerana kehangatan tubuh lelaki ini dan mengikut gerak hatinya, dia menentang, "Jangan pegang saya!"

Dengan satu pergerakan pantas, Ye Wan seperti disentuh ais. Muka pucat lelaki itu yang seperti hantu, dengan wajah yang dahagakan darah bersama bibir sejuk seperti ais, terus menggigit dia dengan ganas. Seperti mahu menelan dia hidup-hidup.

Ye Wan Wan dalam kesakitan yang amat sehingga dia tidak boleh berfikir dengan lurus. Dia menggumam tanpa sedar. "Kenapa… Kenapa saya… Si Ye Han… Kenapa mesti saya…?"

"Sebab ia mesti kamu."

Mendengar suaranya yang dalam dan garau seperti rantai yang mengurung jiwa Ye Wan.

Selepas mendengar jawapan yang sama yang dia berikan dari kehidupan sebelumnya, Ye Wan Wan terus jatuh koma.

Apabila dia membuka matanya semula, kegelapan langit malam telah bertukar ke siang hari.

Bau bunga memenuhi segenap ruang dan kehangatan sinaran matahari yang berjaya menembus masuk, menghilangkan keresahannya sebentar.

Namun, sejenak kemudian, Ye Wan Wan menjadi cemas semula.

Kebimbangan mula menular dalam dirinya apabila lelaki di sebelahnya tersedar.

Dakapan lelaki itu ke pinggangnya menjadi lebih erat. Dia seperti sebuah bantal, dipeluk kejap dalam dakapannya.

"Masih mahu pergi?"

Bisikan ke telinga dari lelaki di sisinya membuatnya menggigil.

Nalurinya untuk hidup memaksa Ye Wan Wan menggelengkan kepalanya.

Dia tak pasti sama ada lelaki itu percaya atau tidak. Dia memandang Ye Wan seketika sebelum melihat ke bawah, dan mula memberi ciuman kecil pada bibir, dagu dan lehernya…

Nafas berat dan hangat lelaki itu memberi tanda amaran kepada seluruh tubuh Ye Wan.

Dia seperti seekor rusa yang sudah digigit oleh pemangsa. Dia tidak berani untuk bergerak.

Seketika kemudian, akhirnya dia melepaskan Ye Wan.

Tidak lama selepas itu, pemandangan menarik menjamu mata Ye Wan.

Lelaki itu turun dari katil separuh bogel, cahaya latar menyerlahkan pinggangnya yang langsing dan tirus.

Namun, pandangan itu hanya untuk seketika apabila dia dengan ligat memakai baju dari katil dan membutangkan bajunya hingga ke atas dengan teliti.

Hanya sebentar tadi dia seperti seekor binatang yang ganas, tapi pada saat ini, mukanya yang tampan kelihatan dingin tanpa riak kemanusiaan.

Hanya selepas dia mendengar pintu ditutup, barulah Ye Wan Wan membiarkan dirinya bertenang.

Sekarang baru dia boleh berfikir berkenaan keadaannya sekarang.

Dengan perlahan dia melihat perabot di sekelilingnya, dan juga pantulan dirinya sendiri dari cermin meja solek bertentangannya.

Bibir hitam gadis di dalam cermin itu telah dihisap sehingga warna itu menjadi begitu pudar. Solekan di wajahnya menjadi comot kerana air mata dan peluh. Tubuhnya yang selain dari dipenuhi lebam dan kesan ciuman ialah tatu berdarah dan mengerikan.

Dia tidak percaya ini rupanya sewaktu dia berusia 20 tahun!

Pada masa itu, untuk menjauhkan diri dari Si Ye Han, dia dengan sengaja membuat dirinya menjadi hodoh dan menjijikkan.

Sekarang dia telah… dilahirkan semula....

Tiba-tiba, suatu perasaan takut dan putus asa membelungi dirinya dan membuatkan dia tercekik.

Kenapa…

Kenapa saya telah kembali ke 7 tahun yang lepas?!

Dia masih ingat ini ialah pertama kali dia dan Si Ye Han melakukan hubungan seks, dan dia telah diseksa berkali-kali bermula dari malam itu dan malam yang mendatang.

Dia telah kehilangan kekasihnya, keluarganya, dan juga maruah dan kebebasannya. Dia telah kehilangan segala-galanya.

Perlukah aku lalui semua ini lagi?

Tidak. Tuhan telah memberikan aku peluang kedua untuk hidup, aku akan ubah segala-galanya!