tok..tok..
ketukan di muka pintu,mematikan perbincangan diantara ikman dan ikran.
" along harap man rahsiaka perkara ni dari kak long.." pesa ikra sebelum bangkit membuka pintu. tahu sudah siapa gerangan yang mengetuk pintu itu.
" dah siap.. jom.." ajak cempaka.
ikran mengangguk.
" huh.. ha.. man pon ada.. meh makan sekali.. nasib baik kak long masak lebih.." sempat lagi mempelawa ikman yang muncul dari belakang ikran.
ikman tersengih. orang cakap musuh jangan dicari,rezeki jangan ditolak. ibarat menyorong bantal ke mata yang sedang mengantuk,memang langkah kanan la ikman. hehe.. tersengih bagai kerang busuk ikman.
ikran menepuk bahu ikman. tahu sangat peel adiknya yang suka makan itu.
ikran tanpa segan silu makan bertambah dua kali. masakan cempaka memang sedap. kena dengan seleranya. kiranya tidak sia-sialah cempaka belajar masak memasak dahulu.
" kak long masak...standard chef.. harus setiap hari man datang makan sini.." puji ikman dengan mulutnya penuh.
" banyak hensem.. hei pakcik.. i tak masak setiap hari okey..." balas cempaka menuang air untuk ikman. tak senonoh betul perangai adik iparnya itu. kalaulah perempuan diluar sana tahu perangai sebenar ikman ni.. mesti ramai yang lari. tak padan dengan muka kacak..kuat makan.
" thank you kak long.. thank you.."
ikran tergeleng-geleng melihat telatah adiknya.
" kenapa makan sikit?" tanya ikran melihat cempaka yang seperti kurang berselera menjamah hidangannya.
" jaga badan.." jawab cempaka laju.
" kenapa? nak kurus macam mana?" tanya ikran. keningnya dikerutkan.
" sejak akhir-akhir ni rasa macam ketat je semua pakaian.." cerita cempaka dengan wajah sedihnya.
ikman yang memasang telinga mendengar dan memerhati dalam diam. dia ingin melihat sikap abangnya kepada kakak iparnya. ingin menilai dengan matanya. apakah benar dikata,ikran berhati batu.
" lah... berisi sikit okeylah.. abang bukan nikah dengan tengkorak hidup. jangan nanti abang balik peluk tulang sudah.." ikran sangat membantah kalau cempaka nak kurus lagi. dia suka lagi kalau badan cempaka berisi. sedap sikit dia nak peluk. empuk-empuk gitu.
" serius.. " tanya cempaka dengan wajah gembira.
" iyalah...dah.. lepasni makan.. jangan nak diet-diet.."
cempaka senyum suka. tiba-tiba dia rasa berselera nak makan.
ikman senyum dalam hati. tidak pernah melihat sisi romantik abangnya. kalau umi dapat tengok ni,mesti menangis sebaldi airmatanya ku najah kena tadah. dalam kaku abangnya ada sisi romantis.
" man.. tambah.." suruh cempaka. suka melihat masakannya habis dimakan. syukur.
" cukup kak long.. dah 3 kali.. kena exercise lepas ni.. nanti hilanglah six pax ku.." tolak ikman.
" ye lah.. ye lah.."
selesai menjamu selera, mereka berkumpul di ruang utama. cempaka hanya diam bermain game di telefonnya. sementara ikran dan ikman pula berbincang tentang urusan bisnes. malas cempaka nak masuk campur. dia bukan tahu pun. itu bukan bidangnya. tiba-tiba telefonnya berbunyi. terkejut juga. nyaris-nyaris nak terlepas telefonnya.
" ermmm..." kacau betullah nadia ni. rungut cempaka tapi hanya dalam hati je lah.
" babe.. free esok?" tanya nadia dengan suara manjanya.
" esok.. tak kut.. esok aku nak teman suami aku.. lusa dia dah nak pergi business trip.." tolak cempaka. boleh je kalau dia nak keluar esok. kebetulan ikran akan habiskan masanya di pejabat seharian. namun dia ingin bermalas-malasan di rumah.
" aik... baru balik dah kena tinggal lagi ke..?" sinis nada pertanyaan nadia. sesiapa yang tidak mengenali nadia pasti akan terguris mahupun terasa. mujur cempaka dah kebal dengan mulut puaka nadia.
" ermm.. kenapa pula?"cempaka ingin marah atau menjawap kata-kata sinis nadia itu. namun rasa segannya yang tebal kepada ikran dan ikman dibiarkan sahaja mulut tiada insurans nadia itu.
" ye lah.. kesian engkau.. tak silap aku dia baru je balik dari business trip kan.. lepastu dah puas-puas dengan kau.. pastu tinggalkan.. pergi lagi. lelaki semua sama. dah dapat sedap.. tinggalkan.." amboi.. memang mulut nadia ni minta penyepak ni.
cempaka menarik nafas dalam. menghembus.. mengumpul sabar. kenapalah tuhan berikan dia sahabat yang mulut durjana.
" babe.. laki aku panggil.. nanti aku call kau balik ye.." alasan cempaka mengelakkan diri dari mendengar kata-kata tak berakhlak daripada mulut nadia.
" iyalah.. pergilah babe.. sejak dah berlaki ni.. semua laki kau je kan.. nanti kalau kau ada masalah jangan cari aku.." sempat nadia memprovoke sebelum mematikan talian.
cempaka mengetap bibirnya. mengeluh seketika.
dua pasang mata hanya memerhati dalam diam . ikran tertanya-tanya dalam hatinya. sebenarnya cempaka dan nadia ni sahabat ke atau lawan? ikman pula gatal mulut nak tanya. dilihat dari gaya cempaka macam ada sesuatu yang tak kena sahaja.
" nadia?" tanya ikman. soalan yang sepatutnya ditanya ikran telah ditanya ikman. dasar kaki gosip betullah ikman ni.
cempaka angguk.
" bertahan betul kan friendship kak long dengan nadia tu.. bff forever and ever lah tu.." ikman sengaja berkata sebegitu. siapa yang tidak mengenali nadia? bertukar kekasih macam bertukar baju dari zaman dahulu kala.
" kiteorang dah macam adik beradik.. dia banyak bantu kak long dulu" iya walau mulut nadia agak kureng sedikit tetapi nadia banyak membantunya. jangan kerana satu keburukan seseorang kita menutup semua mata untuk menilai kebaikannya yang lain-lain.
" bantu?" tanya ikran ingin tahu. apa besar sangat ke bantuan nadia tu sampai cempaka terima sahaja bulat-bulat setiap makian nadia. ada bodohnya juga isterinya ini.
" adalah.. hal orang perempuan.." cempaka taknak cerita dengan ikran. segan.
" lah.. dengan abang pun nal berahsia.. apa je rahsia awak yang abang tak tahu..?" desak ikran.
" banyak.. salah satunya..dia selalu bantu saya daripada jantan-jantan tak guna yang suka ambil kesempatan. dia bantu saya masa saya sakit dulu. dia pernah jaga saya di hospital sewaktu saya kena gastrik teruk." malas nak berdolak dalik dengan ikran,baik cempaka beritahu terus.
ikran dan ikman terangguk.
" kenapa? man pernah jadi bekas ex nadia ke?" usik cempaka kepada ikman. manalah tahu usikannya mengena.
terbeliak mata ikman. coiiiii.... simpang okey..
" nadia tu... takpelah kak long.. kalau orked okey lagi...ratnasari ke..pleaseeeeeee nadia mulut puaka tu... dezrin tu sahaja yang buta.." benarlah bagai dikata. mulut lelaki kalau mengumpat memang lagi tajam menikam dari mulut orang perempuan.
cempaka ketawa. tahu dah. ramai lelaki selalu cakap macam tu. kasihan nadia.
" nanti kak long jemput dia datang makan sini tau.. man pun boleh joi sekali.." seloroh cempaka sengaja mengusik ikman.
ikman mencebik.
ikran senyum sedikit. dia menepuk peha cempaka.
" kenapa?" tanya cempaka.
" macam mana nadia bileh kenal dengan al fateh?" tanya ikran. ini masanya untuk dia mengorek sedikit rahsia dari cempaka tentang hubungan nadia dan al fateh
cempaka diam sekejap. berfikir.
" rasanya nadia jadi model untuk produk company al fateh.. macam tu lah.. dia juga ada business dengan dezrin.. tu yang diorang boleh rapat tu.."