nadia merebahkan tubuhnya dia atas katil. sakit hati mengenangkan cempaka. bagi nadia,cempaka seolah-olah menunjukkan kebahagiaan palsu kepadanya. selalu cempaka berada di bawahnya. apabila tiba-tiba cempaka berdiri lebih tinggi daripadanya,dia tidak dapat menerima. dia rela kalah di tangan perempuan lain namun bukan di tangan cempaka. bertahun-tahun dia selalu dibandingkan dengan cempaka. baginya memasuki dunia peragaan dan menjadi seorang peragawati adalah kredit. bukti yang dia jauh lebih cantik,cemerlang dan bergaya daripada cempaka. mujur cempaka pendek maka tidak dapatlah cempaka menjadi pesaingnya. sejujurnya nadia selalu merasakan cempaka ingin bersaing dengannya. zaman persekolahan sehingga kuliah, dia berusaha keras agar dipandang sebagai nadia bukan nadia tan sri adnan. dia mahu dikenali dan disukai kerana dia adalah nadia. namun kemunculan cempaka yang selalu pura-pura naif membuatkan dia langsung tidak dipandang dan kaum lelaki sibuk sahaja memuja cempaka.
" aku akan rampas ikran dan pastikan kau bercerai dengan ikran dan aku akan jadi isteri ikran. jaga kau cempaka." nadia menggumam perlahan. suaranya ditekan seolah cempaka ada di depan matanya.
satu persatu tugas-tugas rasmi dan penting,ikran serahkan kepada pegawai-pegawai bawahannya dan dibawah seliaan ikman. ikman dengan redha menerima segala tanggungjawab menjaga perniagaan keluarga mereka selama ketiadaan kedua abangnya. nampakanya selama beberapa minggu ni dia tak boleh nak main-main dah. esok lingkup tid siapa nak bertanggungjawap dengan nasib beribu-ribu pekerja mereka?
cempaka hanya bermalas-malasan di atas katil sepanjang hari. tiada kerja nak dibuat. makanya.. buatlah tahi mata. lagipun badannya masih terasa lenguh dan sakit hasil kerja keras ikran. konon bekalan untuk ke itali nanti. tiba-tiba cempaka risau. macam manalah agaknya nasib dirinya selepas ini seandainya ikran sudah selesai tugasnya di luar negara dan bekerja seperti biasa? apakah ikran akan memperlakukannya seperti semalam dan semalam? what!!?? stamina ikran atas katil time nak buat tu macam singa lapar tak makan sebulan. kalau setiap hari dia nak..macam mana? sudah. cempaka sudah naik risau. agak-agak la cempaka. takkan ikran nak setiap hari kut. ikran tu bukan robot. lagipu kalau dia ada di dalam negara sekalipun, masanya bukan untuk kamu sahaja. tid tu mana dia nak campak kalau selalu nak tu je.. cool cempaka..cool.. suara hatinya berselang seli mengganggu otaknya yang tak seberapa nak bijak itu.
" jemputan untuk menghadiri majlis hi tea dan pelancaran butik datin normah di kelana jaya. sambil membeli.. boleh menderma dan fashion show" cempaka membaca whatsapp group dari kumpulan-kumpulan wanita-wanita boleh dikategorikan sebagai golongan bangsawan. nama group whatsapp mereka pun tak boleh kalah okey. group wanita inspirasi.
" inspirasilah sangat.. inspirasi menghabiskan duit laki.." cemuh cempaka.
memikirkan dirinya kini tergolong dalam kumpulan wanita-wanita inspirasi ini,makanya nak taknak cempaka terpaksa juga bergaul. sebagai isteri boss besar tid berhad,takkan dia nak menyombong pula. malulah muka suaminya nanti kena cemuh dengan orang ramai. anggaplah ni salah satu pengorbanannya untuk bersama ikran.
" mira... cuba google.. baju apa padan kita pakai untuk majlis hi tea?" tanya cempaka kepada mira yang sedang menukar air minuman di dalam bilik tidurnya.
mira diam memikir. baju untuk hi tea?
" puan.. saya tak tahu.. setiap orang ada testnya sendiri.." aduhlah cempaka ni. yang pergi tanya dekat tukang gaji tu..dah kenapa? cuba google sendiri.
" hmm.. takpelah.. nanti saya fikirkan sendiri.." cempaka mula menaip sesuatu di telefonnya. mengesahkan kedatangannya nanti.
mira mengangguk lantas berlalu.
" ha.. nasib baik ada yang bertanya tentang pakaian.. mujur.. huh.. siap ada tema.. warna pastel.. macam-macamlah.."rungut cempaka membaca satu persatu mesej yang dihantar di grouo whatsapp wanita inspirasi.
konsentrasi cempaka sedikit terganggu dengan ketukan di muka pintu biliknya.
" masuk.." laungnya masih atas katil lagi. malas nak turun. sedap pula bermalas-malasan begini.
" puan nak makan apa hari ini?" tanya mak pah di muka pintu.
cempaka berhenti membaca. memikir. jemu sudah makan sedap-sedap.
" taknak.. nanti kalau saya lapar..saya keluar.. saya teringin nak minum air starbuck.."
mak pah mengangguk. senang sungguh jadi tukang gaji di villa ini. cempaka juga bukan jenis yang cerewet. sama juga dengan tuan besar mereka. jenis yang mudah diurus.
" kalau macam tu.. puan rehatlah dulu.. saya ada lagi kerja nak buat.." mak pah menutup kembali pintu biliknya. membiarkan puannya bermalas-malasan di atas katil.
" tuan saya letak dalam bilik kerja tuan.." maklum butler mario kepada ikran dari dalam telefon.
" baiklah.. jangan beritahu puan.." arah ikran. dia bukan mengawal tetapi dia cuma ingin tahu bungkusan apakah yang dihantar kepada cempaka. misteri sungguh. butler mario juga mengesyaki sesuatu dengan bungkusan itu.
ikran mencuba sebaik mungkin menyelesaikan urusannya di pejabat dan ingin pulang awal ke rumah untuk berehat. esok pagi-pagi dia akan berlepas pergi.
" tuan.." panggil nazim di muka pintunya yang terbuka.
kepala diangkat.
" urusan yang tuan minta tu dah siap..tuan nak jumpa mereka?" maklum nazim memegang telefon di tangannya.
ikran diam memikir.
" bolehlah.."
" okey.. saya suruh mereka naik sekarang.."
selang setengah jam di pejabat ikran muncul dua orang lelaki dan seorang gadis kecil molek seperti isterinya juga.
" lama tak jumpa tengku.." si lelaki menyapa menghulur tangan bersalaman. si gadis hanya menunduk.
" maaf jefri terpaksa menyusahkan kamu dan dayana untuk menjaga puan.." ucap ikran kepada orang yang paling dipercayainya dalam organisasi gelapnya.
" tiada masalah tengku.. cuma pasti ada sebab kenapa tengku nak kami mula awasi puan.." sebagai pengawal peribadi kepada cempaka,dia harus tahu tujuan sebenar tugasnya.
" awasi orang di sekeliling puan.. siapa yang puan jumpa.. saya taknak kerana saya,puan dijadikan sasaran." jelas ikran ringkas.
dayana dan jefri mengangguk.
" baiklah.. saya akan bergerak ke villa selepas ini.." putus jefri memandang dayana yang diam dari tadi.
" jeff.. lagi satu.. kalau ada masa.. tolong ajarkan puan seni pertahankan diri.. saya akan bayar lebih.." pohon ikran lagi.
seni bela diri bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran.
" awak.. sekejap lagi ada orang akan jumpa awak.." maklum ikran di talian.
cempaka yang sedang menukar pakaiannya untuk keluar merayap mencari makanan hanya mengiyakan sahaja.
" saya nak keluar beli air starbuck.." cempaka seperti meminta kebenaran.
" tunggu dayana dan jeffri sampai dulu..baru pergi.."
" okey.. tapi...siapa dayana dan jeff tu?" tanya cempaka.
" orang yang dipertanggungjawapkan menjaga keselamatan awak dan villa sepanjang ketiadaan saya nanti.." jelas ikran.
" hah.. okey.. "
cempaka merasakan kebebasannya seperti tersekat sedikit jikalau sudah ada pengawal. tindak tanduknya pasti akan diawasi. nak protes terang-terangan cempaka tiada keberanian. protes belakang-belakang sahajalah cempaka.