cempaka memegang perutnya. mengusap perutnya yabg kempis.
" maafkan mama baby.. maafkan sebab tak jaga baby elok-elok.." bisik cempaka sambil mengesat matanya yang mula membasah. dia mula tersedu-sedu sendirian.
ikran yang ingin menolak pintu menghentikan tindakannya. dari ruangan yang kecil itu dia melihat cempaka yang rapuh menangis. dia mengepal penumbuknya. perasaan marahnya meluap-luap. kalaulah si putri ada di depan matanya sekarang mahu ditembak sampai berkecai tubuh itu.
" abang akan balas setiap titis air mata sayang.." bisik ikran.
cempaka mengiringkan tubuhnya membelakangi pintu. takut ikran perasan yang dia menangis. cukuplah dia menangis sewaktu ikran datang petang tadi.
ikran perlahan menolak pintu.
" tidur?" tanya ikran sambil menarik kerusi.
" belum lagi.. tengah tengok panorama perubahan waktu." dalih cempaka. air mata yang mengalir di lap. bibirnya diketap. takut ikran mendengar suara tangisannya.
ikran melabuh punggung di kerusi. memberi cempaka masa untuk bertenang. tangannya memeluk tubuh.
" maaf...maaf sebab susahkan abang.." setelah lama berdiam,akhirnya cempaka membuka mulut. tubuhnya masih mengiring membelakangi ikran.
" its okey.." ikran x mengusap lembut bahu cempaka. berharap sentuhannya mampu menenangkan perasaan cempaka.
"bila abang nak ke itali lagi?" tanya cempaka.
" kerja abang dekat sana dah selesai.. abang bagi ikwan dengan nazim uruskan fasa seterusnya.." benar. kalau ikutkan rancangan asalnya,minggu depan ikran akan pulang bersama nazim. hanya ikran yang akan uruskan untuk fasa terakhir.
cempaka bangkit perlahan. takut iv drip-nya berdarah.
" meh sini abang tolong.." ikran membantu menyusun bantal cempaka supaya tinggi. dia membaringkan tubuh cempaka. menarik selimut menutup kaki isterinya itu.
" abang... " panggil cempama. dia memberi senyuman manis apabila ikran menjongket kening.
" i miss you..." bisik cempaka mengiringkan tubuhnya mengadap ikran. tangannya dibuat alas pipi.
ikran senyum. pipi cempaka diusap lembut.
" nak mandi?" tanya ikran.
cempaka menggeleng. dia malu ikran melihat tubuhnya yang lebam-lebam.
" dah nak dekat pukul 8 ni.. jom.. abang tolong lapkan.. lepastu makan.. sekejap lagi nurse datang bawa ubat.." tegas ikran bersuara. sudah tahu sangat dengan sikap keras kepala isterinya.
" takpe.. esoklah.. lepas doktor tanggal benda ni saya mandi.." tolak cempaka.
" esok lain cerita.." ikran tetap dengan pendiriannya.
cempaka mengebam bibirnya.
" hmmm.... saya buat sendiri.."
" shhh... dah jangan cakap apa-apa.. biar abang buat.." ikran menahan mulut cempaka yang sibuk menghalangnya.
cempaka terus kaku.
" sekarang baring diam-diam.." arah ikran.
dia mengambil bekas untuk mengisi air. kemudian terus menghilang ke dalam bilik air. seketika kemudian dia keluar dari bilik air. meletak bekas berisi air suam di meja sisi katil cempaka. tuala kecil direndam. kemudian dia menghampiri duduk di sisi cempaka. tangannya terus menuju ke butang baju cempaka.
" ermm pintu..." maklum cempaka malu malu.
ikran bangkit balik semula mengunci pintu. kemudian dia kembali menyambung tugasnya.
" abang.. maaf menyusahkan abang..." bisik cempaka saat ikran mencabut butang baju hospitalnya.
" its okey.." mata ikran menangkap kesan lebam di bahu isterinya itu. tangannya menyentuh bekas berwarna biru itu.
cempaka mendesis. sakit terasa apabila ditekan oleh tangan ikran.
ikran membuka kancing baju dalam cempaka. terdedah tubuh cempaka di depan matanya. cempaka memejam matanya. masih terasa malu lagi walau sudah berkali-kali dia bersama ikran. dan lagi menambah rasa malunya,tubuhnya dipenuhi kesan lebam akibat dibelasah oleh putri dan nasha.
ikran tanpa berkata apa-apa mula mengelap tubuh cempaka. setiap kali tangan menyentuh bekas tanda lebam di tubuh itu,hatinya terasa pedih bagai ditoreh.
" sakit?" tanya ikran.
cempaka membuka matanya. mengangguk.
ikran mengelap dengan perlahan dan penub hati-hati. selesai mengelap dia membantu cempaka menukar semua pakaiannya. sewaktu ingin membuka seluar dalam cempaka,tangannya ditepis.
"ada darah. kena tukar dengan pad." maklum cempaka sambil menunduk.
" mana padnya.. macam mana nak buat?" tanya ikran. dia menarik satu laci di sisi katil cempaka. mengambil seluar dalam dan bungkusan pad cempaka lalu menyerahkan ke tangan cempaka.
cempaka dengan wajah merah membuka bungkusan pembalut tuala wanita dan melekatkannya pada seluar dalamnya.
ikran dengan riak bersahaja membuka seluar dalam cempaka,mengelap kawasan itu sebelum menyarung yang baru dan bersih. akhirnya selesai sudah. ikran memasukkan pakaian dalam cempaka ke dalam satu plastik khas dan mengikatnya. bungkusan itu dimasukkan ke dalam baldi berisi barang mandiam cempaka. ada berus gigi,ubat gigi,pencuci muka,sabun dan shampol. dah macam nak duduk sebulan hospital. fikir ikran sambil berlalu ke bilik air.
" abang... esok nak balik.. saya taknak duduk sini.." pinta cempaka setelah selesai ikran menyelesaikan tugasnya.
ikran mengangguk. esok dia akan berbincang dengan doktor.
" abang... terima kasih.." bisik cempaka perlahan. tangan ikran ditarik dan dikucup kekura tangan suaminya itu. tanda menghargai.
ikran membalas dengan mengucup ubun-ubun isterinya.
air mata cempaka akhirnya tumpah juga. air mata yang ditahan daripada saat ikran membantu mengurus dirinya tadi.
" shh...dah jangan menangis.." ikran terua merangkul cempaka ke dalam dakapannya. berhati-hati dia mengusap bahu itu.
" abang.. maafkan saya.. saya tak jaga baby kita elok-elok.. saya tak tahu...maafkan saya sebab menyusahkan abang buat benda tadi.." ucap cempama dalam dakapan ikran.
hati ikran tersentuh mendengar ucapan cempaka. teringat penolakannya sewaktu dimaklumkan oleh jefri yang berkemungkinan cempaka hamil. apakah tuhan mengabul permintaannya. apakah ini juga karma daripada tuhan? tuhan menunaikan keinginannya namun tuhan juga menghukumnya.
" takpe sayang.. kita akan cuba lagi.. masa panjang lagi.. sekarang.. pulihkan dulu diri awak.. jangan sedih-sedih.. dah sihat nanti.. kita usaha lagi.." pujuk ikran lembut.
" terima kasih.." ucap cempaka melepaskan diri saripada rangkulan ikran. dia menatap wajah itu. mengusap pipi suaminya.
ikran pula mengesat air mata cempaka. tangan cempaka yang mengusap pipinya diambil dan dikucup.
tok..tok...
bunyi ketukan mengganggu konsentrasi pasangan itu.
ikran dengan malas bangkit membuka pintu. terpancul wajah ayu jururawat. dia tersenyum malu kepada ikran.
" maaf encik.. saya bawakan ubat kepada puan cempaka" maklum jururawat itu. takut mengganggu privasi pasangan itu.
" its okey.." jawap ikran perlahan. memberi laluan untuk jururawat itu melakukan tugasnya.
" puan cempaka okey hari ini?" tany jururawat itu ramah.
" okey.." balas cempaka perlahan.
" dah makan?"
" pukul 5 petang tadi saya makan.."
" ada buang air besar.. air kecil?"
" air kecil..last petang tadi.. air besar belum lagi.."
" hmm.. ada rasa sakit dekat mana-mana?"
" ada.. pergelangan kaki saya.. saya rasa kaki saya terseliuh.." teringat saat ke tandas untuk buang air kecil petang tadi. kakinya benar-benar sakit sewaktu memijak lantai. mujur ada dayana yang membantu memapahnya.
" owh.. nanti saya maklumkan kepada doktor.."
" gatal-gatal badan ada..?"
cempaka menggeleng.
" tuala wanita dah berapa kali tukar?"
cempakamengangkat jarinya tiga.
jururawat itu mula mencatit sesuatu di file biru yang dibawanya. kemudian dia menghampiri botol iv drip cempaka.
" okeylah.. malam ni puan sudah tak perlu dimasukkan air lagi. sekarang saya akan tanggalkan drip puan ya.." jururaway iti dengan cekap menjalankan tugasannya.
cempaka hanya melihat jururawat itu menarik jarum di tangannya dan menampal plaster di tangannya.
" terima kasih misi.." ucap cempaka setelah tangannya sudah bebas.
jururawat itu mengangguk.
" misi.. esok saya boleh balik?" tanya cempaka. dia tidak mahu menyusahkan ikran.
" kena tanya doktor puan.. esok pukul 9 pagi doktor akan datang meronda.. jadi puan boleh cuba tanya.." terang jururawat itu jelas dan mudah difahami.
" okeylah.." cempaka mengangguk faham.
" okeylah.. lepas ni puan dengan suami boleh berehatlah.. kami dah takkan ganggu sehingga pukul 8 pagi esok.. selamat berehat.. kalau perlukan apa-apa,tekan sahaja butang hijau. kami akan datang." pesan jururawat itu sebelum meminta diri berlalu.
ikran mengunci pintu dari dalam. dia berjalan mendekati katil. menarik kerusi lantas melabuh punggung.