cempaka hanya diam memerhati ikran yang sedang berbincang melalui talian menggunakan laptopnya. kasihan suaminya itu. dalam sibuk dengan tugasan kerjanya yabg sentiasa padat,masih sempat menemaninya bermalam di hospital.
ikran hanya mendengar penerangan daripada ikwan berkenaan kelancaran projek di itali. sesekali dia mengangguk.
" macam mana keadaan kak ipar?" tanya ikwan seusai tamat laporannya.
" okey.." sepatah ikran menjawap.
" dalam masa dua hari wan balik dengan nazim.. urusan dekat sini seterusnya zailani akan ambil alih." ikwan memaklumkan akan hari kepulangannya.
" hmm.." angguk ikran.
" semoga kak ipar cepat sembuh.. " ucap ikwan lantas menamatkan perbualan berat sebelah ya bersama ikran.
selesai konversasinya bersama ikwan,ikran mengeluarkan tabletnya pula. wayar bluetoot di sambung dan di sangkut ke telinga.
" perkembangan?" tanya ikran sambil tangannya membuka satu persatu email. membaca email penting.
" segala berjalan seperti yang dikehendaki.." balas ikman senafas.
" okey.. esok aku akan call kau.."
ikman memandang telefonnya.
" call macam ada benda penting.. sekali.. perkembangan??penat je aku hafal skrip.." rungut ikman dengan kepelikan sikap abang sulungnya itu. dia menyambung kembali kerjanya yang terhenti.
" kalau aku kerja macam ni.. balik rumah buat kerja.. kat pejabat buat kerja..sabtu ahad pun bekerja..bila masa aku nak jumpa perempuan-perempuan cantik ni? esok aku dah bebas dari kerja.. semua perempuan dah kena sambar.. aku??? mr lonely.." sambil menyediakan kontrak-kontrak perjanjian pembelian saham,ikman sempat lagi merungut akan nasibnya.
" abang dah makan?" tanya cempaka apabila melihat ikran bangkit dari sofa sambil meregangkan ototnya yang seksi. seksi di mata cempaka.
" awak nak makan?" tanpa menjawap soalan cempaka,ikran bertanya kepada cempaka.
" tak lagi.. kalau saya lapar saya makan..abang tu.. kalau lapar.. makanlah.."
" abang dah makan.. petang tadi.." sebelum kuar daripada rumah penginapan,pembantu rumah sudah menyediakan makanan untuknya dan memebekalkan sup untuk cempaka.
" kalau abang mengantuk.. abang tidur sini.. katil ni besar . muat dua orang.." cempaka menepuk ruang kosong sebelahnya. muat untuk seorang lagi.
" nak pergi mana tu?" tanya ikran melihat cempaka menjulur kakinya untuk turun daripada katil.
" tandas.." balas cempaka.
" kenapa tak minta abang tolong?" tanya ikran lagi. dia berdiri betul-betul berhadapan cempaka . menghalang pergerakan cempaka.
" saya boleh buat.. lagipun drip dah nurse cabut tadi." cempaka sebenarnya segan nak minta bantuan ikran. walau kakinya masih sakit,dia harus kuat.
ikran memberi laluan cempaka untuk menapak. ingin melihat sejauh mana cempaka punya tahap kedegilan. tahu kaki sakit bengkak,ada hati nak menapak ke toilet yang mengambil paling-paling pun 7,8 langkah.
cempaka cuba berdiri. kakinya terasa sakit,kakinya terseliuh sewaktu ditolak putri. langkah pertamanya dengan berpaut kepada kerusi mengambil masa seminit. perutnya pula semakin memulas.
ikran berdiri memeluk tubuh,memerhati kebodohan cempaka.
cempaka mencari sesuatu untuk berpaut namun dinding jauh pula. jadi dia memandang ikran. lelaki itu buat muka sambil memerhatinya. nampaknya segan buang tepi sahajalah.
" abang.... " cempaka meraih simpati ikran. buat muka kesian takut kena marah.
ikran tanpa banyak cakap terus mencempung tubuh cempaka. dia meletak tubuh cempaka di tandas duduk dengan perlahan.
" terima kasih.." perlahan ucap cempaka. wajahnya merah malu.
ikran mengangguk. dia berdiri di depan pintu tandas menjadikan cempaka serba salah pula. takkan dia nak uk..uk.. depan ikran kut. jatuhlah reputasinya nanti.
" boleh tak abang keluar.. " suruh cempaka.
" dah siap nanti panggil.." pesan ikran berlalu dengan senyum di bibir. lawak melihat muka malu cempaka. sengaja sebenarnya dia berdiri di muka pintu. sengaja melihat reaksi cempaka.
" abang... tutup sekali.." suruh cempaka belum sempat ikran melangkah keluar.
ku najah sibuk mencari bidan tradisional untuk menjaga cempaka nanti. dia mahu cempaka mendapat penjagaan penuh.
" awak buat apa tu?" tegur tengku ikbal sambil melangkah masuk ke dalam bilik.
" tengah tengok senarai bidan yang bagus untuk jaga cempaka nanti.." ku najah menunjukkan tabletnya kepada tengku ikbal.
" pah kan ada dekat sana.. pah boleh jagakan..." saran tengku ikbal.
ku najah menghentikan tindakannya. berfikir.
" pah boleh jaga macam mandikan dengan air suam..sediakan air akar kayu.. tapi pah bukan tahu cara nak mengurut orang keguguran. bertungku lagi." bangkang ku najah. masih mahu yang terbaik untuk menantu kesayangannya.
" tengku najah.. menantu kita tu keguguran.. bukan bersalin.." tengku ikbal mengingatkan ku najah. takutlah isterinya itu terlupa.
ku najah mengeluh.
" sebab dia keguguranlah saya mahu dia mendapat jagaan yang rapi supaya akan datang dia boleh mengandung dengan mudah.. jaga orang keguguran ni kita kena hati-hati abang. lagi-lagi anak sulung.. abang tak perasan ke.. menantu kita tu.. dia macam sorok emosi dia dari kita." ku najah memberi penerangan terperinci kepada suaminya. sempat juga dia selit kegelisahan hatinya.
terangguk-angguk tengku ikbal.
" menantu awak tu jenis gunung berapi.. dia bukan jenis maca awak.. pergi sana menangis,sini menangis.. lepastu.. saya nilah yang kena memujuk awak.." tengku ikbal membuat konkulasinya dari pemerhatiannya. malah,sempat lagi dia mengusik ku najah.
ku najah menjeling manja suami tersayang.
" saya menangislah.. sebab saya sayangkan menantu saya.." betullah tu. lagipun tengku ikbal ingat air matanya itu boleh ditahan-tahan ke?
" man ada cerita siapa yang buat semua benda ni?" tanya tengku ikbal. dia tidak mahu masuk campur. namun dia tetap mengikuti perkembangan dan kelancaran kes cempaka ini. berani betul siapa yang mencari fasal dengan keluarganya sehingga nenyebabkan menantunya keguguran.
" tah lah bang.. man taknak cerita dengan saya.. katanya along akan selesaikan semuanya.." ku najah juga ingin tahu siapa punca disebalik masalah keguguran cempaka. mahu sahaja ditampar wajah perempuan itu.
" biarlah ikran selesaikan.. tahulah dia apa nak buat.. suami mana tak sayang isteri.." tengku ikbal berkata sambil merebah tubuhnya ke katil. isterinya masih lagi mengusik tabletnya.
cempaka kembali berbaring setelah selesai urusan rasminya di tandas. ikran membetulkan selimut cempaka.
" tidurlah.." suruh ikran.
cempaka mengangguk.
" abang..." tanya cempaka.
"abang ada lagi sikit kerja nak semak.. sayang tidur dulu ya.. " ucap ikran mengucup dahi cempaka.
mendengar perkataan sayang daripada mulut ikran seperti mendodoi mata cempaka.