webnovel

jalan-jalan cari pakwe

" panggil saya cempaka sahajalah.. jangan ber-cik puan bagai.." suruh cempaka segan dipanggil cik puan.

" kalau begitu.. kakak boleh panggil saya yana sahaja." dayana menghulur tangan bersalam dengan cempaka. mulai hari ini,keselamatan wanita ini dibawah tanggungjawabnya.

" baiklah.. saya jefri.. lady boss boleh panggil saya jeff. tugas saya bawa lady boss dan ajar lady boss cara nak pertahankan diri." jefri menunduk kepalanya.

" okey.. bagus..bagus.. disebabkan mulai hari ini kamu akan ikut saya ke mana sahaja.. jadi anggaplah saya macam family.. dan semua yang ada dalam villa ni pun dah macam keluarga.." sekurang-kurangnya tanpa ikran di sisi,adalah juga peneman cempaka untuk berbual dan berjalan.

" so.. sekarang kakak nak pergi mana?" tanya dayana yang perasan cempaka seperti bersiap hendak keluar. siap pegang kunci kereta di tangan lagi.

" owh.. saya just nak pergi starbuck dekat depan sana sahaja. teringin nak minum air kat sana.." maklum cempaka yang berpakaian ala kadar sahaja. seluar jean lusuhnya dan kemeja putih. rambutnya ditocang dua. ringkas. tiada langsung gaya lady boss tid.

" kalau macam tu biar saya hantar kakak.." dayana menawar dirinya. sementara jefri ingin melihat sekeliling villa ini dan sistem keselamatan villa.

" owh.. takpe ke..? dekat sahaja di depan sana.." segan juga cempaka. bukan jauh pun perjalanannya. 5 minit memandu.

" takpe.. keselamatan kakak sekarang ni..di bawah tangan saya.. nanti apa-apa jadi kat kakak.. apa saya nak jawap dengan tengku.." dayana tetap berkeras. amanah orang harus kita ikuti.

" iyalah.. jom.. sekurangnya..saya ada teman nanti.." akur cempaka. kunci kereta myvi pemberian ikran diserahkan ke tangan dayana.

" owh!! sebelum terlupa.. jef.. minggu depan saya ada jamuan hi-tea petang di kelana jaya dan minggu seterusnya saya nak pergi pelancaran minggu fesyen di melaka. sepanjang bulan ni mungkin jadual saya padat kut.. saya dah sertai persatuan wanita-wanita elit. mungkin ada banyak pertemuan.. kamu semua okey ke..?" teringat sesuatu cepat-cepat cempaka memaklumkan semua kegiatannya kepada jefri yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatannya.

jefri mengangguk.

" takpe lady boss.. beri sahaja jadual kegiatan lady boss kepada saya.. nanti saya akan selidiki semuanya.."

" okey... nanti saya akan confirm-kan kembali semua aktiviti saya.." cempaka senang dengan kerjasama jefri. lelaki ini mudah didekati. namun pandangan matanya berbahaya.

sewaktu dalam kereta,cempaka mula bertanya macam-macam kepada dayana. dayana yang memang peramah,melayan sahaja.

" kamu ada bawa senjata api tak?" tanya cempaka. sebenarnya soalan itu dari tadi dia nak tanya.

dayana mengangguk.

" sah ke tidak?" dah macam polis pun ada cempaka ni.

" sah kak.. kami semua terlatih dan memiliki lesen."

" dah lama kenal dengan tengku?" tanya cempaka lagi.

dayana mengangguk. dia mengenali ikran daripada usianya 15 tahun selepas kedua ibu bapanya meninggal dalam kemalangan jalan raya. dia mula terjebak dengan dunia bawah tanah sebelum diselamatkan oleh ikman dan ikran sebelum dilatih oleh jefri yang mengurus kegiatan gelap ikran.

" tengku ada perempuan lain tak..selain saya?" tanya cempaka dengan muka slumber-nya. ini soalan utama.

dayana mula memikir. rasanya...sepanjang dia mengenali ketiga-tiga tengku itu, hanya tengku ikman sahaja yang selalu bertukar-tukar wanita. ikran dan ikwan belum ada lagilah. ini pun pertama kali ikran menyuruh mereka melindungi perempuan.

" sepanjang saya mengenali tengku.. belum pernah lagi tengku bawa perempuan atau ada perempuan lain..selain kakak.." jujur dayana.

cempaka lega. sejak bersama ikran,dia takut. takut suaminya ada kekasih lain sebelumnya. dia hanya mahu ikran bersamanya. biarlah seluruh dunia mengatakan dia tamak. memang dia tamak. dia dah serahkan segalanya kepada ikran. kesetiaan,cinta dan tubuhnya.

" kakak jangan risau.. tengku jenis yang tak fikir tentang perempuan.." pujuk dayana mula memahami sisi cemburu wanita itu.

" kakak turun dulu.. saya parking kereta.." arah dayana memberhentikan kereta cempaka depan starbuck.

cempaka tanpa teragak-agak terus keluar. sudah tidak sabar dia nak minum mocha latte-nya.

" hai..jumpa lagi..." tegur zikri teruja bertemu cempaka. seperti orang mengantuk disorong bantal. laju dia menghampiri cempaka.

cempaka hanya mengangguk. buat tidak kenal.

" buat apa dekat sini?" tanya zikri perasan riak tidak senang di wajah cempaka. sampai bilakah cempaka akan memandangnya. dia ada segala-galanya,buta ke apa cempaka ni?

" jalan-jalan cari pakwe.. kutlah terjumpa lelaki idaman saya.." sarkastik nada cempaka. menyampah dan mual dengan perangai hidung belang zikri yang tidak sudah-sudah mengejarnya.

" eh..ye ke.. ni dah ada depan mata ni.." suka zikri mempromosi dirinya.

cempaka mencebik sinis. perasan.

" well encik zikri..you tu lelaki ke?layak ke you nak jadi pakwe i.." selar cempaka dengan riak bencinya. teringat satu ketika dahulu. lelaki ini mengatakan cinta padanya..kemudian di belakangnya bercumbu-cumbuan dengan wanita lain. bodoh. menipu sahaja.

merah muka zikri disindir cempaka. mujur cintanya mendalam kepada cempaka.

"kak... siapa ni?" tegur dayana yang entah muncul waktu bila.

terus lega perasaan cempaka.

" entah..lelaki mana..akak tak kenal.."jawap cempaka menarik tangan dayana berjalan ke kaunter untuk membuat pesanan.

dayana sempat menganalisis lelaki yang dilihat seperti tidak berpuas hati dengan cik puannya itu.

zikri terasa satu penampar hinggap di wajahnya. sombong sungguh cempaka. satu hari nanti dia akan balas semua kekejaman yang cempaka lakukan dengan melukakan perasaannya.