Dalam perjalanan balik ke daisy palace, Min perasan ada pengawal Hwanwoong berjaga di hadapan pintu masuk ke Daisy palace, Min baru nak patah balik tapi Hwanwoong menyedari kehadirannya,
"Kau dah balik" Min di sambut dingin oleh Hwanwoong di hadapan kediaman Daisy, Keadaan Daisy palace kelihatan gelap tanpa lampu sedikit pun yang terpasang kerana para dayang sudah pulang ke kediaman masing-masing.
Min agak malas nak berdepan dengan Hwanwoong ketika itu, perasaanya bercelaru dan keletihan,
"Ah, aku tak terkejut pun nampak kau kat sini.." Min menjawab hwanwoong dengan bersahaja,
"Min, aku tahu kau keluar dengan dorang lagi, kau tahu tak perbuatan kau tu akan mengeruhkan lagi keadaan! kau tak faham kah! tolong lah sedar, jauhkan diri kau dari dorang sebelum terlambat!"
"so what? kau nak aku bagi reaksi macam mana? ahh tacod nya? begitu?" Min berjalan masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan hwanwoong yang masih berdiri di tangga masuk ke dalam kediaman daisy, pintu dihempas kuat membuatkan Hwanwoong mengeluh perlahan,
'aku selama ni nak jaga korang semua, aku takut Kim Clan akan ubah rancangan dan akan mula target Night raven, sebab kau bawa kitaorang ke istana Min, itu apa yang orang tua tu nak..kenapa Min kenapa kau tak sedar lagi'
Hwanwoong berlalu pergi meninggalkan perkarangan kediaman daisy dengan langkah yang berat, dah tak ada guna nak mengubah apa yang sudah berlaku,
Min yang memerhatikan langkah Hwanwoong mula terduduk di lantai biliknya, dadanya mula perlahan-lahan sakit,
Masa min sepertinya semakin singkat, Min cuba untuk bangun namun badannya sungguh lemah membuatnya melutut di lantai dengan kepalanya yang mula pening itu, lagi sekali Min terbatukkan darah,
'Andae..kalau aku pengsan lagi sekali, aku tak boleh jamin yang aku akan bangun sebagai puteri Moon lagi, mungkin aku akan betul-betul akan kembali ke dunia aku sendiri, andae...'
'aku tak boleh pergi dulu,'
'aku...tak pasti dengan perasaan aku sendiri, tapi...aku yakin, dalam hati aku ada seseorang yang aku nak lindungi,'
'segala kenangan bersama dia mula perlahan-lahan bermain di dalam fikiran aku, kisah diantara dia dengan puteri ni menambat hati aku dengan mendalam, aku tak pasti kisah yang mana buat aku jadi macam ni..'
'aku...aku rasa aku suka kau..'
"Na johahae, keonhee-ahh"
Malam yang panjang itu dihabiskan dengan temenung, baju perkahwinannya sudah di gantung di biliknya, baju rasmi berwarna biru itu kelihatan cantik dan elegant,
namun Min masih tak percaya bahawa dia akan berkahwin tidak lama lagi, tinggal beberapa jam lagi sebelum menjelang pagi, tinggal beberapa jam juga lah dirinya akan bertukar status dari puteri ke Pemaisuri,
"eottokae..." Min perlahan-lahan memeluk tubuhnya dan mula menangisi nasibnya, dia rasa sungguh terkilan, hatinya membuak-buak dengan perasaan yang bercampur itu, sama ada dia sedih,marah atau kedua-duanya sekali
"Min.." Seoho muncul disebalik kegelapan dalam bilik Min itu, semenjak masuk ke biliknya Min tak memasang satu pun lilin di dalam biliknya, min hanya ingin meluangkan masa yang tersisanya dengan perasaan hampa di dalam kegelapan malam dan hanya diterangi oleh cahaya bulan,
"Seoho-shii?"
"Kita orang akan bawa kau keluar dari istana esok..Keonhee akan buat kecoh untuk tarik perhatian, Xion dan Leedo akan jaga untuk bagi laluan, lepas tu...Youngjo hyung akan bawa kau lari dengan kuda guna jalan belakang, aku akan clear kan jalan dan bawa bantuan, kita semua akan lari sejauh mungkin,"
"Andae...macam mana kalau mereka dah tahu rancangan korang?" Min rasa ragu-ragu sebab semenjak kebelakangan ni dia asyik mimpi kan sesuatu, dan Min takut bahawa Kim Clan sudah bertindak dari awal tanpa pengetahuan mereka semua,
"Min tinggal beberapa jam lagi sebelum kau sah jadi isteri dia, masuk je kau ke dalam Crown hall tu bersama Hwanwoong, kau dah sah jadi isteri dia, semasa kau berjalan masuk ke dalam tempat tu kitaorang mungkin dah tak sempat selamatkan kau.."
"tak....."
"Min dengar, semua nak kau selamat, tolong dengar apa yang aku nak cakap sekali ni je, tolong lah setuju..please min..please listen to me.."
"Kalau aku halang pun korang tetap datang selamatkan aku juga kan"
"Min..kau tak nak ke ubah nasib kau? kau sendiri yang cakap kau tak akan sesekali berkahwin, kau cakap kau nak hidup macam orang biasa, kau pun dah buat surat sah tu, cop mohor di tangan kau, kunci rahsia tu juga"
"Jap kau tahu pasal kunci tu?"
"Ye..dah tentu aku tahu.. kau yang simpan"
"Kau...percaya kan aku kan.." Min dan Seoho saling perpandangan..
"Ne..aku percaya kan kau.."
"Kita jumpa nanti, aku akan pastikan tiada apa-apa yang berlaku kat kau.." Seoho meletakkan dahinya di dahi Min, sebelum hilang umpama kabus malam,
Setelah perjumpaan dirinya dengan Seoho, hati Min menjadi tak tenteram, tambahan pula dirinya asyik terbatuk darah membuat wajahnya kelihatan sangat pucat, mungkin masanya semakin singkat,
Pagi pun tiba...its the wedding day...
Min mula dipersiapkan dengan pakaian perkahwinannya, dengan hiasan seperti maharani itu, cincin perhiasan dipakaian,gelang dan beberapa perhiasan berat yang lain, Min sudah seperti patung yang dimainkan oleh anak-anak,
"Tuanku,"
"Lepas kan tangan beta, gelang ni tak boleh dibuka, kamu dah selesai kan?" para dayang pun mula keluar dari biliknya dan meninggalkan biliknya, Min berasa sungguh berdebar,Min takut rancangan mereka gagal, Min berharap mereka semua selamat keluar dari istana,
"kenapa aku rasa tak sedap hati je ni, siap aku bergadang sampai pagi, tak pasal-pasal aku guna foundation tebal-tebal" Min mengeluh dan memandang dirinya di pantulan cermin, sudah seperti mumia hidup dengan makeup yang tebal,
Tak lama lepas tu, mula Kedengaran suara bunyi orang bertengkar di luar, sepertinya Keonhee sudah mula membuat kacau, namun pada masa yang sama Hwanwoong ada di situ, menurut apa yang Seoho katakan, Hwanwoong akan menunggunya di Crown Hall,
"Keonhee? jap dah kenapa ada hwanwoong di situ? bukan sepatutnya dia berada di crown hall ke? Apa yang dah jadi?"
Min cuba membuka pintunya, namun sepertinya pintunya di kunci dari luar,
"Lepas kan beta!"
"Maaf tuanku, hanya Putera yeo yang boleh menjemput Tuanku" jawab dayang yang menjaga pintu biliknya,
Min sesekali cuba terjun mengunakan tingkap namun dihalang oleh dayang-dayang di dalam biliknya, baju pengantin itu membuatkan Min sukar begerak,
Min tak kisah tentang pengawal dan dayang yang menghalangnya ketika itu, Min pun mula menendang pintu itu sehingga roboh dan mula berlari keluar biliknya,
namun kepalanya mula berasa pening membuat langkahnya mula perlahan dan tertuduk di pinggir tangga, para dayang cuba memapahnya, dan menghalangnya untuk keluar dari biliknya,Min berdegil dan menepis tangan dayang tersebut dan mula berlari ke bawah tangga,
namun para pengawal mula menghalangnya untuk pergi ke arah Hwanwoong dan Keonhee yang berada di hadapan pintu masuk ke kediaman Daisy,
"Lepaskan aku!" jerit Min dan memberontak untuk di lepaskan, namun pengawal istana semua berbadan sado, mana mungkin Min mampu melepaskan diri dari mereka,
"Maaf tuanku, kami diarahkan tak membenarkan Tuanku untuk keluar dari sini sebelum majlis di mulakan" ujar pengawal tersebut namun min masih lagi mencuba untuk melepaskan dirinya,
Entah mengapa dia rasa tak sedap hati ketika itu, seoalah-olah hatinya mula retak perlahan-lahan,
Situasi di hadapan pintu masuk pula,
"Kau nak selamatkan dia!? kau boleh selamatkan dia dari awal..kenapa kau nak selamatkan dia sekarang!?" Hwanwoong mula berbalah dengan Keonhee,
"Kau nak halang aku pula!? kau tahu tak kau tu dah dipermainkan oleh Kim Clan! kenapa kau tak sedar-sedar lagi!" marah keonhee,
" kau nak cakap aku tak sedar diri ?? yes..aku tahu tu" Hwanwoong tak nak mengalah,
"Kau..." Keonhee ingin sahaja memberi kesedaran sikit dengan Hwanwoong, namun dia hanya bersabar sebab masih terkenangkan bahawa mereka masih berkawan,
"Keonhee-ahh, kau tahu kenapa aku buat semua ni? kita semua dalam bahaya, aku cuba sedaya upaya nak selamat kan korang sebab tu aku setuju dengan rancangan Yeo clan untuk terima utusan yang dibuat oleh Kim Clan, "
" kau ingat aku senang-senang ke nak buat semua ni, aku pun rasa sakit nak hadapi semua ni, aku memang nak balas dendam atas kematian keluarga diraja Yeo, tapi bukan dengan cara yang salah! Kau pun kenal aku macam mana!"
"Jadi kau..."
"Selama aku jadi Night Raven aku sedar banyak benda, Night raven adalah satu-satunya tempat aku bergantung, namun aku tahu Kim Clan syak aku dan ingin aku mati, "
" tapi aku tahu mereka nak musnahkan Night Raven, sebab tu..sebab tu aku terpaksa buat semua ni! Min dan aku tahu rancangan kitaorang masing-masing! aku pun tak nak cedera kan dia!"
"Jadi kau...suka Min?"
"Apa yang kau merepek ni Keonhee, aku tak akan jadi perampas lah, kau nak confess kat dia kan, kau patut lakukan sebelum terlambat, aku takut kau tak sempat nak ucapkan apa yang kau...."
"nak katakan... "
" Keonhee...?" hwanwoong berhenti bercakap sebentar sebelum sedar apa yang berlaku ketika itu,
Pada masa yang sama dari kejauhan Min cuba meloloskan dirinya dari gengaman pengawal untuk pergi ke arah keonhee, Min betul-betul rasa tak sedap hati ketika tu, dia betul-betul rasa nak nangis, dia tak pasti kenapa..
Semasa Min berlari ke arah Keonhee, semasa Hwanwoong membelakangi Keonhee, tanpa mereka berdua sedar, satu panah di lepaskan menuju ke arah Hwanwoong, sepertinya Kim Clan sudah merancang untuk menghapus Yeo clan, satu persatu kakitangan dari Yeo Clan sudah terbunuh oleh pembunuh upahan milik Kim Clan ketika itu, beberapa bahagian di dalam palace sudah musnah dan mula bertarung,
Hwanwoong hampir pengsan dan terduduk di tanah, darah terpercik ke arah wajahnya setelah dirinya menoleh semula ke belakang..
"Kenapa...kenapa kau buat macam tu!"
"Aku masih anggap kau sebagai kawan...kau patut pergi dari sini...mereka akan kejar kau..." Keonhee menahan panah yang tertusuk di dadanya,
"Keonhee...." air mata Hwanwoong bergelinang,
"Youre still my friend..." bisik Keonhee perlahan membuat Hwanwoong mengalirkan air matanya..
"Mianhae...jinjja..mianhae..."2 Pengawal dari Yeo Clan memapah Hwanwoong dan pergi dari situ, seperti yang keonhee jangkakan memang ada beberapa assasin yang akan mengejarnya,
'Keonhee kenapa kau selamat kan aku, aku banyak buat salah kat kau dan Min...apa aku dah buat..' Hwanwoong menoleh kebelakang melihat Keonhee yang masih melutut dan Min yang berlari dengan tangisannya,
Hwanwoong tahu dari awal rancangan Night raven namun dia berdiam diri dan tak mengikuti rancangan Kim dan yeo clan sebab dia tahu,
mereka memasang pengintip di istana, sama ada target mereka Min atau Hwanwoong, namun dua-dua mereka ingin hapuskan,
Situasi Min,
semasa berlari kearah Keonhee, lariannya mula terhenti , dia mula berdiri kaku melihat kejadian di hadapannya ..matanya mula berair...hatinya mula berasa hiba, dia tak pasti adakah semuanya nyata di matanya,
Bergelinang air matanya menahan sebak menutup kedua mulutnya, tangisannya tak mampu tertahan lalu terus berlari ke arah seseorang,
Air matanya mula mengalir dengan deras, tangannya pantas memeluk tubuh yang melutut itu, tangannya di penuhi darah, dirinya sedaya upaya untuk menghentikan pendarahan itu,
"Andae...keonhee ahh..." mengeletar tangannya melihat darah di sekitar tubuh Keonhee, Min tak mampu nak menahan tangisannya lalu menangis di hadapan Keonhee.
"Keonhee..ahh...wae..." Keonhee memandang wajah Min yang menangis mendakapnya, yang sedaya upaya menghentikan pendarahan itu..Min yang mengenakan gaun pengantinnya di tatap perlahan oleh pandangan Keonhee
"Kau nampak cantik dengan pakaian pengantin,"
" aku ingat aku tak akan jumpa kau lagi.." pipi Min di sentuh lembut, hangat sentuhan Keonhee namun terselit kisah duka,
"Apa kau merepek ni...hiks.." Min mengengam jari jemari Keonhee,
"kau cedera parah...panah ni beracun...keonhee...kajima..."
"Aira-ahh uljima...aku okay..."
"Kau..kau tak okay..keonhee wae...kenapa kau buat macam tu...aku..." Keonhee mengesat perlahan air mata Min,
Min mula mematahkan panah tersebut dan mula cuba menghentikan pendarahan dengan menekap kain bajunya yang dikoyakkan,
"Aira-ahh..." mendengar suara keonhee ketika itu, membuat Min sedar dia sangat cintakan keonhee, tapi apakan dayanya semuanya sudah terlambat untuk disesali,
"aku dah lama nak cakap ni kat kau..tapi..aku selalu tak da kesempatan dan kekuatan nak luahkan perasaan aku.. "
"..aku suka kan kau...aku suka kan Min Aira, bukannya Moon Haemin, "
"Sejak bila kau suka kan aku?"
"sejak pertama kali aku jumpa kau, aku dah jatuh cinta kat kau..." Keonhee memandang wajah Min dengan penuh sayu, kenangan bersama Min mula perlahan bermain di mindanya,
"arra..." Min menjawab dengan sebak dan cuba untuk tersenyum..
"Aira-ahh...kau satu satunya yang aku sayang..."ujarnya lagi, sentuhan Keonhee mulai perlahan lemah,
"arra...aku pun suka kat kau Keonhee, aku..cintakan kau..tapi kenapa...."Min menatap wajah Keonhee, segala kenangan mula bermain di fikirannya, Min menyentuh perlahan wajah Keonhee, menatapnya dengan penuh perasaan,
"Aira-ahh...mianhae...aku tak mampu nak bersama dengan kau...mianhae.."
"mianhae aira ahh...terima kasih sebab selalu buat aku tersenyum..."
Min memeluk Keonhee dengan tangisan dan hujan yang mula turun dengan lebatnya, Keonhee memandang wajah Min untuk kali terakhir.. memberi satu kucupan terakhir di dahi Min dan melakukan signature sign of 'I'm always with you' dengan meletakkan dahinya di dahi Min,
"Keonhee...andae..." Min mula menangis teresak-esak...
"Andae....jangan tinggalkan aku...please jebal..."
"Keonhee ahh, kajima...."
"keonhee ahh ireona...bangun lah.." gengaman tangan Min perlahan-lahan Keonhee lepas kan,
"Andaee!!!"
Hujan turun menangisi kepergiannya... pagi yang sepatutnya jadi hari bahagia itu mula bertukar menjadi hari yang menyedihkan buatnya, Min memutuskan untuk lari kan diri, dia tak mahu orang-orang yang dia sayang satu persatu pergi meninggalkannya, cukup lah seorang,
Hwanwoong mula kemurungan setelah melarikan diri bersama pengawalnya, walaupun dia tahu salah dia juga sebab bercadang untuk berpaling tadah, namun apakan dayanya, nasi sudah menjadi bubur, Hampir kesemua member yeo clan kalah dengan empire Kim Clan, bendahara Kim akan menerima karmanya juga satu ketika nanti,
Min mula mengurungkan diri, selepas apa yang berlaku kepada Keonhee dan juga beberapa dayang dan pengawal istananya yang tewas dengan assasin Kim Clan,
Min merenung lukisan dirinya bersama Keonhee, Min turut memandang segala memori yang dilukiskan olehnya di dalam sebuah buku, segala kenangan bersama night raven bagaikan sebuah kisah di dalam lukisan, wajah Keonhee yang tersenyum bahagia itu, tak mungkin akan terlihat lagi,
'Wae? kenapa mesti Keonhee? kalau lah...kalau lah aku tak pentingkan diri, semua ni mesti dapat di elak...kenapa min why! kalau lah aku lari mungkin...mungkin semua ni tak akan terjadi...'
Min kelihatan kusut dan hilang arah, barang-barang di atas meja semua di buang ke lantai, menangis teresak-esak di pinggir katilnya bersama lukisan di dalam pelukannya,
"Min!" pintunya dibuka oleh Leedo, memandang keadaan Min yang menyedihkan itu membuat Leedo masuk terus memeluknya, Leedo terus berlari mendapatkan Min setelah berjaya menghalang beberapa assassin yang mengejar Min,
"Orabeoni...eottokae...apa patut kita buat..ni semua salah min..."
"Shhh..bukan salah sesiapa pun...."
"Keonheee...keonhee...hu....hiks.."
"Arra, aku tahu..." air mata Min dikesat perlahan,
"Kajja..kita pergi dari sini..sebelum Kim Clan tahu!" Leedo membawa Min keluar dari kediaman daisy,
namun para assasin Kim Clan mula bertindak, Leedo menghalang mereka dengan pantas,
Youngjo tiba dengan beberapa bekas ahli night raven yang lain bersama beberapa bantuan dari kerajaan seberang,
"Youngjo, kau bawa adik aku pergi, aku dan dongju akan uruskan di sini, pergi jumpa Gunmin Hyung sekarang! kita dah tak ada banyak masa!" arah Leedo dan youngjo mengangguk perlahan, Min mula memandang Leedo dengan pandangan 'kenapa?'
"Jangan risau.." Leedo mengusap rambut Min, memandangnya dengan pandangan sayu, namun tetap memberikan sebuah senyuman menyenangkan,
"orabeoni.."
"Min ahh, aku gembira kenal kau..."
"annyeong..."genggaman jari jemari Min dilepaskan,
"Andae...orabeoni!!"
"nui, terima kasih untuk segalanya, kita akan berjumpa lagi," ujar Xion dan tersenyum melambaikan tangannya dan mula menghalang segala serangan dari assassin tersebut
Entah mengapa Min merasakan itu adalah salam perpisahan dari mereka..
"andae..!" Jerit Min namun Youngjo sudah mula memecut laju meninggalkan perkarangan Daisy palace,
Min melihat perlawanan akhir tersebut dengan tangisan yang masih tersisa..hatinya mula berasa sakit, mungkin sebab dia terlalu banyak beremosi ketika itu, banyak sangat pekara yang terjadi dengan pantas membuat Min masih tak mampu nak menerima hakikat,
"Pegang kuat-kuat aku akan pecut setelah kita melalui kawasan hutan" Min memeluk erat tubuh Youngjo, memejamkan matanya, namun kejadian yang menimpa Keonhee masih segar di ingatannya...perlahan-lahan, memori bersamanya bermain dimindanya,
"Aira-ahh kita nak kemana ni?"
"Bimil" Min masih menutup mata Keonhee dengan kedua tangannya, senyuman terukir di bibirnya, walaupun agak struggle nak tutup mata Keonhee yang tinggi lampai tu,
"Ala, cakap lah..."
"Eee sabar lah, dah nak sampai...okay tadaa!!"
"Jap macam mana kau jumpa tebing ni?"
"Ehh, kau dah tahu tempat ni ke?"
"Hmm... tak lah.."
"Ye ke? mesti dah tahu kan?" nadanya seperti kelihatan agak kecewa di situ
"Ye...ni kan tebing berdekatan dengan jambatan gantung, tapi jambatan dia tak di bina lagi dah, dah tentu lah aku tahu, tapi apa kita buat kat sini?"
"Aku nak bagi sesuatu" Min mengeluarkan satu kotak berisi hadiah untuk Keonhee,
"Ni sebagai tanda terima kasih sebab bagi cincin tu dan tanda persahabatan kita" Min menunjukkan Keonhee gelang merah yang dibuatnya sendiri,
"Wahh kau sendiri ke yang buat?"
"Of course lah, kau ingat ape? aku hanya tahu buat hal je ke?"
"Ye, sebab kau memang suka cari masalah, sekarang pun kau masih nak curi-curi keluar," hidungnya dicuit perlahan, Min menyentuh hidungnya,
"Eh eleh, cakap aku pula dah, kau pun sama"
"Merajuk eh? "
"Mana ada?" She just pouting her lips,
"thanks untuk gelang ni,"
"Sama-sama, aku pun ada satu" Min menunjukkan gelangnya,
"Ahh jadi dia gelang pasangan?"
"Persahabatan okay..pula dah pasangan"
"Ehh bukan kau syok kat aku ke?"
"Bila masa!?" Min panik lalu menjauhkan diri dari Keonhee,
"Ye lah tu..kau suka aku kan Min!" Jerit Keonhee namun Min menutup telinganya dan menjerit yang dirinya tidak mendengarkannya
"aaaa tak dengar tak dengar"
"Yah! kau malu ke tu!?" Keonhee mengejarnya dan memaut bahu Min,
"Thanks, aku betul-betul terkejut kau tahu tempat ni, aku selalu lepak kat sini dengan Youngjo hyung dan Seoho hyung,"
Min mula mengingati kenangan bersama Keonhee dan mula perlahan mengalirkan air matanya, Hatinya masih rasa sakit, melihat tangannya yang masih tersisa darah milik Keonhee membuatnya berasa terkilan atas pemergiannya,
'Kau cakap kat aku...aku kena tengok persembahan tu di majlis aku, tapi apa yang aku saksikan hanya kepergian kau...kejamnya...aku tak kuat menghadapi semua ni...'
"Jangan risau, kau dah buat yang terbaik, " Bisik Youngjo,
"Maaf aku terlambat," bisiknya lagi
" aku terpaksa bawa yang lain bersama untuk perlawanan akhir ni.. lepas je kita ke kawasan hutan buluh kau akan lari naik ke bukit faham, jumpa seoho di tebing tu, kau tahu kan tebing tu kat mana?"
"Aku tahu..."
"Min..aku tak pernah menyesal kenal kau.."
"Aku.." belum sempat Youngjo menghabiskan kata-katanya, kudanya berhenti dengan mendadak, beberapa assassin mula menghalang laluan mereka,
"Youngjo! kau bawa puteri larikan diri, biar kita orang uruskan disini cepat!" arah Harin
Youngjo dan Min mula turun dari kuda dan berlari naik ke atas bukit melalui laluan hutan buluh yang tebal itu,
Mereka berlari sejauh mungkin dan mengelek segala serangan panah yang assassin-assasin kim clan lepaskan,
"Min, dengar sini, kau kena pergi jumpa Seoho, dia akan tunggu kau di tebing tu" Mereka menyorok di belakang salah satu batu besar di situ,
"Kajima..."Min menahan Youngjo dari pergi,
"Min, kalau aku tak halang mereka siapa yang akan halang ?, Gunhak dah bagi aku jaga kau, jadi aku akan jaga kau walau nyawa aku perlu tergadai,
"Tak boleh ke, kalau kau tak pergi?"
"Min dengar sini, aku tak nak kehilangan kau macam aku kehilangan Keonhee, aku tak tahu aku akan jumpa Gunhak dengan Dongju lagi ataupun tak, aku jumpa kau nanti..tunggu aku, faham, aku tak akan apa-apa..kau percayakan aku kan?.." bahu Min ditepuk perlahan dan satu pelukan diberikan sebelum Youngjo mula menghilang dari pandangannya,
Min cuba mengumpul semangatnya yang hilang, berlari mengikuti laluan-laluan hutan buluh tersebut, nasibnya malang kerana beberapa assassin sudah pun mengepungnya di sekitar tebing tersebut,
"Menyerah lah Haemin, kau dah tak boleh lari ke mana, tiada siapa yang akan lindung kau, lagipun putera mahkota tu belum tentu menang menghalang semua serangan beracun kitaorang," salah seorang assassin mula tergelak dan bertebuk tangan,
"Tapi sebelum kita bunuh dia, elok lah kita bersuka ria, dahulu, membazir lah kalau kita tak merasa dulu kan..."
"Kau, tak ada apa-apa kan dengan namja yang selamatkan putera yeo tu? haha, malang betul nasib dia, patutnya putera yeo dah mati dah sekarang.."
"Kau jangan nak sebut pasal dia dengan mulut kau yang bau longkang tu!" marah Min, dia tak suka ada yang memburukkan kawan-kawannya,
"Wah...berani eh kau melawan!"
"Kalau kau nak tahu, Kim Clan dah lama perhatikan korang semua, kalau boleh dia nak semua korang bertujuh dihapuskan, malangnya Putera Yeo terlepas!" para assassin tersebut tergelak-gelak
'Puii!' Min meludah ke muka salah seorang assassin yang berada di hadapannya itu,
"Boleh tahan juga mulut kau ni.." ketua assassin tu perlahan-lahan menghampiri Min, Min pun perlahan-lahan mengundurkan diri ke belakang, sikit demi sedikit
Min hampir terjatuh namun, seperti angin yang datang membawa arus, Youngjo sempat menarik lengan Min terus ke dalam dakapannya,
"Youngjo, kau..kau cedera?"
"Jangan risau ni bukan darah aku, aku okay..mereka tak mengapa-apakan kau kan?" Youngjo terus memberi jelingan tajam ke arah para assassin,
"Tsk..Kau kat sini rupanya, kau hantar banyak mana pun orang-orang kau, aku sorang mampu kalahkan mereka sendiri!"
"Ahh, jadi kau dah kalahkan hampir semua orang-orang aku?" salah seorang assassin itu mula membuka topengnya, itu adalah pegawal istana milik Kim Clan sendiri,
"Pengawal Kim?"
"Semua pengawal istana adalah milik Kim Clan, kau terlalu naif puteri"
Beberapa kuda mula menghampiri mereka, badan Leedo dan Xion dicampakkan di hadapan Mereka, mereka berdua sepertinya cedera parah,
Min sedar saat ini dia mesti buat keputusan yang mungkin Youngjo tak akan menyukainya, namun kini hanya tinggal mereka bertiga, Min,Youngjo dan Seoho,
Bendahara Kim muncul di sebalik para assassin, wajahnya kelihatan sungguh tua,
"Kau... pengguna pertama Elixir of Death Flower" bisik Min perlahan, sepertinya elixir ada tempoh tertentu bergantung dengan berapa lama seseorang itu mengconsumekan elixir tersebut.
"Ahh jadi tuanku tahu...aaa...benda tu memakan nyawa aku..."
"Aku..aaa..aku dahh..tak waras disebabkan bunga tu..aku dahagakan darah, aku nakkan peperangan ," sambungnya lagi..
"Aku..akan pastikan tiada lagi warisan Moon Clan..." Bendahara Kim seperti zombie kelaparan dan mula menyerang Min untuk mencungkil sisa elixir dalam badannya,
Youngjo pantas menghalang dengan pedangnya, namun segala assassin mula menaikan senjata dan apointed the sword towards them,
"Buat lah keputusan kau, kalau kau nak Kim Clan bersara dari istana, kau bunuh lah puteri tu dengan tangan kau sendiri, dan kau akan jadi pemerintah seterusnya..." Ujar bendahara Kim lagi..
"Kau dah gila kah! kau nak aku bunuh dia!" bentak Youngjo,
"Turunkan senjata kamu" Min memberi arahan
"Kalau tak, aku akan anggap kamu semua adalah pengkhianat negara!" semua menurut perintah dan meletakkan senjata masing-masing, para assassin Kim Clan adalah pengawal istana sendiri, rasa respect dorang kepada keluarga diraja masih tinggi,
Min mengapai perlahan tangan Youngjo di hadapannya, ditepuknya perlahan, menandakan semuanya akan baik-baik sahaja,
"Youngjo ahh, tikam aku..dada aku sakit sebab elixir ni dah tak mampu bagi aku hidup lama lagi," Min melutut di hadapan Youngjo menundukkan wajahnya,
"Min, apa kau cakap ni!"
"Bunuh aku, tikam aku kat dada ni sampai elixir tu pecah, badan ni dah lama mati...aku roh yang meminjam tubuh ini, dan aku tahu jangka hayat aku tak lama setelah aku bagi separuh elixir kepada kau.."
"Min, kau buang tebiat ke, kita dah janji nak lari sama-sama"
"Dengar sini, kau, kena jadi pemerintah dan jadikan semuanya seimbang seperti sedia kala, kerajaan ni hilang dalam sejarah, dia tak pernah wujud, perubahan yang berlaku mungkin akan buat kerajaan ni wujud, jadi aku nak kau tunaikan permintaan aku ni"
"Aku tak nak!"
"Ahh sudah-sudah berdrama, kalau kau tak nak bunuh dia aku yang akan bunuh dia," salah seorang assassin itu ingin menyerang Youngjo sekali gus dan ingin membunuh Min,
namun satu panahan mula menghentikan serangan tu, dari jauh kelihatan pasukan berkuda yang Seoho bawakan dari seberang, sepertinya bantuan dah sampai,
Min memandang Seoho yang datang untuk menyelamatkan mereka, min tersenyum kelat sebelum memandang Youngjo yang berdiri bersama pedangnya,
'Mianhae,seoho-ahh...aku kena pergi..kita jumpa lagi di kehidupan yang seterusnya..'
"Youngjo, mianhae" bisik Min sebelum menghunuskan mata pedang Youngjo terus ke dadanya dengan tangannya sendiri, Min terbatuk darah dan perlahan-lahan elixir dalam tubuhnya pecah dan bekecai,
Youngjo yang terkejut terus menarik pedangnya keluar membuat darah mula terpecik di baju dan mukanya, Seoho mula mempercepatkan tungangannya,
"Min!!!!" jerit Seoho dari kejauhan,
Untuk seketika hatinya seperti luruh dan retak seribu, kenangan dirinya bersama Min perlahan-lahan bermain difikirannya,
'Min kenapa? bukan ke kita kawan? kau pun pergi tinggalkan aku bersama Koenhee?'
Min jatuh dalam pelukan Youngjo,
"Youngjo ahh, aku nak.. bagi balik sesuatu.." Min perlahan-lahan memberi Youngjo jade pendant yang merupakan kunci masuk ke rose palace, bersama dengan cop mohor diraja yang selama ini selalu Min bawa bersama,
"Min...Kajima..."
"Youngjo-ahh...aku tak nak lupakan semua kenangan yang pernah aku lalui... selama aku hidup sebagai moon haemin...aku dapat kenal korang, dan aku ubah takdir aku dan puteri ni...dan hidup lebih lama dari sepatutnya,"
"Min..kenapa..."
"Aku cuma...nak kembalikan tahta kau...aku minta maaf....." Min mengengam perlahan jari jemari Youngjo dan memberinya sebuah senyuman yang terakhir,
"Kim Youngjo, beta..Moon Haemin...mengistiharkan kamu sebagai raja yang baru..."
"Min...andae..." Youngjo mengelengkan kepalanya, dia tak mahu menjadi raja dengan dalam keadaan yang macam ni,
"Greetings to the new King, Your Majesty, long live the King" ujar Min perlahan sebelum memejamkan kedua matanya,
"Min...andae!! kajima!!!" Youngjo duduk memeluk tubuh Min yang mula lemah, kesan elixir itu mulai perlahan semakin hilang, dan perlahan-lahan merasakan kehilangannya, membuat Youngjo menangis teresak-esak menangisi kepergian Min,
Seoho terus berlari, walau dengan keadaan yang sedih melihat apa yang Min lakukan untuk selamatkan semua orang dengan menjadikan Youngjo sebagai raja yang sah bersama copmohor dan kunci masuk ke rose palace diberi semula kepada Youngjo,
Seoho memandang tubuh Min yang kaku dalam pelukan Youngjo, Seoho menunduk perlahan,mengesat air matanya dan memberikan pandangan yang membara,
"Apa kamu semua tunggu lagi! beri perhormatan kepada raja baru kamu!" Jerit Seoho, dan semua mula memberi penghormatan kepada Youngjo,
"Greating to you, your majesty, mansae,mansae,mamansae"(Long Live the King)
Pengawal istana tadi pun turut menghormati Youngjo yang sudah sah menjadi raja yang baru,
Youngjo bangun dengan mendukung Min di dalam dakapannya, berjalan melimpasi para bendahara yang terlibat,
"Greetings to you your majesty"
"Kamu semua dijatuhkan hukuman setimbal dengan apa yang kamu dah lakukan, tahan mereka dan letakkan di dalam penjara bawah tanah, tiada siapa yang terlepas!" arah Youngjo dan mula menunggang kudanya,
Para bantuan yang dibawa oleh Seoho mula menahan semua yang ada disitu untuk dibawa ke penjara bawah tanah dan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka.
Youngjo membawa Min bersamanya dalam dakapannya, wajah Min yang sudah beradu selamanya dipandang dengan penuh sayu,
'Min, kenapa kau buat macam tu, kau pun tahu aku tak nak jadi pemerintah, tapi, disebabkan permintaan kau, aku akan pastikan permintaan kau tertunaikan'
A few week later..
"Min kau tahu kan aku tak mampu nak tunaikan permintaan kau..tapi akhirnya kau gunakan pedang ditangan aku dan menikam diri kau sendiri, benda tu masih segar dalam ingatan aku, tsk...kenapa aku masih ingatkan kau Min.."
"Aku akan cari kau Min, di kehidupan kita yang akan datang" bisiknya perlahan,
Youngjo membawa bunga daisy yang segar ke makam Min yang dikuburkan bersebelahan dengan Keonhee, pin rambut pemberian Keonhee di letakkan bersama dengan bunga itu,
"Farawell, Min...farawell sahabat ku.." senyuman diberikan sebelum memberi penghormatan terakhir,
Seminggu telah berlalu setelah kepergian mereka berdua dalam hidup Youngjo, dua insan yang sentiasa menjadi peneman dalam hidupnya mula meninggalkan memori yang tersisa dan janji yang masih diingati, seakan-akan masih kedengaran bunyi gelak tawa mereka bersama,
Leedo dan Xion pula masih dalam keadaan kritikal namun dapat diselamatkan, ketika mendapat berita tentang kemangkatan Min, Rena lah yang paling terkesan, Rena menangis semahu-mahunya dalam pelukan Hyekyo,
walaupun dalam keadaan yang tertekan dengan kepergian Min, rena masih mahu menolong Leedo dan Xion merawatnya bersama Hyekyo sebagai pembantunya, Youngjo menjadikan mereka sebagai ahli perawat atau doktor di dalam istana,
Seoho masih merenung makam milik Keonhee yang masih merah itu, bunga-bunga segar dari kediaman Daisy Palace diletakkan di makam tersebut, air matanya bergelinang, sebak didada semakin terasa,
"Mianhae," Seoho menarik nafasnya sebelum meneruskan percakapannya,
" hyung tak dapat selamatkan kau, hyung bukan abang yang baik,"
" hyung sayang kau sangat-sangat, kau je satu-satu yang hyung ada selama ni," air matanya mula perlahan-lahan mengalir membasahi pipinya,
"tanpa kau , hidup hyung tak seindah seperti selalu, kenapa, hikk...ss.." Seoho melutut dan menangis mengengam bunga-bunga tadi,
"Hyung minta maaf sangat-sangat..sebenarnya Min pernah mengatakan bahawa dia nak hyung jaga kamu dan gunhak, tapi...hyung tak mampu nak kotakan janji tu..hyung..." Seoho mula menangis teresak-esak, itu lah kali pertama Youngjo melihat temannya itu menangis,
"Dah lah tu, mereka dah berada di tempat yang lagi baik, kita sama-sama doakan yang terbaik supaya mereka akan dilahirkan semula.." Youngjo memaut bahu Seoho dan memujuknya, namun Seoho menangis dibahunya,
"Haih, kalau dorang tahu kau cengeng macam ni, susah hati dorang tau, tak tenang dorang nanti, tak pasal pasal jadi cerita seram.." Seoho terus mengesat air matanya,
"Aku tak cengeng lah!" Seoho cepat-cepat mengesat air matanya,
"Your highness, Tuan Gunhak dan Tuan Dongju, dah sedarkan diri" Harin yang di lantik sebagai ketua sida-sida itu mula berlari menemui mereka di makam istana yang terletak di kawasan bukit itu,
"Jom, kita jumpa dorang," huluran tangan Youngjo disambut perlahan,
"Gomawo, Your Majesty"
"Yah! kau tak yah lah formal dengan aku, aku ni kawan kau,"
"Tuanku, kita akan kembali ke istana, kita akan gunakan bahasa formal" Seoho sengaja mengusik Youngjo balasan kerana memanggilnya cengeng ,
"Kalau kau buat macam tu aku lempang gak kau nanti" Harin dan Seoho tergelak mendengarkannya,
"Hah macam tu lah happy sikit, dah seminggu tau berlalu, kita dah berkabung juga, aku akan berada di kuil tugu peringatan untuk 3 hari, jadi kau akan tolong aku buat kerja eh.."
"Yah! asal aku pula! yah! tunggu lah" Seoho mengejar langkah Youngjo yang mula menunggang kudanya,
"Korang gi mana, risau di buatnya" ujar Xion setelah nambak batang hidung dorang di kawasan perawatan dalam istana,
"Kitaorang lawat 'mereka' tadi"
"Ahh, nui mesti gembira kan...i will miss her smile.."
"Ye, jom lah kita semua berada di tugu peringatan memberikan perhormatan terakhir" Leedo tersenyum dan memandang semua rakan-rakannya yang berada di situ,
"Aku sayang korang"
"Euw..hyung dah kenapa" Xion memberi wajah disgustingnya
Youngjo mengunakan semua scroll atau wasiat yang Min tinggalkan agar Youngjo mampu memerintah dengan baik, dan menjadi raja yang disanjungi oleh rakyatnya,
Leedo pula di lantik jadi Crown Prince tak lama kemudian dan akan bersama-sama dengan Youngjo dalam palace affair yang perlu diselesaikan,
Seoho pula menjadi para pengajar dan cendiakiawan di dalam istana, dia juga bekerja bersama astronomy di istana, kerana mampu membaca bintang dan meramal bersama Hyun yang sudah lama bekerja sebagai astronomy dalam istana tersebut,
Kaki tangan istana sebelum ini semuanya telah dijatuhkan hukuman buang negeri dan di buang kerja, sepertinya keadaan istana sangat sunyi sepi, Istana mula menjadi pusat pembelajaran dan ibadat seperti permintaan Min, Bendahara Kim dan semua yang terlibat akan dihukum gantung dalam masa yang terdekat,
Kisah mereka mula diceritakan sebagai cerita teladan dan juga pendoman, kisah bagaimana puteri itu menyelamatkan kerajaannya sendiri, dan melantik crown prince sendiri sebagai pengantinya, namun penduduk desa bersimpati atas kehilangan puteri itu di hari perkahwinannya sendiri, sama seperti kisah rakyat mengenai Midnight Rose,
Kononnya kisah yang berlaku kepada Moon Kingdom umpama takdir yang tertulis dan berulang seperti suatu ketika dahulu,
Banyak penduduk mula berhijrah ke tempat lain,hari demi lain kerana mereka berasa sangat sedih atas kehilangan puteri Haemin, keadaan desa yang mula menyepi membuatkan Night raven pun ingin berhijrah bersama, terlalu banyak kenangan di situ, namun eloklah kalau mereka mula move on dari apa yang dah berlaku,
Selepas ramai penduduk mula berhijrah, Rena dan Hyekyo pun mengambil keputusan untuk mengambil haluan masing-masing dan berpisah di hujung desa,
...
"Korang dah bersedia!?" tanya Youngjo dan memandang rakan-rakan seperjuangannya, kuda yang ditungangi mereka pun turut memberi reaksi bersemangat,
Baju pahlawan malam dipakaikan semula, Baju hitam yang menjadi symbol pahlawan malam itu menampakkan diri mereka yang sebenar,
guess what,
Hwanwoong bersama mereka, tiada siapa salahkan Hwanwoong, masing-masing mereka tahu semua itu hanya lah lakonan, walaupun lakonan Hwanwoong terlalu over dan emotional sometimes dan agak melampau,
Youngjo tahu ada mata-mata memerhatikan di dalam istana, eloklah kaburkan pandangan tersebut dan stick to the plan, Namun tak semua plan menjadi dengan jayanya kan?
"Dah tentu lah" jerit Night Raven, mereka semua saling memandang satu sama lain,
"Kita nak pegi mana?" tanya Hwanwoong dengan kipas di tangannya
"Wae, kau tau kan, aku masih tak maafkan kau" bisik Leedo
"Dah lepas lah, dah nak setahun dah berlalu, sudah-sudah lah, move on lah hyung," ujar Xion pula,
"Tak sangka kan, naik sudah 1 angka umur kita" bisik Youngjo pula
"Dah-dah...jom ahh kita bertolak, aku tak sabar nak mengembara menjelajah seperti cerita yang Min kata kan itu" ujar Seoho redarkan keadaan
"Kita nak kemana?"
"Suatu tempat yang jauh dari sini,"
"Yeah, kawan selamanya" Semua saling pandang memandang, seolah-olah haruman manis yang terhidu bagaikan mereka tak bersendirian, seperti Min dan Keonhee bersama mereka, selamanya..
"Kawan selamanya"jerit mereka serentak
"Kajja!" mereka pun memecut laju menunggang kuda masing-masing, berhijrah ke tempat yang jauh dan tak kembali lagi ke kawasan tersebut, walaupun penuh dengan memori yang tak mungkin terlupakan, perit dan manis sama banyak dirasakan,
Kerajaan itu mula musnah,setelah raja bersama para pengawal istananya meninggalkan istana buat masa yang lama, siapa tahu apa yang jadi kepada mereka, ada yang bilang mereka pergi berperang dengan penjahjah, ada yang bilang mereka hilang secara misteri, atau mungkin mereka semua berada di tempat yang lagi indah daripada kita semua,
Keadaan istana yang semakin menghilang itu,menjadi tanda tanya, kawasan itu pun perlahan-lahan menghilang ditelan kuasa alam, seolah-olah setelah mereka meninggalkan istana, sepertinya ada kuasa magis yang membuatkan kawasan itu seolah-olah tidak wujud sama sekali,
'The lost promise that we made together, i willing to wait for you, even not in this life, i will wait for you in our next life' -Blooming Bloosom End