webnovel

Chapter 18

"Jadi kamu nak kami tukar sasaran tapi kenapa!?" bentak namja yang mengunakan topeng menakukatkan itu, berbaju hitam dan mengunakan hat, sepertinya dia merupakan ketua pasukan assassin, aura yang menyelubungi tubuhnya mengatakan bahawa dia adalah seorang ketua yang digeruni,

"Kamu tahu kan sya sentiasa nak kan kemenangan, tapi seperti yang sudah dijangkakan, Yeo Clan tak boleh di harapkan, sya nak kamu tukar sasaran, biarkan Puteri tu hidup dan hapuskan semua Yeo Clan, faham! sya tak nak satu pun orang-orang dalam Yeo Clan hidup! kalau puteri tu masuk campur, bunuh je dia, dengan budak tu sekali!" Jejaka tersebut mengangguk perlahan kepada Tuan yang memberi arahan sebelum meminta diri dari situ,

"Hah..haa, dalam diam Yeo Clan ternyata ada rancangan lain, spertinya aku terpaksa bertindak sendiri, dan hapuskan sendiri budak tu, Night Raven, korang tak akan berjaya tangkap aku...hahahahahah..." Si Tuan tadi pun keluar dari kawasan rahsia tersebut dengan bersahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku,

"Bendahara Kim, nak kemana tu?"

"Ahh kamu Bendahara Yeo, nak pergi ke taman, kamu pun nak pergi bermain catur dengan Dayang Kim kan?"

"Ye, mari kita pergi bersama.."

Kebetulan semasa itu mereka melihat Min dan Hwanwoong yang saling berkejaran mengunakan baju sedondon,

'Aku akan bagi peluang untuk jadikan Puteri tu sebagai umpan, kalau seperti apa yang pihak istana kata kan, aku tak boleh biarkan perasaan cinta dan sayang itu wujud diantara mereka berdua,'

Hari tersebut dipenuhi dengan memori yang indah, Min dapat menghabiskan masanya berdua dengan Keonhee berkat pertolongan Youngjo,

Sebenarnya selepas menghantar Min ke kedai baju tersebut, Youngjo terus memecut laju pulang dengan teleportasi(tenaga chi) ke kediaman mereka dan menyuruh Keonhee pergi ke suatu tempat,

Dan itu lah sebabnya kenapa Keonhee tiba di butik tersebut dan terus disalah sangkakan sebagai tunang Min disebabkan Min mengatakan bahawa tunangnya akan datang nanti, Keonhee hanya play along dan menyamar sebagai tunang Min, ketika itu Keonhee rasakan dirinya sungguh bahagia, senyuman yang diberikan ketika melihat Min adalah senyuman yang ikhlas,

Berbalik kepada situasi min dan keonhee,

Min tak pernah sangka yang Keonhee akan menanyakannya soalan tersebut, hatinya mula berdebar,

selama ni, hampir semua orang menanyakan soalan yang sama kepadanya, adakah dia menyukai Youngjo, namun kenapa dia merasakan debaran yang dia tak pernah faham ketika itu semasa Keonhee menanyakan soalan mengenai dirinya sendiri,

Keonhee mula menghampiri Min, pandangan mereka saling terpaut,dengan spontan Keonhee menyelitkan satu klip rambut dengan ukiran Daisy,

Keonhee perasan yang Min sangat menyukai bunga daisy membuatkannya membelikan klip rambut tersebut semasa terserempak dengan Min di hadapan kedai minuman ketika itu, di mana secara rasminya dia memperkenalkan namanya, Setiap detik bersama Min sentiasa di ingatannya, ianya seperti sebuah memori kisah yang tak mampu diceritakan, namun hanya mampu membayangkan,

"Kau ingat tak masa first time kita jumpa" Keonhee tersenyum dan menukarkan Topic, dia sendiri pun tak sangka yang dirinya akan menanyakan Min soalan itu tadi. Min menyentuh perlahan klip rambut itu lalu tersenyum perlahan,

Debaran di hati masih tersisa, namun Min hanya tersenyum perlahan dan mula berjalan seiringan dengan Keonhee, memandang langit yang cerah disinari cahaya bulan dan bintang, tanpa sedar malam pun menjelma,

"Ingat"

"Kau cakap, di dunia modern jarang ada kunang-kunang?" Min hanya mengangguk perlahan mendengarkannya,

"Do you wanna see fireflies?" Min memandang Keonhee, mata mereka sekali lagi bertemu, saling berbalas pandangan, untuk seketika Min tak faham apa yang dirinya rasakan ketika itu,

'mwoya? adakah ni seperti ayat-ayat yang dalam drama, macam do you wanna eat ramen? or do you wanna see butterfly?'

'now its.. do you wanna see fireflies? aaaaa...'

'apa aku patut jawab? andae..andae..positif thinking ja..'

'andae..andae...tak mungkin kan..aaaaa'

(hanyut dalam asmara fikiran sendiri)

"Aira? "

"Err..hah? apa tadi?" Keonhee hanya tersenyum melihat wajah Min yang sudah seperti tomato itu, rambutnya diusap perlahan,

'Kyeopta'

Mereka berdua bergelak tawa dan mula bercerita tentang apa yang berlaku di kedai tadi tengah hari sehingga lah petang menjelma,

Tengah hari tadi...

"Haish..asal tak dapat zip ni??" Min struggle pula nak tutup zip belakang baju perkahwinan ala-ala puteri dari kerajaan barat itu,

'zupp'

"Kau ni, dah tangan tu pendek, minta tolong lah, ni tak malah terkial-kial dalam fitting room, patut lah aku tunggu lama sangat, ke senanya kau dah gemuk?"

"Yah! kau nak cakap aku gemuk dah ke!"

"Tak pe..kau tetap comel di mata aku.. and kau nampak macam makin pendek..kau mula mengecut ke?" hidung Min dicuit perlahan,

"Yah! Aku tahu lah kau tinggi lepas tu kaki panjang,tangan panjang..semua ahh panjang.." Min keluar dari bilik tersebut dengan baju pengantin warna putih bersulam emas itu,

"Apa yang panjang?"

"Dah ahh jangan cakap ngan aku lagi, hurm!"

"Aikk, yah!? kau merajuk pula?" Keonhee hanya ketawa kecil melihat gelagat Min, seakan-akan dirinya akan merindui Min,

Min pergi ke cermin besar di kedai tersebut, memandang dirinya di cermin besar itu mula berpuas hati dengan visualnya, Keonhee menghampiri dan memaut bahunya perlahan,

"eottae...?" Min memandang Keonhee di sebelahnya

"Waaah cantik nya tuanku puteri dan cik tunang dia, ahh bertuahnya dah nak kahwin, sya ni masih bujang lagi, ahh sedihnya" ujar tuan kedai tersebut, Min hanya tersipu-sipu malu mendengarkannya,

"Suka lah tu orang salah anggap aku ni tunang kau?" bisik Keonhee

"Ye lah, sekurangnya dorang nampak tunang aku tinggi, then aku guna heels tak ada masalah nak berdiri sebelah kau" Min mengflip rambutnya dan mencuba baju terakhir iaitu baju kimono yang ditempah khas dari kerajaan jepun,

Min dan Keonhee sama-sama tergelak mengingati apa yang berlaku sebentar tadi

"Keonhee-ahh..thanks tau bawa aku tengok tasik ni..aku teringin nak tengok suasana di sini sebelum..."Min tak meneruskan percakapananya, dadanya mula terasa sakit kembali namun dia tak mahu Keonhee risau akan dirinya, jadi Min terpaksa berlagak seperti biasa sahaja,

"Tak pe, tapi kan tak boleh ke kau tak balik ke istana, kalau kau arahkan aku untuk bawa kau lari sekarang, aku akan lakukannya" bahu Min digengam perlahan, wajah Min ditatap dengan penuh makna,

"Puteri Haemin!!" jerit Hwanwoong dari kejauhan, beberapa pengawal bersenjata mula bersusun-susun di sekeliling mereka, Bendahara Kim dan Bendahara Yeo turut berada bersama Hwanwoong,

(kacau daun je dorang ni baru je nak KeonMin moment -_-)

"Turunkan senjata kamu! Kamu tahu kan kamu akan dianggap sebagai menduakan kerajaan kamu sendiri!!" Bentak Min, Keonhee yang melindungi Min di sisinya mula berbalas pandangan dengan Hwanwoong, mereka seakan menunjukkan aura yang berlainan, mungkin seumpamanya berkomunikasi menggunakan minda,

'Kau ingat aku takut? kau pun tahu siapa lagi kuat di antara kita' keonhee mulakan percakapan melalui minda

'oh ya...aku nak tahu macam mana kau akan selamatkan min lepas ni' jawab hwanwoong dan tersenyum sinis

'aku akan bawa dia lari jauh dari sini'

'jangan harap lah, kau akan lebih membahayakan kita semua, kau pun tahu kenapa!' Keonhee mengetapkan bibirnya,

Seakan-akan dapat saling memahami isi hati masing-masing membuat Keonhee melepaskan pautan tangan Min,

"Waeyo?"

Keonhee mula berpaling meninggalkan Min,

"Keonhee-ahh.."Min menahan kepergian Keonhee

"Yah, keonhee ah, Waee.??" Keonhee memandang Min sekilas lalu berlalu pergi tanpa berkata satu apa pun,

wajah yang min gambarkan ketika itu seperti orang kecewa, pandangan sayu diberikan itu mula menyedarkan Min akan rancangannya dari awal, dia tahu dia sepatutnya bersetuju je dengan rancangan yang Seoho katakan, namun Min tak nak terusan melarikan diri,

"Kau dah nampak kan, orang yang kau sayang akan perlahan-lahan tinggalkan kau..kau tak patut lepas tangan macam tu je!" Hwanwoong menhampiri Min lalu menarik tangannya untuk mengikutinya pulang, tangan Min berbekas merah disebabkan gengaman Hwanwoong itu

"Lepas lah!" Min meronta untuk dilepaskan

"Ahh.." Hwanwoong melepaskan Min dengan kasar membuat Min terjatuh ke tanah, Min mula mengadu kesakitan di tangannya yang mula tercalar,

Keonhee sebenarnya tak nak tinggalkan Min sendirian di situ namun dia tak nak Kim Clan menyedari sesuatu di antara mereka semua,

'mianhae Min, aku akan selamatkan kau walau apa pun risiko yang akan aku tempuhi'

"Kau senang-senang bersuka ria eh, aku ajak kau keluar untuk pergi ke butik untuk cuba baju dengan aku! tapi kau buat apa? kau pergi dengan Keonhee? hah, mesti kau rasa hari ni seperti hari bahagia kau kan? ahh, memang pun.. kan? " rambut Min digengam kasar, membuat Min mengadu kesakitan, hampir sahaja Min mencarut,

"Aku tak akan lepaskan kau Min, aku tak akan berlembut dengan kau hanya kerana kau seorang puteri" Hwanwoong menarik wajah Min untuk dekat dengannya, Min hanya menahan kesabarannya, ingin saja dia menumbuk Hwanwoong ketika itu, Hwanwoong melepaskan gengamannya dan menolak Min,

Min mengenggam penumbuknya,

"Tsk...selama ni kau pernah ke berlembut dengan aku?" Min perlahan-lahan bangkit berdiri dengan kakinya,

"Haha" Min mula gelak seperti orang hilang akal, dengan rambut dan bajunya yang dah kusut dan tak terurus tu, memandang mereka dengan pandangan penuh kebencian,

"Yah! gae sae ki !"(ni kata kesat)

'buk!'

Satu tumbukan diberikan kepada hwanwoong membuatnya terdorong kebelakang sehingga terduduk di tanah, Min mengusap tangannya yang kemerahan,

"Ahhh aku dah lama bersabar dengan kau, kau dengar sini, aku tak kisah kau nak buat apa, sebab tu bukan hal aku, dan lagi satu..orang macam kau ni tak layak jadi raja, sebab apa?"

"Mana ada raja ketot dalam sejarah pemerintahan!"

" ahh lagi satu..puas hati aku dapat tumbuk kau,"

"Aku masih ada maruah yang perlu di jaga, kau patut kenal tempat kau Hwanwoong, kau masuk ke kawasan pemerintahan keluarga Moon, aku masih hidup dan sihat macam ni, jangan ingat aku nak bagi tahta aku dengan semudah ABC? korang ingat aku tak tahu ke rancangan korang,"

"Dan hwanwoong"Min menghampiri wajah hwanwoong dan berbisik,

"Jangan melampaui batas lakonan kau" Min melangkah pergi meninggalkan hwanwoong yang mengesat bibirnya yang berdarah dek tumbukan Min di pipinya,

Tepukan gemuruh dan gelak tawa mula kedengaran, ternyata Night Raven memerhati dari pokok, menyaksikan drama hebat itu tadi, Night raven dengan baju warna lilac yang lembut itu mengunakan mask lace warna putih bersama dengan hat hitam,

"Ahh menghiburkan lah, first time aku tengok lelaki kena tumbuk dengan perempuan, perghh mesti sakit sangat tu?" Seoho membuat gaya seperti teruja memandang wajah Hwanwoong yang tak puas hati itu,

"Orenmanhi, chinguya..ahh lupa bukan lagi, hohoho" kini Youngjo pula menganjing dia,

"Ahh dah pendek tu pendek je lah, ada hati nak jadi raja.." Leedo pun tak nak terlepas mengusik Hwanwoong,

"Sepertinya tadi nui menumbuk angin sebab apa, sebab dia bercakap dengan itik, kan itik kecik je" Xion pun sama..

"Ahh aku rasa aku patut kejar Min balik lah, belum puas lagi aku nak buat seseorang cemburu, aku tak sempat pun nak bergurau lama dengan Min tadi.." Keonhee tersenyum memandang Hwanwoong, Keonhee sebenarnya hampir-hampir menyebut nama 'Aira', namun cepat-cepat cover back takut Bendahara Kim mengetahui identiti sebenar Min,

"Korang dengar sini baik-baik, kalau aku jadi raja, aku tak akan biarkan korang terlepas!" Jerit Hwanwoong namun apa yang didengar mereka seakan bunyi semut..jap semut ada bunyi ke? ? ? ?

"Guys, kau dengar sesuatu ke?"

"Dengar apa?"

"Bunyi ayamm!!! hahahaha" jerit Seoho dengan teruja

"bukan ayam tapi..tapi"

"Ahh Itik..kan..hahaha" Sepertinya Youngjo dan Seoho sama-sama mengusik Hwanwoong membuatnya geram dan berlalu pergi meninggalkan kawasan itu. ketawa meraka masih tersisa,

'Melampau ahh korang ni...huh!'

Youngjo dan Bendahara Kim saling berpandangan sebelum semua pengawal dan bendahara mengikuti Hwanwoong pergi dari situ,

'Kau masih hidup rupanya, Putera Mahkota Kim'

Seketika kemudian, dalam perjalanan balik ke kediaman mereka,

"Hey, kau tak patut buat macam tu ngan Min tadi," Youngjo menepuk bahu Keonhee yang berjalan di sebelahnya

"Aku tahu, untuk sementara waktu ni, aku cuma nak tahu perasaan dia je, lagi pun bukan apa kau pun tahu kemahiran Hwanwoong kan.. aku bukan takut dengan amaran dia, just aku.. tak nak dia apa-apakan Min...tu je"

"Kau luahkan je lah perasaan kau tu, jangan sampai semuanya terlambat baru kau nak menyesal, dah tak ada guna dah"

"Aku tahu lah..lagipun, aku dah cukup bahagia, walaupun hanya mampu menatap wajah Min je.."

Sesampai sahaja di kediaman para perlatih,

"Wei esok ulang tahun Min ke?" Seoho mula memandang bintang di langit,

"Macam mana kau tahu?"

"Tu...ahh lupa korang tak pandai baca bintang-bintang" Seoho mula mengeluh mengenangkan apa yang akan berlaku lusa, lusa adalah hari yang mendebarkan, mereka sememangnya sudah merancang rancangan mereka dari awal untuk larikan Min sebelum majlis dimulakan

namun Seoho takut yang Mimpi dia merupakan satu ramalan, kalau sekali pun Min dapat elak dari kematiannya, dia akan tetap mati juga pada hari tersebut walaupun dengan keadaan yang berbeza,

apa yang lagi merisaukan Seoho adalah, siapa sasaran yang sepatutnya disasarkan oleh Kim Clan, sebab melihat riak wajah Min, dia seperti menyelamatkan seseorang, namun baru-baru ni Seoho nampak, Min kaku berdiri melihat seseorang di hadapannya dengan tangisan,

"Guys, bergumpul..." Seoho menarik nafasnya perlahan, dan melupakan seketika mengenai mimpinya itu,

"Apa lagi? orang nak tidur lah...esok ada latihan lagi kot..aku tak nak lah kena bebel dengan cik puan tu" bebel Leedo dan mula duduk di samping Youngjo,

"Aku pun ngantuk lah" seperti biasa Seoho dan Leedo tak sependapat,

"Apa dia?"

"Apa kata kita join Hyekyo dan Rena buat kejutan untuk Min esok, jadi kita sedaya upaya tarik perhatian Min untuk tak jumpa dengan dorang dua, or macam tak keluar dari istana ke" cadang Seoho..

"Ahh, nak sambut hari jadi lah ni" Youngjo pun mengangguk-angguk

"So siapa nak tarik perhatian dia dan tak fikirkan majlis dia?" semua mula memandang Seoho,

"Tak kan aku pula dah..aku yang rancang kot? lagi pun Min tak tahu juga esok hari jadi dia, ye lah kan dia Min Aira, bukan Haemin" Seoho mula mengeluh perlahan,

"Kitaorang akan sedia bahan-bahan apa yang perlu, hyung layan nui, lagi pun Keonhee tadi dah berpaling pula, baru ingat nak suruh dia" ujar Xion pula,

Kini semua mula memandang Keonhee,

"Aku tak da pilihan K, kalau aku tak pergi dia akan apa-apa kan Min, aku tak nak benda tu berlaku je..bukan aku sengaja pun"

"Ye lah tu, entah-entah Min sedang menangis sekarang ni, siapa tahu kan.." ujar Youngjo perlahan dengan wajah 'siapa tahu'

Berbalik kepada Min....

Di kediaman Daisy,

"Arghh! puas hati aku, untuk pertama kali dalam hidup aku, aku tumbuk orang, geram betul aku dengan si ketot tu, dah lah ketot berlagak lagi, ingat dia apa? raja? hell no lah aku nak jadikan dia raja, aku lagi rela jadi satu-satunya pemaisuri dalam kerajaan ni.."

"Hairan lah dengan hwanwoong, awal cakap semua ni lakonan, now dah lari dari perjanjian dah! haish... kalau Hwanwoong terusan macam ni, Kim Clan akan tahu rancangan night raven, tapi kenapa aku rasa Kim Clan macam nak ubah rancangan dia...haish tak mungkin lah.."

"ahh tak sangka aku akan kahwin dengan si ketot tu, andaeee, haish!aduhai asal aku mula rasa tak sedap hati, ahh tak kan sebab Keonhee berpaling tadi..hmm...risau pula dibuatnya..ahh aku dah kenapa pula fikirkan Keonhee time time macam ni..ahhh aku dah tak betul lah agaknya"

Min banyak luangkan masa dengan Keonhee, banyak memori dan kenangan yang mereka cipta bersama, Min masih tak faham dan tak yakin dengan perasaannya, apa mungkin dia menyukai Keonhee? atau mungkin perasaan itu wujud hanya kerana Keonhee terlalu baik kepadanya?

2 weeks ago....

"Ohh Keonhee-ahh, apa kau buat kat sini..kalau kau tertangkap habis lah kita" Min yang sedang menghadiri kelas menjahit mula menyedari yang Keonhee menyamar jadi salah seorang dayang yang mengikuti kelas tersebut, Keonhee seakan vitamin c untuk Min, agar sentiasa ceria dan tersenyum macam selalu,

"Senyap-senyap je, kita tak akan tertangkap pon"

"Arraseo hehe"

Bukan tu je ,semasa Min menjalani latihan seimbangkan badan dia, Keonhee pun datang menjenguknya dari celah-celah dinding bangunan membuatkan Min yang melihatnya mula tak stabil lalu menjatuhkan mangkuk yang diletakkan di atas bahunya, disebabkan itu dia dimarahi oleh Ketua dayang Kim,

"Kau ahh ni tak pasal-pasal aku kena marah dengan Dayang Kim tu, tak suka lah dengan Dayang Kim tu, ingat dia cantik sangat ke, hum" melihat gelagat Min yang mengadu membuatkan Keonhee semakin bersemangat nak terus berada di sisi Min,

"Mian-mian, tengok ni!"

"Waah tahu-tahu je kau eh aku lapar, tapi kan...tak kantoi ke kau jadi sida-sida pula hari ni?"

"shhh diam-diam je, kalau kau senyap-senyap, mana da orang tahu"

Masih terngiang-ngiang dalam mindanya suara gelak tawa mereka bersama menikmati sandwish yang Keonhee request kepada Chef choi untuk dibawakan kepada Min,

Min yang terkenangkan kenangan bersama Keonhee, mula mengeluh perlalan dan duduk di kerusi bersebelahan katilnya, memandang ke arah bulan yang bersinar terang dari jendela biliknya mula terfikir akan nasibnya selepas hari esok,

sakit di dadanya tidak terasa lagi, namun Min takut yang masanya akan tiba bila-bila masa sahaja, walaupun ketika itu dirinya tidak terkorban, mungkin dirinya akan pergi jua suatu ketika nanti,

"esok...adalah hari terakhir aku..dan..lusa..pula..aku dah tak boleh jumpa dorang lagi.."

" aku belum luahkan perasaan aku pun...aku pun tak pasti, betul ke..aku sukakan Keonhee?" Min mengeluh dan memandang pantulannya di cermin,

"Kenapa aku rasa tak sedap hati pula ni.." keluhnya perlahan,

Keesokkan harinya, the last day zaman bujangnya, sepanjang hari itu dipenuhi oleh keluhan dari Min, semasa membersihkan diri, mengeluh, semasa memakai baju, mengeluh, semasa sarapan pun Min mengeluh

"Awk dah kenapa asyik mengeluh je" Rena dan Hyekyo curi-curi melawat Min,

"Tak ada lah..."

"ye lah tu..dah macam orang putus cinta dah sya tengok, seolma, jangan-jangan kamu curi-curi keluar dengan sesiapa? Hmm hmm I can see that" mendengarkan kenyataan Rena itu membuat Min menjelingnya,

"bercinta pula dah, ada nampak aku keluar dengan namja ke? tak ada kan!?"

"Ye lah tu, habis selalu keluar dan luangkan masa dengan Tuan Muda Lee tu bukan bercinta ke?" terbatuk-batuk Min tersedak minuman mendengarkan apa yang Rena katakan

"Yah! jaga sikit mulut kau tu..nah makan ni!" Min menyumbatkan beberapa roti ke dalam mulut Rena

"My Lady..kami dah diberhentikan dari istana," ujar Hyekyo perlahan, dan mengenggam jari jemari Min

"Hah bagus lah tu korang dah lama kan tak balik jumpa family"

"Tuanku akan baik-baik saja kan, di istana tanpa kami?"

"Ye, jangan lah risau, kita akan jumpa lagi nanti.." Min mengusap perlahan rambut Hyekyo,

"sajjya yakti nong awqqwk saaukauu daiskk"

"Kalau ye pun kau nak cakap, kunyah lah dulu makanan tu kasi habis bah dalam mulut, aku tak faham bahasa alien"

"sya yakin yang awk sukakan dia, kan kan" rena mengatakan kembali kalimat tadi membuat Min memandangnya dengan pandangan 'are u kidding me?'

"Ehh ada Tuan Muda Lee lah" ujar hyekyo,

"Mana-mana!?" rena dan hyekyo tergelak terbahak-bahak ketika Min memberi respon yang sebegitu ketika mereka minum di meja luar kediaman daisy,

"Kan...sya dah agak dah awk suka kan dia, Hye-ahh jom lah, kot-kot nanti mereka nak berdua- duaan, kita menganggu lah pula, mana lah tahu ada adegan yang tak patut kita tengok maklum lah budak lagi"

"Budak kononnya, yah kau dah nak 21 tahun! "

"Ala sya belum habis lagi makan" hyekyo mula mengambil beberapa biskut honey comb,

"Annyeong!!!" Jerit Rena dan mengheret Hyekyo bersamanya,

Min hanya mengeluh perlahan dan mengelengkan kepalanya,

"Apa lah agaknya akan berlaku selepas aku pergi nanti, tempat ni, dunia ni, kenangan semuanya, akan dilupakan bergitu saja ke?" Kadang-kadang ketiadaan mereka di sisinya membuat Min sunyi,

Apa yang lagi merisaukan Min adalah, sikap dingin Keonhee ketika itu, Setiap kali terserempak dengannya sejak pagi tu, Keonhee seakan-akan mengelak dari berjumpa dengannya,

bukan mengelak, Keonhee sebenarnya bawa sesuatu yang Seoho suruh je lagipun mereka nak suprisekan Min, kehadiran rena dan hyekyo sebenarnya untuk melengahkan masa Min,

"Yah! keonhee ahh.." Keonhee yang shocked kerana terserempak dengan Min mula berlari dengan pantas mengelak darinya,

'aduhh asal boleh terserempak di dapur istana pula ni, harap dia tak nampak lah aku bawa kek ni' bisiknya dalam hati

"dah kenapa pula dengan dia hari ni..haish.." Min mengeluh, menyepak batu di sekitar laluannya dan duduk di pinggir tasik istana, dia mula terpandang jambatan di tengah-tengah tasik itu membuat Min teringat memori dengan Keonhee,

"Dah kenapa asyik teringatkan dia ni.." keluhan Min itu mula didengari oleh Seoho yang kebetulan melalui kawasan tersebut,

"Dah kenapa muka monyok je? bertengkar dengan kekasih ke tu?" Seoho datang menghampiri Min dan duduk di sebelahnya,

"Ahh, kau seoho...pula dah kekasih..siapa lah nak kat aku...dah lah kasar, biadap pula tu.."

"tahu tak pe" seoho mengangguk perlahan-lahan setuju dengan apa yang Min katakan,

"aaahh pula dah..." Min baru tersedar yang dirinya bercakap dengan Seoho ketika itu,

"haaa betul lah korang memang rancang sesuatu, tapi tak sangka pula yang Kim Clan belum bertindak lagi?, pandai eh senyap-senyap ada di istana menyamar bagai jadi penari, patut lah aku macam kenal je aura korang"

Min memandang Seoho sekilas dan mula memandang pemandangan tasik itu, angin yang bertiup menyapa wajahnya seakan sungguh tenang,

"Hehe" Seoho tersengih-sengih macam kerang busuk di situ,

"Banyak lah kau punya 'hehe' tersengih-sengih"

"Min-ahh...kau tahu tak...yang kau..."

"Wae? kau nak tanya pasal mimpi kau nampak aku mati? jangan risau aku tak akan mati kena panah macam dalam mimpi tu, lagi pun semuanya dah berubah juga kan..macam yang kau cakap, perjumpaan kita bukan lah satu kebetulan, tapi ditakdirkan.." Min cuba mengagak apa yang Seoho fikirkan,

"Aku tahu...Tapi , aku takut ja..Kim Clan ubah sasaran dia..kita tak tahu apa rancangan mereka sebenarnya..aku takut dorang dah tahu rancangan kita..."

"Jangan risau lah, dorang tak akan sentuh Night Raven,kalau mereka sentuh pun, dah tentu si Youngjo, ye lah dia kan Crown Prince, lagi pun jangan risau lah, Yeo clan dan Kim Clan akan gagal, " dia tahu Night Raven akan menyelamatkannya pada majlis perkahwinan dia nanti, namun benda tu akan dianggap ' treason'

"Min kau tak faham, diri kau sentiasa dalam bahaya, kau tak ada pengawal yang jaga kau, tak kau memang dah tak ada pengawal dari awal tapi Night Raven, kitaorang tak boleh selalu berada dekat dengan kau,"

"lebih-lebih dengan situasi kitaorang macam ni..kitaorang hanya mampu bergantung dengan sesama sendiri je, Tak termasuk si suara ayam tu, sejak dia khianati kitaorang, kitaorang dah tak anggap dia sebahagian dari Night Raven"sambung Seoho lagi, Min mula memandangnya dengan pelik

"Wait..wait...nugu? Suara ayam? ahhh si ketot tu..." Min tergelak mendengar Seoho yang menganjing Hwanwoong,

"Kau tahu kan Hwanwoong ada sebab kenapa dia buat macam tu, aku bukan lah nak cakap aku mula berpihak kepada dia, just aku tak suka berdendam dengan orang, tapi perangai dia mula menjadi-jadi buat aku terpaksa diam kan dia malam tadi" Min berpeluk tubuh dan mengeluh perlahan, dia bukan sengaja nak tumbuk Hwanwoong, tapi kesabaran seseorang tu ada had juga,

"Lagi pun, aku rasa Hwanwoong berlakon je, aku tak pasti lah tapi sepertinya dia nak tunjukkan bahawa dia boleh uruskan aku, mungkin itu lah plan asal Kim Clan, sebab tu kenapa aku berkasar je dengan Hwanwoong, sebab kalau aku nampak rapat dengan dia, aku takut Kim Clan ubah target,"

Min tak sengaja mengatakan bahawa Hwanwoong mungkin berlakon selama ni, well tiada siapa tahu sebab tu sememang bakat semula jadinya

"Ubah target?"

"Ye lah, sebab hwanwoong asyik buang tabiat nak rapat dengan aku? then asyik cakap yang aku kena jauhkan diri dari korang..rimas pula dengar suara dia" Seoho hanya tergelak mendengarkannya,

"Wae? sebab cemburu dengan kau, sebab kau rapat dengan Youngjo?"

"Yah!? cemburu dengan aku? ahh aku tahu lah aku disukai ramai, "

"i know that, im pretty but im busy" Min membuat muka berlagaknya lalu melambaikan tangannya acah-acah dia berada di sebuah tangga berpusing dibawah lampu chandelie lalu melangkah pergi meninggalkan Seoho,

"Yah! Min ahh kau memang tak berubah kan? masih sassy seperti selalu.." Seoho mengejar langkah Min dari belakang dan memaut bahunya seperti best buddie,

"Memandang kan hari ni hari last kau di zaman bujang kau, aku nak bawa kau ke suatu tempat, and ada kejutan khas untuk kau, mesti kau terharu punya lah.."

"well depends lah aku terharu ke tak..tapi Kat mana?"

"bimil...nanti aku jemput kau eh.." Seoho mula berlalu pergi meninggalkan Min di hadapan pentas terbuka itu, Min ada kelas sulaman tengah hari itu,

"Kejutan?" Min berfikir sejenak,

'Hari ni berapa hari bulan eh? kenapa dorang nak berahsia pula ni?'

"Tuanku dah sampai, naik lah" Min mengangguk perlahan kepada Cik puan tersebut dan mengikutinya dari belakang,

Sepanjang kelas berlangsung, Min kelihatan terganggu akan sesuatu, Min mula temenung tanpa sedar yang dia tersulamkan nama Keonhee di kain tersebut, Min panik seketika lalu menutup nama itu dengan jarinya dan tersenyum memandang cik puan dia hadapan mejanya,

'Aduhai, boleh pula aku teringatkan dia sampai kaitkan nama dia di sulaman ni...'

'ahhh Min apa kena dengan kau ni?? focus min focus'

" Sya faham dengan perasaan kamu"

"Ahh...bukan macam tu cik puan.."

"Sya dan suami sya tak mempunyai hubungan yang baik sejak kami berkahwin, sya dipaksa kahwin oleh keluarga sya, "

"sya terpaksa membuang hajat saya untuk meluahkan perasaan sya kepada orang yang sya cintai, alangkan tersiksanya hati sya menanggung rasa dan rindu kepadanya, namun apa kan dayanya, dia telah pergi selamanya, semasa majlis perkahwinan sya berlangsung"

"Beta bersimpati dengan nasib kamu,"

"Tuanku, elok lah kalau tuanku, fikir sebaiknya, Keonhee, itu kan nama jejaka yang bertahta di hati Tuanku?,"

"Tuanku kena jujur dengan diri sendiri, jangan sampai kamu kehilangannya, dan menyesali semuanya seumur hidup kamu" jari jemari Min digengam perlahan, kata-kata Cik Puan itu dihadam perlahan,

Senja pun menjelma....

Seperti yang dijanjikan , Seoho pun menjemput Min di kediaman Daisy secara senyap-senyap dan menyuruhnya memakai penutup mata lalu membawanya keluar dari istana untuk ke suatu tempat rahsia yang hanya mereka sahaja yang ada kenangan di kawasan itu,

"Dah kenapa kena pakai benda ni?"

"Ala pakai je lah, kan kejutan? nanti kau nampak tak terkejut lah jadinya"

"Hah ye lah ye lah aku pakai"

"Lambat lagi ke? "

"Haish aku belum jalan lagi, tak lama , tak jauh pun, sabar lah"

Seketika kemudian....

"lama lagi ke ni, aduhai nak terberak menunggunya"

"kau jangan nak mengada leh tak, tak lama lagi sampai lah ni, "

A few moment later....

"lama..." belum habis lagi Min berkata, Seoho sudah pun membuka pembalut matanya dan..alangkah terkejutnya Min, tempat yang amat dirinduinya itu disaksikan dihadapan matanya sendiri,

"Kita dah sampai" bisik Seoho perlahan,

Keindahan pohon sakura yang sentiasa mekar itu, lilitan bunga ros malam yang kelihatan indah dan juga bunga-bunga yang saling berguguran kelopaknya di kawasan yang melanggar hukum alam itu, kelihatan sangat mempersona di matanya,

"Ni kan..."

"Blooming Blossom.." bisik Seoho perlahan...kawasan itu dinamakan sebagai Blooming Blossom, why? sebab hanya di kawasan itu, bunga-bunga even suasananya tak pernah berubah, sentiasa mengalami musim bunga walaupun ketika itu merupakan musim Luruh,

"Korang..." Min seakan-akan terkesima melihat semua ahli Night Raven ada di situ, (tak termasuk Hwanwoong, ) yang muncul perlahan-lahan di sebalik pokok sakura tersebut,

"Kita orang baru tahu, hari ni hari jadi kau, jadi, memandangkan esok adalah majlis terpenting dalam hidup kau..jadi aku.." belum lagi habis Youngjo berucap seperti seorang perdana menteri itu,

Min yang terlalu terharu itu pun memeluknya, semua terus kelihatan shocked dengan apa yang Min lakukan,

"Ahh," Min pun memandang semua di situ dan mereka semua dalam pelukan beramai-ramai

"Gomawo," actually she want to burst into tear right now, her eyes already tearing enough to cry..

"So, apa hajat kau?" Keonhee membawa Kek yang sudah ada lilin yang menyala di atas kek tersebut,

'Hajat?'

'kalau sekali pun ini adalah past life aku, mungkin kah di kehidupan modern aku adalah afterlife aku?'

'Atau mungkin ini adalah kehidupan seseorang dan aku kebetulan ingin hidup jadi aku ganti tempat dia?'

'ke ni sebenarnya universe lain macam parallel universe? atau mungkin seumpamanya?'

'Tapi..aku tak nak lupakan semua kenangan ni, walau sekali pun aku kembali ke zaman modern,'

"i wish that, this was not the end of our story" Min memandang mereka satu persatu sebelum meniup lilin tersebut, dia berhajat untuk mengingati segala kenangan yang dia ada bersama mereka,

Mereka menikmati hari itu bersama, pokok sakura yang sentiasa mekar itu menjadikan suasana di situ kelihatan sungguh indah , sepertinya mereka berseronok seolah-olah tiada hari esoknya,

tempat itu seperti ada magisnya tersendiri,

tempat itu menjadi saksi persahabatan mereka, bukan sahaja persahabatan,terlalu banyak kenangan mereka di tempat itu,

Hyekyo dan Rena datang ke majlis rahsia itu membawa beberapa makanan dan minuman, mereka terlambat kerana tersesat untuk ke kawasan tersebut, kerana terpaksa melimpasi kawasan larangan,

mereka berdua telah di inform oleh Seoho mereka berada di Blooming Blossom, sebab seoho yang rancang majlis kejutan tu walaupun Hyekyo dan Rena sudah merancang kejutan kecilan di Daisy Palace, namun Seoho mencadangkan untuk melihat bintang di luar, lagi pun Min sukakan pemandangan langit malam,

Malam pun semakin tiba ke kemuncaknya, kelihatan ada yang sudah mabuk terbaring terlentang di bawah pokok,

Min yang bersandar di jambatan tersebut tergelak kecil melihat gelagat mereka yang menari nari bergelak tawa seakan-akan tiada kesudahannya,

"Seronoknya dorang...aku tak nak kegembiraan ini hilang begitu saja.."

"Haish, majlis aku, tapi dorang yang seronok makan-makan dan minum soju serta meokkolli? ayam dan daging pun habis, licin semuanya " keluhnya perlahan,

namun pada masa yang sama dia lega yang semua dapat bergumpul bersama dengannya, alangkah bagus dapat mengambil gambar ketika zaman itu,

dia teringin nak ambik gambar mereka bersama, namun apa kan dayanya hanya mampu melukis segala kenangan di dalam buku lukisannya

" dan aku dah kenapa hanya tengok je dorang? ahh lupa... sebab aku dah nak mati, arra aku faham, takut? "

"memang..aku takut, kalau aku mati di dunia ni, aku akan kembali ke masa hadapan ke? dan masa hadapan aku yang sebenar tu, mungkin akan berbeza ke? dan adakah aku akan lupa kan mereka? agaknya ada benda ke yang akan terbawa ke dunia modern ke? hurm..." pelbagai persoalan mula muncul di kepalanya,

"Saengie-ahh" Leedo datang membawa minuman kepada Min, Leedo pun kelihatan seperti akan k.o bila-bila masa kerana overdose soju lah agaknya,

"Orabeoni..bukan orabeoni dah tertidur ke tadi?"

"Ahhh...orabeoni nampak saengie di sini...jadi..."

"Kalau ye pun duduk lah.."

"sebenarnya...orabeoni nak cakap, yang sekiranya kita berjumpa lagi di hayat yang akan datang, orabeoni nak saengie tahu, yang sangie akan sentiasa jadi adik orabeoni, keluarga orabeoni, sangie dan dongju..orabeoni sayangkan korang berdua sangat-sangat.." Leedo memandang Min dengan pandangan serious, namun sepertinya Leedo dah tahu yang akan terjadi sesuatu kepada dirinya, melihat air mata Leedo yang bergelinang itu membuat Min turut berasa sebak,

"Aku...takut..kehilangan kau Min..." air mata Leedo mengalir perlahan,

"Orabeoni, " Min mengesat perlahan air mata Leedo yang tersisa itu,

Min sebenarnya tak tahu bahawa hari itu adalah hari jadi puteri ni..dia hanya menyambut bersama kerana ingin bersama-sama dengan mereka untuk terakhir kalinya,

Mereka semua dalam perjalanan balik ke istana, Rena dan Hyekyo saling memapah, Hyekyo sudah seperti tomato, mabuk sangat dah tu

manakala Youngjo dan Seoho, Xion dan Leedo while there Min terpaksa memapah Keonhee yang tinggi lampai itu, Min mula berasa sakit di bahu dan belakangnya, bukan kerana Keonhee berat, namun perbezaan antara ketinggian mereka yang terlalu ketara membuat Min agak terbongkok-bongkok ketika memapah Keonhee,

"Ahhh boleh tak kau berjalan sendiri haish malah kau sedap-sedap je tak sedarkan diri..eee..."

"ahh sakitnya bahu aku.." Min menepuk-nepuk bahunya yang kelenguhan setelah sampai di kediaman penari moon palace itu, bahunya seperti terkehel sikit, dan pingangnya yang mula berasa penat itu di regang perlahan,

"Aduh..agaknya ada koyok tak di zaman ni..." Min memandang wajah mereka secara bergilir sebelum berlalu pergi,

"Aaahh..kajima.." baru je Min ingin melangkah pergi, Keonhee mengapai tangan min,

"Wae?"

"Kajima...kalau kau pergi..aku takut aku tak boleh jumpa kau lagi.." Keonhee mula bercakap dalam tidurnya,

"Wae?"

"Janji dengan aku yang kita akan berjumpa lagi, walau bukan di kehidupan yang sekarang, kita jumpa di kehidupan yang akan datang, aku akan tunggu kau..aku janji.."

"Arra...aku janji aku tak akan lupa kan kau, aku janji akan tunggu kau.." perlahan-lahan Keonhee melepaskan genggamannya, Min hanya berdiri kaku memandang wajah Keonhee sebelum menyelimutkan tubuhnya.

Suasana malam yang sunyi itu membuat Min duduk seketika di tasik berdekatan, memandang pantulan bulan di tasik membuatnya sendu sendirian, dia mula rasa tak sedap hati,

" aku tak pasti apa yang akan berlaku, tapi masa aku semakin suntuk"

To Be Continue