webnovel

Damon Revenge

Urbain
Terminé · 130.7K Affichage
  • 82 Shc
    Contenu
  • audimat
  • NO.200+
    SOUTIEN
Synopsis

Every life is a story, thank you for being part of my story.

Étiquettes
5 étiquettes
Chapter 101.

Ini kisah dia.....

Sebagai seorang anak untuk ibu dan ayahnya.

Sebagai seorang kakak untuk tiga beradik.

Sebagai seorang sahabat untuk kawan karib sejak kecil.

Sebagai seorang pasangan untuk tunang lima tahun dia.

Sebagai seorang pekerja untuk ketua jabatannya.

Kenalkan,Xiana Rose. atau di panggil sebagai Ana, 25 tahun. Anak pertama dalam tiga beradik. Bekerja di sebuah syarikat terkemuka, menyandang jawatan sebagai Assistant Exsecutive Marketing Strategies selama empat tahun bekerja. Mempunyai seorang ibu dan ayah yang tidak bekerja. Terdapat dua orang adik, lelaki dan perempuan seorang. Berkawan baik dengan seorang sahabat yang dikenali sejak sekolah menengah rendah sehingga sekarang. Telah bercinta dengan seorang jejaka yang dikenali semasa di univerisiti dan bertunang selama tiga tahun. Bakal berkahwin pada musim bunga nanti.

Percaya atau tak, jadi anak pertama bukan perkara yang mudah. Ianya amat mencabar mental dan fizikal. Sebab apa?Well, obviously. Sebab semua tanggungjawab akan diserahkan kepada anak pertama. Tak cukup dengan tu, setiap salah yang dilakukan oleh adik-adik yang lain akan di salahkan kepada anak pertama. Itu belum lagi parents yang letakkan semua harapan tinggi mereka pada anak pertama. Dengan harapan anak pertama akan jadi tulang belakang keluarga dan bantu adik-adik yang kecil.

Selain itu, Xiana dikurniakan sepasang ibubapa yang sangat 'baik'. Layanan mereka bergantung pada berapa banyak wang yang Xiana berikan pada mereka setiap bulan. Hairan?Tak payah. Normal la tu kalau ada parent yang expect kita ni sediakan semuanya untuk mereka. Lagi-lagi kalau parents tu berat sebelah dengan anak-anak mereka. Lebihkan yang lain, bencikan yang seorang.

Mempunyai sahabat karib atau bestie adalah perlu. Serius, sangat perlu. Tanpa sahabat kita tak tahu siapa diri kita. Kita tak boleh nak jalankan hidup dan bersosial dengan baik. Plus, sahabat la yang buatkan hari kita lebih menarik, kan? Tapi itu lah, tak semua kawan boleh ada dekat dengan kita bila kita susah. Dan tak banyak kawan yang boleh jadi kawan sejati kita. So...please...hargai rakan anda selagi masih ada kawan.

Nak happy pulak mesti la ada partner...orang yang kita cinta dan sayangkan sepenuh hati. Orang yang akan ada di sisi kita bila kita sedih. Orang yang akan pujuk kita bila sedih. Hah...baru la enjoy hidup. Jangan expect nak partner je yang happy kan kita...partner pun nak rasa happy jugak. So sama-sama la lakukan tugas sebagai partner untuk happykan satu sama lain. Especially appriate setiap usaha mereka untuk buatkan kita bahagia. tapi kena ingat...nak bahagia kena cari parter yang betul-betul sesuai dengan peribadi kita. Kalau parter panas. Kita kena sejuk. Dia api kita air. Hah..macam tu...ibarat ying and yang gitu! Baru harmoni dan berkekalan.

Dah jadi dewasa ni kan....banyak tau tanggungjawabnya. Lagi-lagi bila dah bekerja. Terutama sekali kalau bekerja untuk orang. Nah....ini dugaan paling besar. Kalau dapat bos baik, okay la. Dapat bos tak baik tu yang spoilt....

Haih.

Bukan merungut, just tired okay. Bos tak baik ni bukannya yang kejam tak bagi gaji ke apa... tapi yang jenisnya semua kerja nak semua orang buatkan. Last-last bos yang dapat nama, bos tu jugak yang dapat kenaikan gaji. Kita ni hah...kerja bawah dia macam mana? Gitu je. Dekat takuk yang sama. Tak naik. Tak berubah. Itu la contranya kalau kerja dengan orang. Pro nya ialah kita dapat bekerja dan cari nafkah untuk sara hidup. Kalau tak tahan berhenti, kalau suka teruskan. Simple. Tak payah fikir banyak.

Macam mana nak enjoy hidup ni kalau penuh dengan tekanan?

First...sentiasa fikir positif dan senyum selalu.

Orang buat kita jangan lawan....diam. Dah sampai masanya...kita balas.

Orang susahkan kita jangan mengeluh....sabar. Ada rezeki lebih sedang menanti.

Orang khianati kita jangan hilang kawalan...tenang. Balas mereka dengan bijak.

Orang tikam kita dari belakang jangan meroyan....senyum. Tunjuk diri kita bukan lemah.

Orang bila dah benci kita, dia nak sangat kita jatuh sebenarnya. Nak sangat tengok kita merana dan sakit. Sedangkan kita tak buat apa-apa dekat dia orang. Jadi jangan mengalah. Memang tak mudah. Tapi cuba. Cuba bangunkan diri tu dan jangan dibiarkan masalah tu telan kita bulat-bulat.

Bangun dan cuba.

Kemudian ucapkan terima kasih dekat mereka. Kalau bukan sebab mereka, kita tak jadi seperti apa yang kita jadi sekarang.

Kan?

Vous aimerez aussi

S.H.E

Kehidupan seorang anak yatim yang kehilangan keluarganya sejak kecil lagi bukanlah suatu yang mudah. Dia terpaksa menagih kasih daripada keluarga mak ciknya yang tidak pernah dia kenal sebelum ini. Terpaksa belajar apa itu peritnya kehidupan dan mengenal realiti hidup yang tidak pernah dia tempuhi selama ini. Hidup yang ibu bapanya berikan merupakan satu kehidupan yang sempurna, sempurna dari segi kasih sayang dan sempurna dari semua segi keperluan. Kini, sempurna itu tidak lagi wujud dalam hidupnya. Sempurna itu hanya ada di dalam cerita dongeng yang selalu papanya ceritakan dahulu. Kehadiran seorang lelaki membuatkannya menaruh harapan kembali. Mungkin deritanya akan berakhir tidak lama lagi, mungkin hidupnya akan menjadi sempurna semula. Lelaki yang berjaya mencuri hati dan perhatiannya itu mungkin lelaki yang akan membawakan kesempurnaan itu datang kembali. Namun, benar kata pepatah panas tidak akan berterusan hingga ke petang. Sekali lagi, kebahagiaan yang sepatutnya menjadi miliknya diragut oleh sepupunya sendiri. Membuatkan dia semakin jauh terjatuh dan akhirnya tidak lagi mahu menaruh harapan kepada kesempurnaan. Dia berserah kepada takdir yang membimbingnya. Takdir hidupnya bersama lelaki yang tidak mengenal erti kasih dan sayang, lelaki yang menganggap hidup adalah satu permainan. Sheena Heather Edward - Sempurna itu tidak pernah wujud dalam hidup manusia. Sempurna hanya wujud dalam hidup syaitan bertopengkan manusia. Mike Jacob - Jangan menaruh harapan untuk dibahagiakan oleh orang lain kerana setiap orang terlalu sibuk untuk membahagiakan diri sendiri. Adam Daniel - Hidup ditentukan oleh pilihan manusia dan cinta tidak menjanjikan kebahagiaan kerana cinta tanpa wang membawa kepada derita selamanya.

TheWhiteButterfly · Urbain
Pas assez d’évaluations
15 Chs

Our Precious Moments

{ Onze Dierbare Momenten } « Momen-Momen Yang Berharga Kita » Semua orang pasti ada kan? Momen dan saat-saat berharga dalam hidup. Cerita ini mengisahkan tentang gadis bernama Nur Aira Maisara, merupakan seorang pelajar yang insecure. Tak banyak bercakap. Sangat suka bersendirian. Dia suka tengok pokok-pokok yang mempunyai daun-daun yang indah macam bunga sakura. Tapi pohon bunga sakura kat Jepun je. Kat Malaysia ni iklim Khatulistiwa, panas dan lembap, tak sesuai untuk pokok bunga sakura hidup dan tumbuh dengan baik. Alah, bunga sakura yang lawa tu, pokok-pokok warna pink macam dalam cerita anime yang korang tengok tu! Bak kata orang putih, Cherry Blossom! Tapi kat Malaysia ade je pokok ni, namanya Pokok Tecoma, lawa gila beb. Warna pink gitu!! Jadinya, Aira suka tengok pokok yang namanya Pokok Anggerik Merpati. Korang pernah dengar tak nama pokok ni? Haha, mesti tak pernah kan? Nama saintifiknya, Pigeon Orchid. Kiranya pokok bunga Orchid la ni! Pokok bunga ni sangatlah besar dan berdekatan dengan Pokok Queen Palm di sekolahnya. "Hmm..Hidup ni memang kena sendirian ke? Aku nak jugak ada kawan macam orang lain...Cuma..aku tak reti nak berkawan..." - Aira - Dia tidak berapa suka apabila bercakap dengan orang, apatah lagi bergaul atau berkawan. Bak kata orang dulu-dulu, orang yang pendiam. Sebenarnya, dia bukan tak suka cuma tak reti! Aira sangat sukakan ketenangan bila dia sendirian. Rasa damai je. Walau bagaimanapun, dia tetap berasa sunyi, lagi-lagi bila dia kena jalan seorang diri. Makan pun sorang-sorang, belajar pon berseorangan. Semua benda pun dia buat sorang-sorang! Kau bayangkan, betapa sepinya hidup kat sekolah kalau macam ni! Tapi! Segalanya berubah bila hadirnya seorang pelajar lelaki yang berwajah tampan berpindah ke sekolah dia! Mamat Belanda pulak tu! "Lah, aku nak tolong kau la. Kau ingat aku nak buat apa?" - Tengku Rafie Dasuki A.K.A Ryker - Hidup Aira berubah 180• darjah bila bertemu dengan budak lelaki Happy Go Lucky ini! Perangainya, Ya ampun! Boleh tahan nakal jugak! Selamba pulak tu! Jadi sakit kepala kalau dilayan! Namun begitu, dengan hadirnya si dia dalam hidup Aira, kini hidupnya penuh dengan warna-warna pelangi! Suka dan duka! Gembira dan sedih! Nak tahu apa yang berlaku antara Aira dan Mamat Belanda ni, bacalah novel ini! >_

umayra_yusoff · Urbain
Pas assez d’évaluations
10 Chs