webnovel

36.

Hujung minggu tu, Xiana luangkan masa di shopping complex untuk membeli beberapa barang keperluan penting dia. Kebetulan dia pun dah lama tak keluar berjalan-jalan semasa bekerja di bawah Bianca. Disebabkan kepadatan jadual dan kerja yang mendesak. Xiana tiada masa untuk enjoykan diri. Cuma kali ni je dia ada masa selepas Mateo ganti tempat Bianca. Untuk itu dia gunakan segala masa yang ada untuk dirinya sebaik mungkin.

Bersama beg shopping di tangan kanan dan kiri, Xiana jalan seorang diri melintas premis-premis jualan di shopping complex itu dengan senyuman lebar di bibir. Seronok sebab dapat hiburkan diri.

Setelah berjam lama jalan dan ke sana sini, Xiana ambil keputusan untuk singgah makan sebentar. Jadi dia berhenti di sebuah restoran makanan yang ada di situ lantas membuat pesanan untuk dirinya pada tengah hari itu.

Sambil dia tunggu pesanan itu, Xiana belek telefon bimbitnya melihat laman sosial tanpa sebab. Dia scroll itu dan ini tanpa minat. Sedang dia tekun lihat skrin telefon, masa itu la, kerusi di depan dia ditarik ke belakang lalu di duduki dengan seseorang.

Terkejut dengan kehadiran orang asing itu, Xiana turunkan telefon dia lalu pandang ke depan. Serta merta dia bertembung mata dengan lelaki bertopeng mulut dan berhoodie kelabu yang sedang memandang dia waktu itu.

Walaupun wajah itu tidak kelihatan. Xiana dapat kenal pasti serta merta siapakah lelaki di depannya ini. Mana dia tak kenal, dia dah bersama dengan lelaki ni bertahun lamanya.

"Isaac..."sebut Xiana dengan wajah tergamam. "Macam mana awak boleh ada dekat sini?"

"Huh...kau ingat lagi nama aku rupanya...aku ingatkan kau dah lupa terus lepas putuskan pertunangan kita?"ujar Isaac di balik topeng mulut itu. "Aku nampak kau lalu tadi...itu aku ikut ke sini."

Xiana pandang mata Isaac dengan perasaan serba salah. "Awak apa khabar?"tanya Xiana dengan lembut.

"Kau rasa?"sentap Isaac. "Aku rasa tak payah aku beritahu, kau dah tahu apa yang dah berlaku dekat aku....perempuan tak guna."

Terus kelu Xiana lepas dengar, dia pandang tak berkedip dengan wajah tanpa ekspresi ke Isaac.

Kening Isaac mencerun tajam."Sampai hati kau kan...dengar je aku muflis kau terus putuskan pertunangan kita...memang betul kata mama tentang kau...dia selalu cakap kau ni perempuan materialistik yang hanya sukakan aku sebab harta. Patutnya aku percaya cakap mama dan putuskan kau serta merta..."

Xiana ketap gigi menahan sabar. Masih lagi diam tidak membalas sebab lidah dia terkunci.

"Asal kau diam?Sebab memang betul kan?"Isaac tumbuk permukaan meja tu dengan geram tapi tak kuat. Dia cuma hentak macam tu je.

Nak cakap macam mana lagi. Isaac yang mengkhianati dia terlebih dahulu. Bukan dia yang mulakan semua ni. Kalau la Isaac tahu betapa pentingnya lelaki ni dalam hidup dia dulu kan bagus. Ini tak, lelaki ni hanya berpura-pura sukakan dia sebab kepentingan sendiri.

"Maafkan saya..."sebut Xiana dengan air mata bergenangan di kelopak mata.

"Maaf?Kau rasa dengan maaf semua ni boleh selesai?"marah Isaac. "Aku kehilangan semuanya Ana..semua. Gara-gara syarikat kau yang dah mufliskan semua yang aku ada dan buatkan aset aku disita...kau rasa apa?"

"Jadi awak salahkan saya untuk apa yang menimpa awak la ni?"soal Xiana.

"Ya...semuanya salah kau. Salah kau semua ni berlaku. Salah kau hidup aku porak peranda macam ni. Aku bencikan kau Xiana!"deram Isaac. "Sekali pun aku tak pernah rasa bahagia bersama dengan kau tahu tak!"

Mata Xiana tunduk memandang ke bawah. "Sebab itu la awak bersama dengan Elissa?Kalau macam tu kenapa awak tak cari dia je?"tanya Xiana dengan perlahan sebelum angkat mata dia memandang Isaac semula.

"Apa?"Isaac pandang tak faham ke Xiana dengan kening mencerun.

Xiana pandang kecewa ke Isaac mengenangkan apa yang dia tahu mengenai hubungan gelap Isaac bersama Elissa. "Kenapa awak cari saya bukan Elissa..."air mata dia mula bergenangan banyak di kelopak mata hingga mengaburi pandangan dia.

Perlahan-lahan kerutan di kening Isaac berkurangan semasa lelaki itu memandang terkejut ke Xiana.

"Apa kau cakapkan ni..."

Xiana pejam mata dia sambil tersenyum sedih sebelum di buka untuk menatap wajah Isaac. Sakitnya rasa bila dikhianati dengan orang yang kita cinta ni kan. "Saya tahu hubungan awak dengan Elissa...sejak sebulan yang lepas...tapi saya tak tahu berapa lama awak dah bersama dengan dia..."katanya dengan lirih.

Isaac terus duduk tegak lepas dengar kenyataan itu. "Ana..."

Terus Xiana geleng kepala. "Tak apa...saya faham. Awak tak perlu jelaskannya kepada saya."Dia tak boleh. Sumpah! Dia tak boleh. "Kita dah selesai Isaac."sebut Xiana dengan hati berdenyut sakit dan dada sebu. Berjuraian air mata turun di pipinya.

Tersandar ke belakang Isaac dengan wajah tergamam. "Kau dah tahu? Tapi kau tak cakap apa-apa mengenainya?"

"Sebab saya nak tengok berapa lama awak nak simpan semua ni dari saya...tapi tak..awak diamkannya sehingga ke akhir..."jawab Xiana sambil seka air mata dari pipi dia.

"Kau tak boleh salahkan aku...kalau kau tak sibuk dan banyak luangkan masa dengan aku-"

Xiana angkat tangan ke depan muka Isaac. Dia tak nak dengar apa-apa lagi. Dia tahu alasan sebenar Isaac. Dia tahu segalanya, jadi dia tak nak dengar lagi penipuan dari Isaac lagi. "Cukup...saya tak nak dengar apa-apa..tolong tinggalkan saya sendirian."mintanya sambil capai tisu dekat meja tu dan menyeka air mata di pipinya.

Terketik rahang Isaac lepas dia dengar. Tanpa berkata apa-apa lagi dia bangun dari situ.

Xiana termenung pandang ke kanan dia semasa Isaac jalan melintasi depan mata dia pergi dari situ. Pandang saja langkah lelaki tu, Xiana tertunduk semula sebelum letakkan tangan dekat atas meja lalu sembunyikan wajahnya di balik lengan itu dan menangis.

Dekat belakang meja Xiana sedang duduknya, Ryan.

Lelaki itu yang sejak tadi ekori dan memerhati Xiana sepanjang masa Xiana jalan sendirian. Tanpa buatkan sesiapa curiga atau perasan kehadirannya.

Diam di situ, Ryan pandang belakang badan yang sedang terhenjut-henjut sedih di depannya. Dan bila waiter datang bawa makanan untuk Xiana, Ryan angkat tangan panggil pelayan itu. Tanpa berkata apa-apa dia isyaratkan pelayan itu letakkan dulang makanan tu ke meja dia supaya Xiana tidak diganggu.

Chapitre suivant