webnovel

13.

Keluar saja dari hospital, Xiana balik ke apartment yang dihantarkan oleh Mateo sehingga ke depan pintu rumah. Dia tak tahu kenapa, tapi berterima kasih dengan keprihatinan jiran barunya itu.

Masuk saja dalam rumah, Xiana pergi ke ruang tamu lalu duduk di sofa sambil pegang telefon bimbit dia.

Mulanya dia hubungi Bianca dan maklumkan kepada ketua dia apa yang berlaku. Tapi dia tak beritahu la yang dia kena gamggu dengan ceti along sampai pengsan. Dia cuma beritahu yang dia pengsan sehingga terpaksa masuk ke hospital.

Pada awalnya Bianca tak percaya. Sekali tu Xiana sertakan surat MC dari hospital baru la Bianca terima akan alasan tu.

Setelah itu Xiana call ayahnya pula. Hendak tanya apa yang sedang berlaku. Tiga kali dia cuba call tak dapat-dapat.

Bila masuk kali keenam baru la panggilan tu di jawab.

"Hah..elok la kamu call...ayah baru je nak call kamu...bagi ayah duit...nanti ayah menang, ayah bayar balik la..."

Belum apa-apa lagi dah mintak duit. Tahu tak apa yang dia telah lalui kerana ayahnya ni?

"Ana tak ada duit."jawab Xiana sambil pandang dingin ke bingkai gambar dia bersama Isaac di sisi.

"Jangan nak menipu la..aku tau kau tu banyak duitnya...kerja kau tu gaji ya beribu-ribu takkan dah habis?"balas ayahnya dalam panggilan.

Terus terpejam mata Xiana lepas dengar. Sakit hati dia dibuat sikap tak bertanggungjawab ayahnya ini.

Dia buka mata dengan marah."Beritahu Ana...berapa banyak ayah dah hutang dengan along?"soal Xiana yang tak nak hiraukan demand ayahnya itu.

"Hutang apa kamu cakapkan ni?"

Xiana duduk sandar ke belakang bersama dengusan tak percaya."Ayah nak sangat tengok Ana mati ke?Sampai hati ayah letak Ana sebagai penjamin ayah tanpa tanya Ana sendiri?Ayah tau tak apa ayah dah buat?" marahnya dengan air mata bergenangan di kelopak mata.

"Alah..apa susah. Kamu bayar je la.."balas ayah Xiana dengan nada tak bersalah.

"Duit apa lagi?Ana dah tak duit nak bayar hutang ayah tu...hutang gadai rumah pun belum habis...ni nak bayar hutang ayah...nak cekau mana duit tu?"luah Xiana dengan nada sedih berserah dia. "Ana penat Ayah..."

Air mata jatuh turun ke pipi,sementara bibir pucat itu sudah menggeletar sebak.

"Eh..jangan nak mengada boleh tak...bayar la berapa yang kau ada..paling tak pun mintak tolong je dari tunang kau tu.."sambung ayah Xiana lagi.

Xiana cengkam kuat-kuat telefon bimbit menahan sabar sewaktu dengar nama tunangnya sekali lagi di ungkit.

Ini la puncanya kenapa mama Isaac tak pernah sukakan dia. Sebab mama Isaac tahu dia hanya akan jadi parasit dalam keluarga mereka. Kerana hal seperti ini la...parent dia ingat Isaac ni bank apa nak mintak duit bagai...semua ni buatkan diri dia rasa terhina sangat.

"Ayah...tolong la...Ana merayu. Berhenti la berjudi.. Ianya hanya akan letakkan ayah dalam masalah."pujuknya dengan dada sebu kerana sedih. "Isaac bukan bank untuk ayah mintak duit. Berapa kali Ana nak beritahu. Berhenti mintak duit dari dia..."

Suara dengusan kasar dari ayah Xiana kedengaran dalam panggilan tak lama selepas itu.

"Dah jangan nak banyak cakap. Sekarang bank in duit dekat aku..."arah ayah Xiana sebelum putuskan panggilan tu.

Terus jatuh longlai tak berdaya tangan Xiana ke bawah sejurus panggilan tersebut di putuskan.

Tak dapat nak bendung lagi tekanan yang ditanggung, terhambur keluar air mata Xiana sebelum dia jatuh tumbang ke sisi atas sofa dan menangis terhenjut-henjut dengan sedih.

Chapitre suivant