webnovel

THE MAFIA IS MY HUSBAND

Tengku Melissa Bin Tengku Razlan merupakan seorang gadis yang cantik, lemah lembut dan peramah... Tetapi, kejadian yang menimpa mama kesayangannya iaitu Tengku Maria ketika dia berumur 15 tahun membuatkan gadis itu menjadi gadis yang paling kejam dan digeruni.. Dia bersama-sama dengan abang kembarnya iaitu Tengku Danial dan Tengku Danish mula berkecimpung dalam dunia gelap. Tidak lupa juga, dua orang sahabatnya yang selalu menyokongnya dan turut serta dalam dunia gelap ini, tak lain tak bukan, Zahirah dan Amanda.. Mereka berkawan sejak dari tingkatan satu lagi, tetapi selepas mengetahui tentang kemalangan yang menimpa mama Melissa, mereka bernekad untuk turut serta dalam perjuangan untuk membalas dendam... Tetapi, dalam dia mencari jawapan, Melissa terpaksa berkahwin dengan Tengku Amirul yang merupakan adik kepada Tengku Hafiz.. Tujuan utama Tengku Razlan (papa Melissa) menyatukan anaknya Tengku Melissa dengan Tengku Amirul ialah untuk membalas dendam kepada keluarga itu, tetapi keluarga itu sedikit pun tidak menyangka tentang hal itu... Melissa akur, kerana itu merupakan peluang keemasan dia untuk membunuh Tengku Hafiz yang telah membunuh mama kesayangannya. Tengku Razlan memberi tahu kepada Tengku Harith, merangkap daddy kepada Tengku Hafiz dan Tengku Amirul yang dia mahukan Melissa dan Amirul bersatu untuk mengukuhkan lagi urusan business diorang... And Tengku Harith bersetuju dengannya.. Tetapi dia tidak tahu, yang ajal anak sulungnya sudah dekat.. Tengku Amirul merupakan lelaki yang kejam, turut berkecimpung dalam dunia gelap dan merupakan ketua mafia yang terkenal dan digeruni.. Dia tidak menyukai perempuan and selalu berwajah dingin, tetapi wajah dinginnya itulah yang membuatkan ramai perempuan diluar sana cair... Adakah Melissa akan turut cair? Adakah Dendam Melissa akan terbalas? Adakah mereka akan jatuh cinta diantara satu sama lain? Kalau korang nak tahu, korang wajib baca...

Syafika_1111 · Ciudad
Sin suficientes valoraciones
37 Chs

BAB 28:

"Wei... Aku nervous la... Macamana kalau papa marah Mel nanti? Wei... Mel takut lah... Setahun Mel hilangkan diri." Ujar ku kepada Abang Danish and Abang Danial.

Abang Danish and Abang Danial ketawa kecil.

"Ishh.. Orang tengah serius boleh pulak dia ketawa." Aku memuncungkan bibir. Geram dowh!

"Mel pandai sangat cari pasal, pandai-pandai settle sendirilah... Abang taknak masuk campur." Ujar Abang Danish. Abang Danial mengangguk menandakan dia bersetuju dengan kata-kata Abang Danish.

"Ishhh... Meh Mikayla... Mama dukung.." Ajuku. Aku pun terus mengambil Mikayla di dalam dukungan Abang Danial.

"Kita jumpa tok papa ea sayang.." Ujarku kepada Mikayla. Mikayla tersengih.

"Dah.. Dah.. Jom masuk.. Panas ni.." Ajak Abang Danish. Aku mengangguk. Kitorang terus masuk ke dalam rumah papa. Sebaik sahaja kitorang masuk, aku tergamam. Aku kaku apabila melihat Papa, Daddy, Abang Hafiz and Airel (Anak abang Hafiz)

"M...Mel?" Soal mereka dengan terkejut.

Papa, daddy and Abang Hafiz terus bangun dari sofa dan menuju ke arah aku.

"Mel... Papa tak mimpi ker ni sayang?" Soal papa dengan terkejut. Air mataku mengalir. Aku terus memberikan Mikayla kepada Abang Danial. Aku terus memeluk Papa dengan erat.

"Mel mintak maaf, papa... Mel mintak maaf...." Ucapku dengan lirih. Papa turut membalas pelukan ku.

"Mel... Kenapa Mel buat kitorang semua macam ni? Setahun kitorang cari... Setahun Mel... Sampai hati Mel kan?..." Ujar papa dengan sayu.

"Mel terpaksa pa... Mel perlukan masa..." Ujarku.

Kami meleraikan pelukan. Papa menyeka air matanya. Aku tersenyum nipis. Aku memandang Abang Hafiz. Abang Hafiz memandang ku dengan mata yang berkaca. Aku terus memeluk abang Hafiz.

"Maafkan Mel.. Bang... Maafkan Mel.." Ucapku dengan linangan air mata. Abang Hafiz turut membalas pelukan ku dan tangan sebelah kirinya mengusap belakang kepala ku yang berlapik dengan tudung. Yes, Tengku Melissa Amelia dah bertudung.

"Mel... Abang cari Mel merata tempat selama ni... Kenapa Mel buat kitorang macam ni?..." Soal Abang Hafiz. Air matanya berguguran jatuh. Kami meleraikan pelukan.

"Mel terpaksa... Keadaan waktu tu buatkan Mel pergi dari sini." Ujarku dengan lirih. Abang Hafiz mengelap air matanya. Aku memandang daddy pula.

"Daddy... Maafkan Mel... Maafkan Mel.." Ucapku dengan serba salah.

"Takpe Mel... Daddy faham..." Balas Daddy seraya tersenyum.

"Mel dah jumpa dengan Amirul?" Soal Papa. Aku kaku.

"Mel?" Panggil Papa.

"Hah? Emm.. Belum... Papa, Daddy,Abang Hafiz, Abang Danish and Abang Danial, tolong rahsiakan hal ni daripada Amirul... Mel tak ready lagi nak jumpa dengan dia.." Pintaku. Mereka mengangguk.

"Maksu... Baby tu anak maksu ker?" Soal Airel kepada ku.

Mata semua orang terus tertumpu ke arah Mikayla yang berada di dalam dukungan Abang Danial.

"Ha ah... Anak maksu...Papa, Daddy, Abang Hafiz, Airel, kenalkan... Tengku Mikayla, she's my daughter." Jawabku seraya tersenyum manis. Abang Hafiz, Papa and Daddy tergamam.

"Anak Mel?!" Soal diorang serentak dengan terkejut. Nampak dari riaksi wajah diorang tu macam excited gila. Aku mengangguk.

"Harith... Kita dah jadi atok.." Ujar papa dengan teruja.

"Ha ah lah...Ehh comelnya..." Balas Daddy. Daddy terus mengambil Mikayla didalam dukungan Abang Danial.

"Ha ah lah... Comel... Kening dia ikut Mel... Lesung pipit and hidung mancung dia ikut Amirul." Ujar Abang Hafiz dengan teruja. Dia mencubit lembut pipi Mikayla yang gebu itu. Mikayla ketawa sambil bertepuk tangan.

"Suka lah tu Mikayla dapat jumpa dengan Paklong, Tok papa and Tok daddy. Dah taknak kawan dengan mama lah tu." Ujarku and memuncungkan bibir.

"Alahh.. Mamanya pun... Asyik nak merajuk jer... Dari kita duduk dekat UK, sampailah sekarang... Tak habis-habis dengan merajuk dia tu." Abang Danish mencebik bibir.

Papa, Daddy and Abang Danish tersentak.

"So selama ni kau dah tahu lokasi Mel?!" Soal Abang Hafiz dengan terkejut.

"Mestilah aku tahu, aku yang tolong dia bawak lari." Jawab Abang Danish selamba badak.

"WHAT?!" Soal papa, daddy and Abang Hafiz serentak. Abang Danish terus menekup mulutnya apabila tersedar dia terlepas cakap.

"Tak guna kau Danish!! Patutlah selama ni jarang sangat duduk Malaysia..." Ujar Abang Hafiz and terus mengejar Abang Danish. Abang Danish terus melarikan diri.

"Sorry, Fiz.. Bawak mengucap... Aku terpaksa wei... Mel yang suruh..." Ujar Abang Danish yang tengah berlari tercungap-cungap.

"Yeay!! Kejar-kejar!! Airel nak main jugak!!!" Jerit Airel dengan teruja dan terus berlari.

Aku and Abang Danial ketawa kecil.

"Wei.. Bagilah aku pulak... Tak aci lah kau jer yang dukung.. Aku pun nak dukung cucu aku jugak." Aju papa dengan wajah tidak puas hati.

"Ehh! Tak payah... Aku dapat dulu, nanti lepas sejam aku bagi kau.." Balas papa.

"Lahh...Kau ni.... Lamanya... Aku pun nak gomol gomol pipi dia jugak." Ujar papa and memuncungkan bibir.

"Alahai, comelnya atok-atok Mikayla bergaduh." Bisik ku kepada Abang Danial.

"Kann... Nampak comel cam Doraemon.." Balas Abang Danial and tersengih.

"Hahahahahhaahhaaha" Meletus ketawa ku and Abang Danial.