webnovel

THE MAFIA IS MY HUSBAND

Tengku Melissa Bin Tengku Razlan merupakan seorang gadis yang cantik, lemah lembut dan peramah... Tetapi, kejadian yang menimpa mama kesayangannya iaitu Tengku Maria ketika dia berumur 15 tahun membuatkan gadis itu menjadi gadis yang paling kejam dan digeruni.. Dia bersama-sama dengan abang kembarnya iaitu Tengku Danial dan Tengku Danish mula berkecimpung dalam dunia gelap. Tidak lupa juga, dua orang sahabatnya yang selalu menyokongnya dan turut serta dalam dunia gelap ini, tak lain tak bukan, Zahirah dan Amanda.. Mereka berkawan sejak dari tingkatan satu lagi, tetapi selepas mengetahui tentang kemalangan yang menimpa mama Melissa, mereka bernekad untuk turut serta dalam perjuangan untuk membalas dendam... Tetapi, dalam dia mencari jawapan, Melissa terpaksa berkahwin dengan Tengku Amirul yang merupakan adik kepada Tengku Hafiz.. Tujuan utama Tengku Razlan (papa Melissa) menyatukan anaknya Tengku Melissa dengan Tengku Amirul ialah untuk membalas dendam kepada keluarga itu, tetapi keluarga itu sedikit pun tidak menyangka tentang hal itu... Melissa akur, kerana itu merupakan peluang keemasan dia untuk membunuh Tengku Hafiz yang telah membunuh mama kesayangannya. Tengku Razlan memberi tahu kepada Tengku Harith, merangkap daddy kepada Tengku Hafiz dan Tengku Amirul yang dia mahukan Melissa dan Amirul bersatu untuk mengukuhkan lagi urusan business diorang... And Tengku Harith bersetuju dengannya.. Tetapi dia tidak tahu, yang ajal anak sulungnya sudah dekat.. Tengku Amirul merupakan lelaki yang kejam, turut berkecimpung dalam dunia gelap dan merupakan ketua mafia yang terkenal dan digeruni.. Dia tidak menyukai perempuan and selalu berwajah dingin, tetapi wajah dinginnya itulah yang membuatkan ramai perempuan diluar sana cair... Adakah Melissa akan turut cair? Adakah Dendam Melissa akan terbalas? Adakah mereka akan jatuh cinta diantara satu sama lain? Kalau korang nak tahu, korang wajib baca...

Syafika_1111 · Urban
Not enough ratings
37 Chs

BAB 27:

~Setahun kemudian....

"Mikayla... Jangan lah hisap jari... Haih... Anak mama ni kann..." Aku acah-acah marah dan mencubit lembut pipi anakku, Tengku Mikayla. Mikayla ketawa mengekek.

"Biarlah dia hisap jari... Comel jer anak buah paklang ni..." Ujar Abang Danish and terus mengambil Mikayla di dalam dukungan aku.

"Suka lah tu Mikayla.. Duduk dengan Paklang... Mama nak merajuk arhh.." Aku acah-acah merajuk. Mikayla sibuk duk tarik rambut Abang Danish. Yes, dia memang suka sangat tarik rambut abang Danish.. Aku pun tak tahu kenapa..😂

"Ehh Mel... Betul ker kita nak balik Malaysia esok ni? Yerlah.. Mel dah setahun duduk dekat UK ni..." Soal Abang Danish.

"Mel memang nak balik sana.. Nak jumpa papa. Setahun Mel tak jumpa Papa.. Abang Danish jer yang tahu lokasi Mel.." Ujarku.

"Bang... Terima kasih sangat-sangat ea? Sebab tolong Mel larikan diri dulu, kalau tak.. Tak tahu lah nasib Mel macamana sekarang." Ucapku.

"No hal lah dik... Mel tu abang dah anggap macam adik kandung abang sendiri dah." Jawab Abang Danish seraya tersenyum. Aku turut tersenyum.

"Mel taknak jumpa dengan Amirul?" Soal Abang Danish. Aku terkedu.

"Taknak.. Kalau boleh, Mel taknak bertembung langsung dengan dia." Jawabku.

"Tapi, Mel... He's your husband right? Can you forgive him? Okey, look... Semua orang atas dunia ni pernah buat silap, tapi... Dengan kesilapan tulah dia akan belajar sesuatu. So, dalam hal ni, Abang rasa, Mel boleh maafkan dia... Sebab semua orang perlukan second chance right? Look at your daughter, she need her dad." Ujar Abang Danish dengan lembut. Aku terdiam seketika.

"Mel mengaku, bang... Mel susah nak lupakan dia... Because he's my first love.. You know that. But, Mel rasa macam Mel dah tawar hati... Mel tak tahu kenapa Mel rasa macam ni, mel benci sangat-sangat kat dia... One more, kalau boleh, Mel taknak Mikayla jumpa Amirul, Mel takut.. Mel takut dia akan apa-apa kan Mikayla. Mel taknak hilang Mikayla.. Mel sayang anak Mel.." Ujarku seraya air mata ku mengalir.

"Sokey Mel... Abang tak paksa, tapi... Abang just nak cakap satu jer, Mikayla ni kecik lagi, she need her dad.." Ujar Abang Danish seraya tersenyum. Dia memberikan Mikayla kepada ku and aku terus menyambut.

"Abang nak gi mana?" Soalku kepada Abang Danish.

"Nak call Abang Danial. Nak bagitau suruh dia ambik kita kat airport esok." Jawab Abang Danish.

"Abang dah bagitau kat abang Danial yang Mel ade sekali?" Soal ku.

"Tak... Abang nak buat surprise kat Abang Danial and papa. Mesti diorang terkejut kan? Setahun tak jumpa dengan Mel.." Ujar Abang Danish dengan teruja. Aku tersengih.

"Mel taknak jumpa dengan Abang Hafiz ker?" Soal Abang Danish.

"Emm... Nanti Mel dah ready, Mel janji Mel akan jumpa dia." Jawabku. Abang Danish mengangguk dan terus keluar dari bilik.

"Mikayla nak jumpa dengan tok papa, Paklong and pakngah tak?" Soal ku kepada Mikayla. Mikayla yang seakan-akan tahu itu terus menepuk tangan sambil ketawa. Aku terus mencium pipi Mikayla.

"Mama mintak maaf sayang... Mama pisahkan Mikayla dengan papa... Maafkan mama sayang.. Mama buat macam ni sebab mama terpaksa.." Ujarku dengan sayu.

[...]

"Hello!! Ha! Mana kau ni bro? Lambat lahh!! Berjanggut dah aku tunggu..." Keluh Abang Danish di corong telefon.

"Kejap lahh... Jalan jem ni..." Balas Abang Danial.

"Cepat sikit boleh tak? Aku ade surprise ni.." Aju Abang Danish.

"Kau belikan aku cenderamata kat UK ker?" Soal Abang Danial.

"Pala hotak kau! Tak kuasa aku nak belikan cenderamata untuk kau.." Balas Abang Danish and menaikkan biji matanya. Aku yang berada di tepi Abang Danish menahan ketawa.

Setibanya Abang Danial,

"Wei... Cepatla-" Terus mati kata-kata Abang Danial apabila melihat seorang perempuan yang bertudung berwarna merah dihadapannya. Aku membelakanginya. Nak buat surprise dowh!

"Who is this girl?" Soal Abang Danial kepada Abang Danish.

"Kau rasa?" Soal Danish. Aku berpusing ke belakang dengan perlahan-lahan. Sebaik sahaja mata kitorang bertembung,

"Mel?" Soal Abang Danial dengan terkejut.Abang Danish terus mengambil Mikayla di dukungan ku.

Aku terus memeluk Abang Danial.

"Mel rindu abang..." Ucapku dengan berlinangan air mata. Abang Danial kaku.

"Mel... Abang tak mimpi ni kan?" Soal Abang Danial dengan terkejut.

"Tak.." Jawabku. Abang Danial terus tersenyum dan membalas pelukan ku.

"Kemana Mel pergi selama ni? Kitorang dah cari Mel merata tempat... Kenapa Mel buat kitorang macam ni? Setahun Mel... Setahun..." Soal Abang Danial dengan sayu.

"Mel perlukan masa, Bang... Mel terpaksa.. Maafkan Mel.." Ujarku dengan serba salah.

"Humm... Takpelah... Asalkan Mel dah ade kat depan mata abang..." Ujar Abang Danial seraya tersenyum.

"Siapa baby ni? Oh My god!! Jangan cakap yang...." Wajah Abang Danial jelas menunjukkan dia teruja.

"Anak Mel... Nama dia Tengku Mikayla.. You can call him Mikayla." Jawabku and tersengih. Abang Danial terus mengambil Mikayla di dalam dukungan Abang Danish. Mikayla menarik hidung mancung Abang Danish and ketawa mengekek.

"Mikayla.... Kesian kat Pakngah tu..." Ujarku.

"Alolololo... Comelnya anak buah pakngah ni... Mel... Kening dia same dengan Mel lah...Mata dengan hidung mancung dia pulak ikut Amirul." Ujar Abang Danial dengan teruja. Wajahku kembali muram.

"Emm... Boleh tak stop sebut nama tu?" Soal ku. Abang Danish and Abang Danial tersentak.

"Mel... Benda dah lepas kan? Lupakan jerlah Mel... Lagipun Amirul dah berubah sekarang." Ujar Abang Danial.

"Mel kesini sebenarnya nak jumpa papa, Abang Danial and Abang Hafiz jer, bukan nak jumpa dia." Ujarku dengan wajah kosong.

"Andai kata Mel jumpa dia, Mel nak buat ape?" Soal Abang Danial.

"Mel nak tuntut cerai." Jawabku and terus berlalu pergi. Abang Danish and Abang Danial tergamam. Diorang terus mengekori aku dari belakang.

"No... Walau apapun yang jadi, kita kena pastikan diorang takkan bercerai.. Mikayla perlukan seorang ayah." Ujar Abang Danial kepada Danish.

"Hmm... Aku akan cuba untuk pastikan diorang tak bercerai, tapi... Kalau diorang bercerai jugak, aku akan kahwin dengan Mel..." Ujar Abang Danish.

Pap!

Abang Danial menampar Abang Danish.

"Agak-agak lah." Marah Abang Danial.

"Hahahahah... Biarlah.. Lagipun dari dulu lagi aku suka dia... Tapi last last Mirul jugak yang dapat... Aku bengang lah jugak.. Tapi, hmm... Biar jerlah.." Keluh Abang Danish.

"Kau takyah nak buat gila ea.." Pesan Abang Danial. Abang Danish mengeluh kecil.

"Tapi kann... Comel anak diorang ni... Dia ade lesung pipit, ikut Amirul ni..." Ujar Abang Danial and mencubit lembut pipi gebu Mikayla.

"Kannn... Memang comel Mikayla ni... Kau tak tengok lagi masa dia baru dilahirkan. Comel giler wei..." Ujar Abang Danish and tersengih.

Wajah Abang Danial terus bertukar geram. Dia menarik telinga Abang Danish.

"So selama ni kau dah tahu lah Mel ade kat mane?! Patutlah kau siap beli rumah kat UK... Jahanam kau!!!" Marah Abang Danial.

"Sorr...Sorry bang... Mel yang suruh aku rahsiakan..." Ucap Abang Danish. Mikayla ketawa mengekek.

"Mikayla jahat ea? Ketawakan paklang..." Abang Danish acah-acah merajuk.

"Mikayla dah jadi geng pakngah kan Mikayla?" Soal Abang Danial and melagakan hidungnya dengan hidung Mikayla. Mikayla ketawa mengekek. Abang Danish memuncungkan bibir.

"Wei!! Korang taknak balik ker?! Nak tinggal dekat sini ker?! Mel onzz jer..." Laungku di kereta.

Abang Danish and Abang Danial terus berlari ke arah aku. Aku menggelengkan kepala.