Naura menarik nafas panjang.Hari kedua ia bakal menghadap perangai CEO baru yang amat membenci dirinya.
Naura melabuhkan duduk dan membetulkan tudung yang dipakainya sedikit terlipat..
"Naura Sofea masuk bilik CEO sekarang!" Shiraz meneruskan langkahnya menuju ke bilik pertapaannya.
Naura hanya menurut dengan langkah yang berat ia membontoti Bos baru nya itu.
Shiraz menolak pintu dan brief case dicampak ke atas sofa. Setelah Naura selamat masuk ke dalam bilik mewah itu, Shiraz menutup pintu dan menguncinya.
Tubuh Naura dipeluk dari belakang.
"Apa ni En.Shiraz?" Naura meronta cuba melepaskan diri.
"Call me, Tuan Shiraz" Shiraz membisik ditelinga Naura.
Bau badan Naura dicium penuh ghairah. Naura gelisah, apalah nasibnya sebentar lagi. Naura tidak putus putus berdoa di dalam hatinya agar maruahnya tidak diragut.
"Janganlah Tuan Shiraz" Naura menolak tangan Shiraz yang memelukknya. Air mata mula bertakung, ia sudah tidak tahan dengan Kelakuan Shiraz.
Tubuh Naura dipusing mengadapnya, dagu Naura dipegang.
"Bukan ini ke yang kau nak huh?".
Bibir munggil Naura dipandang, Shiraz menggigit bibir bawahnya. Ia mendekatkan bibirnya hampir saja bertaut tetapi sempat dilarikan Naura ke tepi. Tak sanggup membiarkan sahaja maruah dirinya dipijak pijak.
Shiraz mendengus. Ia memandang tudung Naura yang terlilit indah menutupi mahkota wanitanya.
"Kau pakai ni buat apa?" Jari telunjuknya menunjuk tudung yang dipakainya.
"Nak tunjuk baik ke?"
"Orang macam kau ni, baik telanjang je bitch!"
Shiraz menarik tubuh Naura lalu direbahkan ke perut sofa.
"Kau buka tudung kau sekarang!menyampah pulak aku tengok!"
Air matanya laju menuruni pipi, Naura cuba bangun tapi dihalang Shiraz.
"Jomlah sayang, kita buat baby"
"Nanti aku bayar kau cash eh" Shiraz mengelus lembut wajah Naura.
Naura sudah tidak tahan, ia menolak tubuh Shiraz dan ia berdiri ditepi pintu.
"Kalau Tuan Shiraz nak sangat, sila langgan pelacur! Saya bukan orang macam tu!" Dada Naura berombak kencang menahan amarah.
Shiraz ketawa berdekah dekah.Ia bangun dan merapati tubuh Naura.
Naura mengundur setapak.
"Habis kau apa?"
"Perempuan suci penghuni syurga?" Ketawa Shiraz pecah lagi.
"Ok. Mulai hari ni, aku nak kau kerja dengan aku dalam bilik ni, faham?"
"Tapi Tuan Shiraz kan dah ada PA?"Naura tidak memandang mata Shiraz.
"Aku tak suruh pun kau jadi PA aku.Aku tahu, itu bukan kepakaran kau".
Naura telan air liur.
"Habis, saya buat apa?"
"Buat apa saja yang aku suruh" Shiraz menarik kerusi untuk ia duduk.
"Pergi buatkan aku air milo"Arah Shiraz.
Milo? Muka macam singa tapi minum milo, huh.
"Now bitch!"
Naura keluar dengan marah.Tak pernah lagi dipanggil sebegitu.Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tersayang makhluk ni dulu. Naura mengacau milo di dalam mug laju laju.
"Awal kau buat air? Bukan ke kau dah minum dengan aku ke tadi?" tanya Trisha.
"Bukan untuk aku, untuk bos baru kau tu lah"
"Aik, bukan tu kerja PA dia ke?"
"Ntah, aku pulak disuruhnya. Dah la kena duduk dalam bilik dia"
"Huh? buat apa kat dalam bilik dia?"
"Buat apa yang dia suruh"
"Tak guna punya Izz Shiraz! mentang mentang lah company ni Datuk dia punya, suka hati je buat orang macam hamba dia" marah Trisha.
"Hmm..kalau aku siasat dulu ni syarikat siapa, tak de la kena hadap makhluk tu".
"Sabar je lah Ra, semoga dia berubah jadi baik. Eh, kau tak nak bagitahu ke cerita sebenar pada dia?"
"Belum masanya lagi Sha. Ok lah aku nak hantar air ni"
Naura memulakan langkah tapi sempat ditahan Trisha.
"Ra, kau tak nak letak racun ke dalam air tu? ludah ke? biar padan muka dia"
"Tak nak lah aku. lagi pun Mak aku selalu pesan, buat kerja kena amanah. Jangan buat benda tak elok kat orang. Buatnya dia suruh aku minum? Tak ke naya diri sendiri" Naura senyum.
"Betul juga tu, karang tak pasal pasal kau mati kena racun. Tak memasal jadi tajuk utama berita "Pekerja Mati Terminum Air Yang Diletak Racun"
Terhambur gelak Trisha.
"Hish kau ni, dah lah. Pergi buat kerja,nanti nampak kat bos baru kau tu lagi naya. Aku kena, kau pun kena."
*****
Shiraz menutup fail didepannya, wajah Naura ditenung.
"Kau buat air ke kau buat maksiat?"
Naura memandang wajah Shiraz yang menyinga itu.
"Buat air lah" yang buat maksiat tu kau!Naura mengetap bibir.
Shiraz menghirup air milo yang dimintanya.
Sedap, tapi kau tak layak dapat pujian dari aku!
Prufff!!!
"Air apa ni?? Masin lah!Kau ni reti buat ke tak?"
Masin? Bila pula aku letak garam?
Naura garu kepala.
"Masin ke? Oh lupa nak bagitahu,saya letak sebotol garam dalam air Tuan Shiraz" Naura senyum menyampah.
Oh, kau perli aku?
Shiraz bangun dari duduk dan melangkah ke tempat Naura berdiri.
Naura gelisah. Aku kena lagi lah ni.
"Kau ingat, kelakar ke?" Shiraz berdiri mengadap Naura.
Shiraz memegang wajah Naura tapi ditepis kasar oleh Naura.
Shiraz sakit hati, dia memeluk tubuh Naura.
Naura meronta ronta merayu agar Shiraz melepaskn dirinya.
Pintu office diketuk dari luar. Shiraz melepaskan pelukkan.
Naura urut dada, ia selamat.
Shiraz membenarkan masuk.
"Izz, daddy nak cakap dengan kam sekejap"
"If you don't mind?" En.Mohd Kamil memandang Naura.
Naura menggangguk tanda faham.
Laju saja langkahnya.
Naura tersenyum nakal sambil memandang Shiraz yang berada di depan daddynya.
Shiraz membalas dengan jelingan maut.
Esok masih ada Naura!