webnovel

Terlerai Sebuah Dendam

Naura Sofea seorang pelajar kolej swasta yang sangat cemerlang. Tak sia sia Pak cik Hilmi menaja pelajarannya di situ. Tetapi dia sering dibuli dek kerana kemiskinan. "Hey budak miskin, ni tahun last kau kan. So, aku harap kau berjaya la erkk.. Sebab orang miskin macam kau ni bukan nak belajar sangat.Setakat nak cari jantan kaya kan?"-Inara Naura juga mencintai seorang jejaka yang terpengaruh di kolej itu namun, lelaki itu tidak mengetahui dan tidak mengenalinya. "Sudah sudah lah Naura, kau dengan dia bagai langit dengan bumi"-Trisha Namun, satu tragedi hitam terjadi antara mereka membuatkan Shiraz membenci Naura dan menyimpan dendam padanya. "Kau siapa?? berani kau perangkap aku!dah terdesak sangat ke huh?? dasar perempuan murahan-Izz Shiraz "Aku terpaksa Trisha"-Naura Sofea Lima tahun berlalu, takdir menemukan mereka kembali sesuatu yang tak di jangka membuat hati Naura dilanda gelora taufan yang kuat. Kebencian terus kukuh terpahat dihati Shiraz dan ia masih menyimpan dendam terhadap Naura. "Long time no see... Perempuan murahan!"-Izz Shiraz Air mata Naura memecut laju menuruni pipi mulusnya. "Kalau aku tahu dia lah ceo baru kita, awal awal lagi aku dah letak jawatan!"-Naura Sofea Hanya mampu mengeluh, Naura tidak mampu lari dari seorang Izz Shiraz. Kerana dendam Shiraz mengahwini Naura walau tanpa relanya. "Bapak kau dah terima pinangan aku, so kau jangan memandai nak tolak!"-Izz Shiraz. Naura terpaksa akur berkahwin dengan orang yang dicintainya dan bukan kerana cinta, tapi kerana terpaksa. Nasi telah menjadi bubur, baru lah kebenaran terbongkar. "Kau bodoh Shiraz!Naura yang selamatkan kau!"-Trisha "Kenapa dia nak selamatkan aku?"-Izz Shirraz "Sebab dia betul betul ikhlas cintakan kau!"-Trisha "Tahniah! kerana marahkan orang lain, anak kau mati Shiraz"-Trisha Sudah terlewat untuk Shiraz sesali. Mampukah Naura memaafkan suaminya setelah dia kehilangan insan tersayang?

AniRose · Urban
Not enough ratings
11 Chs

Episode 5

Pagi yang indah buat Naura setelah seminggu ia tidak bertemu dengan

Shiraz.

Setelah perjumpaan Shiraz dengan Daddynya seminggu yang lepas, Shiraz langsung hilang dari radar.

Naura renung bilik CEO. Ketika Tuan Khai masih pegang jawatan, lelaki itu melayannya dengan baik.Tuan Khai selalu bergurau dengannya, selalu menasihatinya dan seorang bos yang sangat baik kepada pekerjanya.

"Kau tengok apa?" bisik Shiraz ditelinga Naura, tubuhnya dibongkok sedikit.

Naura urut dada.Terkejut tiba tiba ada suara yang menegurnya dari sisi.

"Eh dia ni, nak buat aku mati terkejut agaknya" marah Naura di dalam hatinya.

"Tak de tengok apa Tuan Shiraz" Naura teruskan kerjanya yang terhenti dek kerana lamunannya tadi.

"Ke kau rindu kat aku?" Shiraz bangun dan dia sandarkan punggungnya dimeja Naura.

"Maklum lah seminggu aku tak de kat sini. Hmmm...Seronoklah kau kan?" Shiraz menduga Naura.

Naura tidak menjawab. Skrin laptop dipandang serius.

Shiraz memandang Naura. Sekilas dia memandang skrin laptop didepan Naura.

"Eh, Ni siapa suruh kau buat kerja kat sini?"

Bulat mata Naura memandang Shiraz.

"Mentang mentang lah aku tak de sekejap, kau dah lupa apa yang aku bagitahu kau tempoh hari kan?"

"Ikut aku sekarang" Arah Shiraz yang sedang menapak untuk ke ruangannya.

"Jap, Buatkan aku air kopi" sempat berpaling ke arah Naura dan Shiraz meneruskan langkahnya.

"Nasib kau lah Naura" keluhan dilepaskan perlahan.

Naura bangun menuju ke pantry.

Tok! Tok!

Pintu bilik Shiraz diketuk dari luar.

Naura menolak daun pintu lalu masuk menghampiri Shiraz yang setia memandangnya.Tubuh Naura dipandang dengan pandangan nakal. Naura cuba berjalan dengan tenang walaupun dia sudah tidak selesa dengan pandangn gatal Shiraz. Kopi yang baru dibancuh diletakkan di atas meja.

"Ni air Tuan" Naura tunduk.

Shiraz mengangguk.

"Aku nak kau susun fail fail yang tu kat situ"

Naura kerutkan kening. Fail fail di dalam almari yang berada tidak jauh dari bosnya itu dipandang.

"Tapi, fail tu..." Matanya memandang fail yang tersusun.

Shiraz bingkas bangun.

"Tersusun?" Soal Shiraz.

"Senang je"

Shiraz menolak semua fail fail tadi ke bawah.

Naura pejam mata lalu ditundukkan kepalanya ke bawah. Nafasnya dihela perlahan..

Aku kena kutip lah tu.

"Sekarang kau boleh mulakan kerja kau" Shiraz pamer senyum sinis pada Naura.

Naura hanya menurut. Fail yang jatuh dikutip dan diletakkan balik di atas rak.

"Siap"

Shiraz memandang Naura dengan wajah yang tidak puas hati.

Mudah sangat kutip fail jatuh. Shiraz senyum senget. Entah apa lagi lah rancangannya untuk Naura.

"Kau pergi cari makcik cleaner, minta bulu ayam dengan dia dan minta sekali kain pengelap"

"Nak buat apa?" Naura garu selendang yang terlilit dikepalanya.

"Buat kerja lah" Shiraz menyelak fail yang berada di atas meja.

"Tapi bilik ni dah bersih" Naura masih tidak berpuas hati.

Shiraz mengambil pen yang berada di atas meja. Kertas tangannya diteliti.

"Orang suruh buat tu buat je lah.Tak payah banyak soal, boleh?"

Naura mencebik, wajah Shiraz dipandang. Shiraz pula leka dengan kerja. Terukir senyuman manis dibibir Naura. Harini tak de pula gangguan seksual dan kalau boleh biarlah berterusan.

"Kau sengih kenapa? Nak kena cium ke?" Shiraz menandatangani kertas yang dibacanya tadi.

"Aik, tak pandang aku pun dia nampak aku senyum? ke Mamat ni bela saka?" Omel Naura perlahan.

Naura segera mengatur langkah untuk keluar dari bilik Shiraz. Tak mahu pula dia ulangi peristiwa lalu.

Naura memandang Shiraz yang sedang tekun melakukan kerjanya dibalik cermin besar yang menghiasi bilik itu.

Shiraz kelihatan sangat kacak. Apatah lagi bila dia memakai vest berwarna biru gelap dan dipadankan pula dengan kemeja lengan panjang berwarna putih. Rambutnya yang berwarna hitam disikat rapi dan raup wajahnya yang tampan tanpa sedikit pun cela yang terlihat.Tambahan kulitnya pula berwarna kuning langsat membuatkan Jantung Naura berdegup kencang. Inilah wajah yang dirinduinya.Tidak pernah dia menyangka yang dia akan menatap lagi wajah itu. Lagi dekat dari dulu. Kalau dahulu dia hanya mampu memandang dari jauh.

Hatinya tertanya tanya apa status Inara pada Shiraz sekarang Sudah lama dia tidak bertemu dengan wanita itu selepas kejadian hitam menimpa dirinya dan Shiraz.

Naura memulakan kembali langkah apabila Shiraz memandang dirinya yang sedang berdiri disisi cermin jernih dari arah luar.

*****

Sudah hampir satu bilik dilap Naura. Naura melabuhkan punggung di atas sofa untuk berehat sebentar. Cuma satu tempat belum dia lap, meja Shiraz.

"Amboi, relax nampak?Bila masa pula aku suruh kau duduk?" Shiraz mengetuk ngetuk meja dengan sebatang pen yang berada dijarinya.

Naura jelingkan mata ke atas lantas dia segera bangun menuju ke meja Shiraz.

Rasa tidak selesa apabila berdekatan dengan bos baharunya itu.

Bila tubuh Naura berada tepat disisinya, Shiraz tiba tiba memeluk Naura menarik gadis itu ke pangkuannya.

Naura terjerit kecil. Dia cuba meronta tapi Shiraz memeluk tubuhnya lebih erat. Tiba tiba...

Klikk!

"What?" Terlopong mulut Trisha mendengar cerita Naura.

"Macam mana dia boleh yakin gambar dia ambil tu tak senget benget?" Trisha mengunyah buah epal.

"Masalahnya dia siap tunjuk lagi kat aku gambar yang dia ambil. Memang gambar tu cantik elok je dia peluk aku sambil tersenyum. Eee.." Naura menggenggam jari jemarinya lalu dia menghempaskan jarinya ke atas meja.

"Berani betul dia peluk kau!" Trisha mendengus geram.

"Mesti dia tengah gosok pipi dia sekarang ni" Naura tersenyum gembira.

Trisha angkat kening. Pelik dengan kata kata kawan baiknya itu.

"Kenapa dia gosok pipi?" Trisha memandang wajah Naura dengan penuh tanda tanya.

Naura memandang siling pejabatnya. Bibirnya masih mekar dengan senyuman.

Flash back.....

Naura bangun dari duduk atas paha Shiraz lalu menghadiahkan lelaki itu penampar sulung.

Shiraz hanya diam, terkejut dengan tindakan Naura.

"Tuan jangan melampau boleh tak?" Naura melepaskan amarahnya kepada majikannya.

"Jangan buat saya ni seperti perempuan murah" Tambah Naura lagi.

Shiraz tersenyum sinis. Pipi nya yang terasa pedih digosok perlahan.

"Memang kau ni 'slut' pun. Acah suci. Pakai tudung konon, padahal kat luar telanjang" Shiraz mendengus.

"Tuan jangan cakap ikut sedap mulut ek, saya tak pernah lagi tunjuk aurat saya kat lelaki"

Shiraz gelak.

Wajah Naura dipandang lama.

"Kau kan anak orang miskin,sudah semestinya lelaki kaya menjadi sasaran kau, kan?"

Naura cuba bertenang.Kata kata Shiraz membakar sekeping hatinya.

"Sudah berapa ramai jantan yang tidur dengan kau kan?"

Pertanyaan Shiraz membuatkan dada Naura berombak kencang. Satu lagi tamparan singgah dipipi Shiraz.

Pap!!!

Makin bertambah pedih terasa namun Shiraz hanya berdiam diri. Naura segera keluar dari bilik itu dengan beribu perasaan. Kalau boleh hari tu juga dia hendak meletak jawatan.

Trisha tergelak besar.

"Ha, rasakan. Padam muka Mamat  poyo tu.Tapi kan Ra, aku rasa dia bukan bad guy lah" Trisha mengunyah baki buah epal yang masih tersisa.

"Mana kau tahu bukan?" Naura mengetuk papan kekunci laptop dihadapannya.

"Aku pernah tanya pada member aku,dia cakap Shiraz ni tak de rekod buruk. Mungkin dia just nak balas dendam" Trisha memandang mata Naura sambil menggigit bibir bawahnya.

Harap readers sukalah bab ni.jangan lupa vote dan komen,tq.??