"Kroih, kroih~" Bersama dengan kepompong yang sedang bergoncang, suara dengkuran Senior Putih menjadi lebih kuat.
Tadi, semasa Song Shuhang mencari mati dan menggoncang kepompong itu, dia sebenarnya telah membuatkan Senior Putih tidur dengan lebih nyenyak. Oleh itu, Senior putih Dua telah membuatkan Wanita Bawang melakukan perkara yang sama.
Sepuluh minit telah pun berlalu selepas Wanita Bawang mengangkat kepompong besar itu dan mual manghayunkannya, sama seperti dia sedang mengalami sawan.
Adegan ini terlalu cantik.
"Kenapa saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan situasi ini..." Wanita Bawang bergumam sendirian.
Hanya dengan cara ini, Wanita Bawang menggoncangkan kepompong itu selama lebih kurang satu jam.
Setelah itu, tubuhnya menjadi partikel cahaya, hilang daripada dunia teratai hitam yang gelap itu.
Ini adalah kemahiran teleportasi. Senior Putih Dua telah terus menteleportasikan Wanita Bawang.
❄️❄️❄️
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com