Setelah dia menekan nombor 2, satu pancaran cahaya memancar daripada telefon Song Shuhang. Selepas berhenti di udara sekejap, pancaran tersebut segera berubah menjadi projeksi 3D Putih Yang Mulia.
"Eh? Awak, Shuhang. Oh ya. Hari ini hari Isnin. Rakan Dao Lelaki Pedang Lengkung Buddha Mulia, hello! Ada apa-apa yang awak perlukan dari saya?" tanya projeksi Putih Yang Mulia.
Song Shuhang menjerit, "Teknologi Hitam!"
"Ia bukanlah Teknologi Hitam. Ini adalah gabungan teknik ciptaan klon dan ciptaan projeksi. Ia sama saja dengan panggilan video. Ia bukannya serumit yang awak bayangkan." Putih Yang Mulia memberi isyarat menggunakan tangannya dan menambah, "bagaimanapun, klon ilusi ini boleh digunakan untuk waktu yang terhad sahaja. Jadi, jika awak ada sesuatu yang nak dikatakan, katakan cepat."
Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com