webnovel

"Mari…"

Terdapat tangan yang menutup mulutnya ketika dia mahu mula bercakap.

Pegawai itu mula meronta-ronta.

Suara yang dingin itu berbisik di telinganya, "Aku akan bertenang dan cuba berbual jika aku jadi kau."

"Jika aku ingin membunuh kau, kau dah mati sekarang ini. Jangan harapkan pengawal untuk datang membantu kerana reaksi mereka sangat lambat. Aku boleh bunuh kau sebelum kau habis memanggil mereka… 100 kali sekalipun."

"Boleh aku lepaskan mulut kau sekarang?"

Marvin bertanya dengan nada jenaka.

Pegawai yang boroi itu berpeluh teruk.

Bang!

Marvin dengan mudah membelah permata tulen berwarna putih yang dikeluarkan dari poket pegawai itu. Permata itu jatuh ke bawah sambil berbunyi.

"Jangan cuba untuk menjadi pandai." Marvin memberi amaran, "Ini peluang terakhir kau."

"Duduk!"

Kaki pegawai itu terus menjadi lemah dan dia duduk di kerusi itu.

Marvin mengangkat permata itu dan meletakkan di poketnya. Ini tangkal permata yang dibuat oleh Gereja Silver. Ia dapat meningkatkan cahaya divine untuk melindungi pengguna. Pegawai itu tidak bodoh tetapi sayang, pemikiran Marvin lebih pantas.

"Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng… Itu kau ke?!"

Pegawai itu dapat melihat dengan jelas identiti samaran Marvin dan kemudian semakin takut, "Apa yang kau mahu?"

"Aku ada urusan penting untuk berbincang dengan kau."

Marvin duduk, teguh seperti gunung dan tidak risau jika pihak satu lagi mempunyai muslihat lain.

Sebenarnya, dia telah memeriksa badan pegawai tersebut ketika berada dekat dengannya dan mendapati selain dari permata tersebut, pegawai itu tidak memiliki item istimewa lain.

"Urusan apa?" Pegawai itu bertanya dengan marah.

Bang!

Satu beg yang penuh berisi permata jatuh menghentam meja. Pegawai itu melihat tenang dan dengan lemah berkata, "Amaun ini tidak cukup buat aku."

Marvin mengangguk, "Encik Miro ialah pegawai pangkat tinggi di Majlis Perbandaran, amaun sebanyak ini memang engkau pandang sebelah mata."

"Tetapi bagaimana pula dengan ini?"

Dia meletakkan dengan perlahan patung comel di sebelah beg yang dipenuhi permata itu.

Muka Miro mula berubah menjadi pucat.

"Apa yang kau dah lakukan kepada Jenny!"

"Bangsat! Aku akan bunuh kau!"

Dia seperti sudah hilang akal.

Patung itu pemberian dia kepada anak perempuannya untuk meraikan hari lahir, tetapi sekarang ia muncul di tangan Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng!

Niat pihak itu sangat jelas. Ini satu penculikan!

Anaknya di tangan orang itu!

"Celaka, adakah semua pengawal itu makan gaji buta?"

"Dan terdapat juga pengawal peribadi yang bersumpah dirinya mempunyai kekuatan pangkat ke-2 tinggi dan kata dia mampu menjaga keselamatan Jenny!"

Hati Miro penuh dengan perasaan marah. Jika bukan disebabkan dia masih ada lagi sedikit kewarasan, dia sanggup menggadaikan nyawa untuk berhadapan dengan lelaki bertopeng ini.

Keadaan senyap seketika.

"Sudah tenang?" Marvin berkata, "Sekarang boleh kita teruskan perbincangan urusan kita?"

"Engkau telah menculik, ini satu ugutan, apa kata kita membuat perbincangan urusan." Miro berkata dengan dingin.

"Itu tidak penting, lagipun Encik Miro mahir dalam urusan sebegini."

Marvin melihat mata pegawai itu dan semestinya ternampak dia rasa tidak berapa selesa.

Berada di posisi itu untuk sekian lama, mestilah dia mempunyai kaitan dengan perniagaan tidak bersih? Dia mempunyai pegangan sebanyak satu per tiga dari perdagangan hamba! Untuk penculikan dan pembunuhan, itu perkara yang biasa.

Tetapi dia tidak menjangka seseorang mempunyai niat seperti itu terhadapnya.

Sebenarya, bukan kedua-dua pengawal peribadi pangkat dua itu tidak berguna tetapi pengikut Marvin yang merupakan dua orang pembunuh hendap bayang itu yang terlalu hebat. Mereka terus membelasah pengawal dan menculik budak perempuan itu.

Marvin tidak merancang untuk mengapakan budak perempuan itu sebaliknya hanya dijadikan sebagai catur dalam proses perbincangan, tidak lebih dari itu.

Dan nampaknya budak perempuan ini sangat penting bagi Miro.

"Cakap, berapa banyak yang engkau mahukan?"

"Aku dengar kau pembunuh upahan? Berapa pihak sana bayar? Aku akan bayar 2 kali ganda. Bagi aku Jenny balik cepat."

Miro berkata dengan laju.

"Cik Jenny boleh kembali ke rumah dengan selamat."

"Jikalau kau boleh melakukan perkara yang aku suruh ini."

Marvin menyerahkan sampul surat kepara Miro.

"Aku tidak ingin timbulkan masalah lain malam ini, jika tiada sebarang isu, Cik Jenny akan pulang esok."

"Oh lupa pula… Sebab kau tidak berminat dengan beg berisi permata itu, aku ambil balik."

Marvin mengambil beg berisi permata dan pusing ke belakang berlalu pergi.

Orang suruhan masuk dan bertanya dengan nada terkejut, "Tuan, orang itu…"

Miro menahan kemaharan, "Dia kawan aku."

Dia menyuruh orang suruhan itu keluar, selepas itu membuka dan membaca surat it. Muka dia berubah selepas habis membaca.

Sebelum matahari terbenam, di dataran kawasan orang kaya, terdapat beberapa orang bermundar mandir di dalam kegelapan.

"Semua muka tidak dikenali."

Seorang kesatria yang tinggi berkata dengan suara perlahan. "Perhatian, tidak patut ada sebarang masalah timbul di kawasan orang kaya ini."

Pengikut yang lain semua mengangguk.

Kesatria ini memakai [Cahaya Perak], yang merupakan penunjuk identiti bagi kelas istimewa pangkat ke-2 [Kesatria Perak]. Sebagai ketua peronda, deria bau dia amat tajam.

10 orang rakyat biasa berkumpul di situ. Rasa ada sesuatu yang tidak kena.

Kawasan orang kaya ini di bawah bidang kuasa dia dan dia tidak mahu sebarang masalah timbul.

Tetapi pada masa itu, suara kuda menghampiri kedengaran dari kawasan yang tidak berapa jauh.

"Sir Fred, Ini waran dari Sir Miro!"

Itu kesatria berkuda ringan yang membawa waran dari orang paling penting di Majlis Perbandaran.

Fred mengambil waran tersebut dan mukanya berubah, "Adakah ini serius?"

Kesatria berkuda ringan itu tidak membalas, hanya berkata dengan tegas, "Ini keputusan Sir Miro."

Fred mengetap gigi dan mengumpulkan kesemua anak buahnya sebelum beredar pergi ke kawasan pelabuhan.

Waran yang terdapat di tangan Fred menyatakan mereka terjumpa maklumat mengenai pengikut ajaran Dewa Iblis yang melakukan sesuatu aktiviti di kawasan pelabuhan.

Dia segera mengarahkan kesemua peronda untuk mencari di sekitar kawasan pelabuhan.

Dia mesti menangkap semua pengikut ajaran dewa iblis atau kesannya lebih buruk.

Jika dibandingkan dengan pengikut ajaran dewa iblis, ahli kumpulan yang mencurigakan itu seperti tin kosong sahaja. Oleh itu, jika ada apa-apa masalah, masih ada Sir Miro di sini.

Peronda itu berlalu pergi.

Beberapa orang pemuda di hujung kawasan orang kaya menunjukkan muka terkejut.

"Andre, mereka tinggalkan kawasan mereka membuat kawalan."

"Apa yang sudah terjadi?"

Mereka berada di dalam bentuk bulatan mengelilingi leaki tinggi itu dengan perasaan ingin tahu.

Mereka semua sangat muda tetapi kebolehan mereka bagus. Anna sendiri yang memilih mereka yang berbakat dari keluarga petani di Lembah White River.

Terdapat 20 pengawal pemuda yang menjaga dan membuat rondaan di Lembah White River. Tetapi mereka masih tidak dapat lagi menghadapi beratus-ratus serangan gnoll dan hanya mampu melindungi penduduk sambil berundur atas arahan dari Anna.

"Aku tidak tahu, mungkin ini rancangan Anna." Andre menggaru kepala, "Kita hanya perlu mengikut arahan Anna sahaja."

"Aku dengan Sir Lord telah diserang...Siapa yang kita kena hadapi?" Budak lelaki yang kecil dan kurus mencelah. "Ini kali pertama aku datang ke Bandar River Shore, besar betul kawasan ini, jika tidak kerana Sanders yang mengetuai, kita semua pasti sudah sesat."

"Sesiapa dalang di sebalik serangan ke atas Sir Lord, aku akan pastikan dia akan terima padah sepenuhnya atas perbuatannya."

Ketika ini, suara yang merdu kedengaran dari belakang mereka.

"Bagaimana dengan kau?"

Anna separuh-elf itu keluar dari bayang, sambil merenung tajam.

Kesemua dua puluh pengawal itu terus bersedia dan berkata, "Kami bersedia untuk berada di belakang Sir Lord dan Anna!"

Anna mengangguk tanda berpuas hati. Tiada apa yang perlu diragukan dengan kesetiaan mereka semua. Mereka membesar di Lembah White River dan mempunyai semangat cintakan wilayah mereka yang tinggi.

"Sir Lord sudah merancang kesemuanya, dan dia mempunyai cara untuk mendapatkan kembali wilayahnya," Anna berkata dengan tenang, "Tetapi sebelum itu, kita perlu membalas dendam dahulu. Aku telah menyiasat sepanjang aku berada di Bandar River Shore, dan mendapati kematian mengejut Lord tua itu dirancang!"

"Apa?!"

Andre terus melompat!

Kesemua pengawal dan Lord tua mempunyai hubungan yang sangat baik. Andre sendiri anak yatim piatu yang Lord tua mengambil dia dan menjadikan sebagai anak angkat.

Mereka seperti tidak percaya yang Lord tua yang baik hati itu sebenarnya dibunuh!

"Siapa dia?" Pengawal yang muda itu bertanya dengan tergesa-gesa.

Pada ketika itu, suara garau kedengaran dari lorong tidak jauh dari situ.

"Orang Kaya Miller."

Mereka semua melihat kepada pemilik suara tersebut dan terlihat kelibat berdiri di lorong itu.

"Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng!?" Andre berkata dengan terkejut.

"Malam ini kamu semua akan mengikut aku untuk membunuh orang yang sanggup membunuh abang kandung sendiri." Marvin berkata sambil berpura dingin di sebalik topeng tersebut.

"Jangan risau, Lord kamu telah membayar aku secukupnya. Aku berada di pihak kamu semua."