webnovel

Segala-galanya sungguh gelap gelita di dunia terkunci abadi ini.

Eve rasa dirinya seperti lemas dan kehilangan semua kebolehan untuk menentang!

Dia merupakan Legenda yang hebat dan juga terkenal.

Tetapi Marvin tahu kelemahan maut yang ada pada Valkyrie yang hebat!

Kebanyakan kuasa dia datang dari Tiga Pedang Suci.

Tiga Pedang Suci itu bukan setakat senjata sahaja kepada Eve tetapi boleh dikatakan ia merupakan sebahagian dari tubuhnya.

Dia berada dalam keadaan paling lemah apabila terpisah dengan Pedang Sucinya!

Oleh itu Marvin telah terfikir tentang rancangan ini sejak dari mula.

Marvin sengaja mendedahkan lokasinya selepas meninggalkan Menara Pearl dan selepas itu dipintas oleh tiga orang dari Utara tersebut.

Tetapi mereka tidak tahu orang yang mereka pintas itu ialah avatar Marvin sahaja!

[True Shadow]!

Marvin mengalami perubahan kuasa dari segi kualiti lagi selepas kelas Pemerintah Malam mencapai level 5.

Capítulo Bloqueado

Apoya a tus autores y traductores favoritos en webnovel.com