"Waaaaaaah....."
Hari sudah menjelang petang dihiasi burung-burung yang berterbangan pulang ke sarangnya. Cahaya oren matahari yang menyinari langit mengenai wajah lelaki di sebelahku, Saoto. Aku memandang wajah Saoto yang tersenyum memandangku kembali. Entah mengapa hatiku begitu tenang memandang wajahnya yang tersenyum. Lamunanku seketika terhenti sebaik sahaja dia memelukku erat di sebelahnya.
"Sei, jom kita balik ke rumah kita"
Saoto memandang aku dengan penuh senyuman di wajahnya sebelum mengusap perlahan kepalaku. Walaupun aku agak malu apabila aku mendengar kata 'kita', namun aku tidak membencinya. Aku menyandarkan kepalaku di lengannya sambil berkata dengan perlahan,
"J-jom"
Seketika, sebuah lingkaran sihir terukir di tanah selepas dirapal oleh Saoto sebelum pandangan kami berubah dan kini tiba di hadapan sebuah istana ala-ala abad pertengahan yang gah. Aku seketika terpegun sebaik sahaja melihat tempat yang akan aku tinggali bersama Saoto mulai kini. Lamunanku tersentak sebaik sahaja Saoto menarik tanganku erat untuk mengikutinya.
"Sei, jom masuk"
Saoto tersenyum memandangku sambil menarik tanganku untuk mengikutinya. Aku membalas semula senyumannya sebelum perlahan mengikuti langkah kakinya. Aku memandang perkarangan istana yang dihiasi pelbagai jenis tanaman dan malah ada taman mini berserta air pancur di tengahnya. Kami melangkah dan terus melangkah sebelum akhirnya tiba di sebuah pintu besar untuk memasuki bangunan istana. Tepat di depan pintu, seseorang yang tidak asing lagi menyambut kami dalam keadaan yang termengah-mengah seperti sedang kepenatan.
"Se-selamat p-pulang, Mahou dan Mahou Saoto..." (Penat)
"Aik, ngaku pernah jadi pelayan utama. Baru macam ni je dah penat?"
Saoto bertanya sebaik sahaja melihat Nita yang kepenatan di muka pintu itu. Nita kemudian memandang wajah Saoto sebelum menyatakan kekesalannya akan sesuatu.
"SI-SIAPA YANG T-TAK PENAT?!! N-NITA CARI MERATA TEMPAT PELAYAN TUA TU TAPI TAK JUMPA-JUMPA" (Geram)
Saoto terdiam seketika seperti sedang mengingat akan sesuatu. Dia berfikir sejenak sebelum kembali memandang wajah Nita setelah mengingat sesuatu.
"Aah... Pelayan yang lain semuanya masih tengah ambil cuti. Pelayan yang ada sekarang ni lah pelayan yang paling tua tu je. Macam mana boleh tak jumpa?"
Nita mengepalkan tangannya sambil urat-urat timbul di wajahnya. Seketika dia menjerit sambil memandang tepat wajah lelaki di hadapannya.
"M-MANA ADA PELAYAN TUA KAT SINI?!! YANG ADA PELAYAN MUDA YANG RUPANYA CANTIK NI ADA LA?!!"
Seseorang muncul di balik pintu sebaik sahaja Nita menunjukkan jarinya ke arahnya. Seorang wanita yang kelihatan muda dan mengenakan pakaian pelayan berdiri di balik pintu yang sedikit terbuka sebelum dibuka lebar olehnya.
"Salamat pulang, Mahou Saoto, Mahou Seinarin"
Wanita itu membongkokkan wajahnya sebagai tanda hormat sebaik sahaja melihat kami. Seketika matanya menjelang ke arah Nita yang masih tercengang. Nita yang perasan bahawa dirinya ditatap tajam terus membongkokkan badannya sekali lagi.
"A-anu... Tak mengapa"
Aku menegur pelayan di hadapanku itu untuk memberitahunya untuk berhenti. Itu kerana sekilas aku mengasihani Nita yang mengeluarkan peluh yang banyak di wajahnya sebaik sahaja dijeling tadi. Wanita itu kembali bangun sebelum memperkenalkan dirinya semula.
"Mahou Seinarin boleh panggil saya Ena. Saya merupakan ketua pelayan di istana ini. Kalau ada sebarang masalah boleh langsung berjumpa dengan saya"
Aku mengangguk mendengarnya sambil memandang sesuatu yang aneh padanya. Telinganya yang runcing tidak seperti orang pada umumnya. Seketika, Saoto memandang kembali wajah Nita di sebelahnya sambil berkata,
"Inilah pelayan yang paling tuanya. Apa la susahnya"
Seketika Nita kembali memandang Saoto dan meneriakkan dengan geram.
"C-CELAH MANA TUANYA?!! MUKA DIA LAWA JE" (Geram)
Nita membentak sambil mengepalkan kedua-dua belah tangannya di bawah. Saoto menghembuskan nafas berat dan menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum kembali menyambung...
"Ah patut lah... Yang aku masksudkan tua tu dari segi umur bukan rupa... Aku panggil Obaa-San sebab dari kecil aku dah dijaga oleh dia yang merupakan seorang Elf yang dah lama berkhidmat di sini"
"O-oh... T-tu ke maksudnya..." (Tersengih)
Nita tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aku turut terkejut sebaik sahaja penjelasan Saoto. Rupanya wanita di hadapanku ini merupakan bangsa elf yang terkenal mempunyai jangka hidup yang panjang. Walaupun kedengaran biasa, umur yang panjang itu membolehkan seseorang berada di puncak dunia dalam bidang apapun termasuk sihir. Mereka yang mempunyai masa hidup yang panjang bukan sahaja dapat banyak mempelajari sihir malah boleh menguasai bahkan mengembangkan potensi sesuatu sihir sehingga tidak dapat ditandingi dengan mudah oleh sesiapapun. Aku seketika mengangguk faham mengapa Nita kelihatan gementar sebaik sahaja dijeling olehnya.
"N-Nita-San... Apa maksudnya tu..." ( Mad )
"EEK?!!"
Wanita itu memandang tepat wajah Nita yang berdiri di sebelahnya dengan senyuman yang bertujuan untuk mengancam lawan bicaranya. Nita terkejut sebaik sahaja memandangnya seakan memberitahu bahawa riwayat hidupnya tidak lama lagi.
"EEK?!!"
"Mahou... Tolong Nita..." (Hampir menangis)
Nita memandangku meminta tolong melepaskannya dari situasi itu. Aku menggelengkan kepala sambil memandang tepat wajahnya. Meskipun aku berbalik hati untuk menolong, aku tidak mahu mencampuri kerana Nita sendiri yang Salah faham. Seketika bergenang air mata di kedua belah matanya sebelum dia kembali memandang wajah wanita di sebelahnya.
"Nampaknya banyak tatatertib sebagai pelayan yang perlu Ena ajarkan yer..."
"Eek?!!"
Nita terkejut sebaik sahaja mendengar Ena yang berkata dengan nada geram. Aku dan Saoto hanya tersenyum melihat gelagat bawahan kami yang satu ini. Seketika, Nita kembali memandangku sebelum membongkokkan badannya memberi hormat padaku.
"M-Maaf Mahou Seinarin. Mulai hari ini, Nita akan bertugas sebagai pelayan utama Mahou. Kalau Mahou ada sebarang masalah boleh langsung panggil saya"
Aku terkejut mendengar perkataan Nita. Aku lantas menghampirinya lalu mengusap lembut kepalanya. Walaupun semuanya tak seperti yang dia harapkan, setidaknya dia masih dapat apa yang dia inginkan iaitu menjadi pelayan peribadiku. Nita yang terkejut lantas memandang tepat wajahku sebelum aku membalas semula senyumannya sambil mengangguk perlahan.
"T-Terima kasih, Nita-San"
Nita memandangku sambil menitiskan air mata terharu. Aku tetap senyum memandang wajahnya sebelum dikejutkan oleh Saoto yang tiba-tiba memeluk erat bahuku.
"Nita, tolong arahkan Sei untuk mandi dan bersiap-siap untuk masuk tidur. Saoto ada perkara yang perlu dikerjakan"
Aku memandang lelaki di sebelahku dengan riak wajah terkejut. Saoto memandangku kembali sambil tersenyum sebelum perlahan mencium kepalaku dan mengusapnya lembut. Entah mengapa aku rasa sebak sebaik sahaja aku mendengar bahawa lelaki di sebelahku ini akan pergi meninggalkanku untuk suatu urusan meskipun aku mengetahui posisinya yang penting di Miltia sebagai Raja Iblis Agung. Namun, hatiku kembali tenang apabila kepalaku dicium olehnya yang seakan mengetahui perasaanku. Pipiku lantas memerah sebaik sahaja tahu bahawa Saoto mengetahui aku akan berasa sedikit kesepian setelah pemergiannya.
"Tak mengapa, Sei. Esok jumpa Saoto kat bilik kalau Sei nak dibelai lagi seperti ini"
Saoto menyakatku sambil tersenyum memandangku. Aku yang seketika malu langsung menekup kedua belah pipiku yang memerah dengan pantas dan terus mengalihkan pandanganku. Walaupun malu dengan apa yang dikatakannya, aku tak menafikan bahawa kebelakangan ini aku sangat ketagih untuk dibelai olehnya.
("Adakah hati aku betul-betul dah bersedia nak jadi kekasihnya...") (Merenung)
Seketika, tanganku ditarik oleh Saoto dan aku dikejutkan apabila dia mencium pipiku. Saoto kemudian mundur dan melambaikan tangannya ke arahku sebelum sebuah lingkaran sihir bernyala dan dirinya menghilang dari pandangan mataku.
"Sei jaga diri"
Saoto menghilang dari pandangan mataku. Aku yang masih kebingungan dikejutkan sebaik sahaja Nita melompat dan memeluk erat tubuhku.
"Mahou, jom sini Nita mandikan-"
Aku lantas menolak tubuhnya menjauhiku sambil menggelengkan kepalaku untuk menolak tawarannya.
"T-tak apa... S-Sei boleh mandi sendiri..." (Panik)
Wajah Nita langsung berair sebaik sahaja mendengar aku menolak permintaannya. Walaupun dia sangat menginginkannya, aku terpaksa menolaknya dengan baik kerana walaupun berpenampilan begini aku tak yakin aku mampu menahan diriku nanti. Ditambah lagi suasana di tempat pemandian yang berpakaian terbuka juga sebenarnya turut membuatkan aku sedikit malu apabila lekukan tubuhku dapat dilihat dengan jelas oleh orang lain.
("Sebenarnya aku juga risau kalau-kalau tiba-tiba hasrat kejantananku keluar sebaik sahaja disogokkan pemandangan sebegitu. Mahu aku berubah jadi lelaki semula nanti waktu mandi...") (Termenung)
Aku membayangkan apa yang sebenarnya membuatku risau. Seorang lelaki yang turut mandi bersama wanita di sebuah tempat pemandian tanpa mengenakan sebarang pakaian. Jika aku duduk di bandar biasa, aku mungkin akan ditangkap dan diheret ke dalam penjara kerana dituduh berbuat benda yang tak senonoh. Namun, lamunanku terhenti sebaik sahaja belakang badanku dipegang erat dan ditolak oleh satu lagi pelayan di sebelahnya tadi, Ena.
"T-tapi E-Ena-San... K-kalau ada apa- apa jadi nanti..." (Panik)
"T-A-K B-O-L-E-H... Ini memang tanggungjawab seorang pelayan"
Ena memandang wajahku dengan wajah yang tegas. Aku yang panik menggoyang-goyangkan kedua belah tanganku untuk menjelaskan alasanku kepadanya namun terhenti sebaik sahaja tatapan tajamnya ditujukan kepadaku.
"Kalau Mahou Seinarin nak lawan Ena, Mahou boleh cuba. Namun dengan kemampuan Mahou sekarang ini, Mahou takkan dapat menyentuh apalagi-"
Aku menutup mulut wanita di hadapanku itu dengan pantas. Aku tak sangka kesalahfahaman kecil ini boleh menjadi sebesar ini. Aku akhirnya mengangguk-angguk perlahan menerima takdirku.
"B-baik... Sei akan mandi s-sama-sama"
Aku seketika dikejutkan oleh Nita yang hanya memerhatikanku dari tadi melompat dan memeluk erat tubuhku penuh kegirangan. Aku seketika bahagia lalu mengusap kepalanya perlahan mengetahui bahawa wanita di hadapanku ini sangat menginginkan aku untuk bersama dengannya. Entah mengapa jauh di lubuk hatiku sangat tenang sebaik sahaja dipeluk erat oleh tubuhnya. Aku lantas menarik kedua belah pipi wanita di hadapanku ini kerana kami terus berada dalam postur yang sama dalam masa yang lama.
"Oi Nita-San, cepatlah tunjukkan jalan... Sudah la dramanya"
"Eek?!!"
Nita mengusap-usap pipinya yang kemerahan sebelum kembali tersenyum memandangku. Tangan yang dihulurkannya disambut baik olehku untuk dituntun. Kami bersembang-sembang sambil melangkah menuju ke ruang pemandian istana.
----------------------------------------------------------
Seorang utusan menghampiri sebuah singgahsana besar yang terduduk di atasnya seorang sosok yang mengenakan sepasang jubah yang sebahagiannya terlihat oleh cahaya bulan. Dalam keadaan yang terburu-buru, utusan itu menunduk memberikanna hormat sebelum melaporkan sesuatu kepadanya.
"Para penyihir yang dikerahkan di Miltia ditemui tewas sebaik sahaja memasuki daerahnya. Bagaimanapun, kami tidak melihat mayat Pahlawan Mona di sana"
Seketika sosok itu memegang kepalanya ketawa berdekah-dekah sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan kepadanya. Sosok itu kemudian membetulkan semula badannya sebelum mengambil gelas di sebelahnya lalu meminumnya.
"Saoto, Saoto... Rupanya kau lebih hebat dari yang aku sangkakan..."
Sosok itu kemudian berdiri dan perlahan-lahan menuruni singgahsananya sebelum akhirnya berhenti di hadapan sebuah jendela yang besar. Sambil memandang bulan, dia berkata kepada utusan yang ada di belakangnya,
"Aturkan perjumpaan dengan Raja Iblis Ilia dan wakil pahlawan The Kingdom"
Utusan itu menundukkan dirinya sebagai tanda hormat sebelum berkata dengan lantang,
"Baik"
Utusan itu kembali bangun meninggalkan ruangan itu meninggalkan sosok berjubah itu menatapi pemandangan langit malam yang diterangi oleh Sang Bulan sendirian. Seketika, sekeping wang emas yang berlubang di tengahnya dikeluarkan untuk meneropong Sang Bulan.
"Saoto... Itukah kamu?"
Senyuman sinis terpancar dari wajahnya yang mengenai cahaya sang bulan.
----------------------------------------------------------
Udara hangat memenuhi segenap ruangan pemandian. Walaupun istananya kelihatan kuno dan klasik, tidak disangka terdapat sebuah pemandian air panas yang besar di dalamnya. Air yang hangat dengan pemandangan klasik di sini dijamin akan menenangkan setiap orang yang berendam.
Kecuali aku.
Aku duduk berendam di dalam kolam air panas itu sambil menghadap dinding dengan hati yang tidak keruan. Mana taknya. Pemandangan di belakangku ini merupakan syurga dunia bagi naluri kejantananku. Aku terus menatap dinding tanpa memperdulikan sosok di belakangku. Dalam masa yang sama, aku terus memegang pipiku supaya aku tetap tenang dan tidak terbawa suasana yang sangat 'berbahaya' di sini bagi seorang lelaki.
("Hangatnya-") (Mengelamun)
Aku menjerit terkejut sebaik sahaja dadaku diraba oleh orang di belakangku.
"EEP?!! ENA?!!"
Aku terkejut melihat Ena di belakangku sambil terus berusaha melepaskan genggaman tangannya daripada terus memegang dadaku.
"Mahou Seinarin, Ena sudah selesaikan tugas Ena. Jadi, tanggungjawab Ena sekarang adalah untuk memandikan Mahou"
Walaupun aku memahami tugasnya sebagai seorang pelayan, namun siapa yang tidak terkejut sebaik jika ditegur sebegini. Orang kebiasaannya menegur dengan menepuk belakang, menyentuh bahu atau menyapa bukan dengan menyentuh dada secara tiba-tiba.
"E-ENA... LE-LEPASKAN!!!" (Panik)
Aku terus meronta-ronta agar pegangan Ena terlepas dari dadaku. Namun, usahaku sia-sia kerana dia tetap memegangnya dengan erat. Entah mengapa suatu perasaan aneh muncul di balik sentuhannya itu menyebabkan suaraku sedikit bergetar. Aku terus meronta-ronta agar tangannya dilepaskan.
"ENA... HE-HENTIKA-"
"Ena nampak Mahou termenung je tadi sambil memegang pipi Mahou yang dicium oleh Saoto-Sama. Mahou rindukannya ke?"
Aku terdiam sebaik sahaja mendengar soalan yang diajukan oleh Ena. Seketika pipiku memerah sebaik sahaja sedar bahawa aku diperhatikan dari tadi. Penuh dengan perasaan malu, aku terus merendamkan sebahagian kepalaku di dalam air panas agar pipiku tidak dapat dilihat oleh sesiapa.
"Mahou, jangan risau... Saoto-Sama orang yang baik. Saoto-Sama takkan pernah berbuat begitu"
Ena melepaskan genggamannya sambil menerangkan kepadaku. Aku pula terdiam sebaik sahaja mendengar penjelasan Ena. Namun, jauh dilubuk hatiku sangat tenang apabila mengetahui perkara itu. Aku memandang kembali Ena dengan pandangan hairan.
"Ena-San, kenapa Saoto beri pelayan yang lain cuti sedangkan Ena tak?"
Aku bertanya dengan penuh rasa ingin tahu. Walaupun kedengarannya seperti aku sangat berharap Ena tidak ada di sini ketika ini, aku sebenarnya ingin tahu alasan Ena tidak diberi cuti oleh Saoto. Aku tahu dia seorang yang baik tapi tak mungkin dia berniat nak menyusahkan Ena, pelayan yang telah menjaga dia dari kecil. Aku terus menatap Ena yang terdiam seperti memikirkan sesuatu. Seketika badanku ditarik keluar daripada air dan dipeluk erat olehnya.
" Saoto-Sama seorang Raja Iblis yang baik. Sebelum Saoto-Sama menguasai Miltia, ianya diperintah oleh seorang Raja Iblis berbadan besar dan juga seorang manusia sama sepertinya. Namun, bangsa Iblis di sini semuanya ditindas malah ada juga yang diperbudak dan dijual kepada The Kingdom dengan tujuan memuaskan nafsu duniawi mereka..."
Aku terkejut mendengar Ena yang bercerita dalam nada yang sebak. Tanpa sedari, aku mengepalkan kedua tanganku erat kerana tersentap dengan apa yang diperlakukan kepada bangsa Iblis sebelum ini. Mungkin juga kerana aku sekarang memahami perasaan Iblis kerana aku juga merupakan salah satu darinya. Namun, aku dikejutkan sebaik sahaja Ena mengesat mataku yang tanpa sedar telah menitiskan air mata.
"Sabar Mahou... Itu cerita yang dulu. Sejak Saoto-Sama mengalahkan dan membunuh Raja Iblis sebelumnya, Raja Baros, semua bangsa Iblis di kawasan Miltia diperlakukan layaknya sebagai seorang rakyat. Kami yang sentiasa dikerja paksa diberikan kebebasan dan cuti layaknya seorang rakyat biasa. Ramai dari pelayan istana yang tak pernah berjumpa dengan keluarga masing-masing akhirnya dapat bertemu keluarga mereka tercinta. Disebabkan itu jugalah, Ena-San tetap di sini terus menjaganya sebagai pelayan utama istana untuk berterima kasih kepadanya yang telah memberikan harapan baharu kepada Miltia"
Ena-San mengesat mataku yang berair sambil memelukku erat. Walaupun sebak, Ena tetap tersenyum menandakan harapannya yang besar dengan kehadiran Saoto sebagai penyelamat Miltia. Namun, aku masih rasa ingin tahu lebih lagi tentang Saoto yang pernah menyelamatkan Miltia dahulu.
"Ena-San, Saoto selamatkan Miltia waktu umur berapa? Sebab umurnya dan umur Sei tak jauh be-"
"9 tahun"
"Huh?!!"
Aku terbeliak memandang wajah wanita di hadapanku ini tidak percaya dengan apa yang dikatakannya.
Manakan tidak.
Umurku dengannya hanya berselisih tiga tahun. Aku yang ketika itu masih mempelajari teknik berpedang secara kendiri tapi malah dia sudah berjaya mengalahkan seseorang yang bergelar Raja Iblis Agung semudah itu. Aku termenung memikirkan betapa kuatnya
("Dia betul-betul manusia ke...") (Termenung)
Seketika aku dikejutkan oleh Ena yang kembali meraba dadaku. Aku lantas meronta-ronta untuk memintanya melepaskan tangannya.
"E-ENA?!!"
"Apa yang nak dihairankan, Mahou? Ena lebih hairan tengok Mahou yang merupakan seorang succubus yang sepatutnya suka dengan benda-benda ni-"
Aku terkejut sebaik sahaja mendengar ucapan Ena. Aku yang panik lantas menalakan kedua-dua belah tanganku dengan pantas untuk menutup mulutnya.
"S-Sei bukan s-succubus pada kebiasaannya..."
Aku tersengih memandang wajah Ena di hadapanku. Mana taknya, aku baru-baru ni je tahu yang aku seorang succubus dan juga Raja Iblis yang pernah memerintah seluruh Terror Canyon. Aku langsung tak ingat apa-apa lagi. Ditambah lagi sebelum ni aku yang merupakan seorang lelaki menyebabkan aku jauh dari kata 'berpengalaman' sebagai seorang succubus. Sekilas, aku melihat Ena memandangku wajahku dengan senyuman yang mempunyai niat di sebaliknya.
"Mahou, sebagai seorang elf yang berpengalaman, apa kata Ena ajarkan Mahou bagaimana rasanya menja-"
"TAK MA-HU!!!"
Aku menolak mulut Ena yang seakan-akan ingin menciumku dengan tegas. Ena akhirnya melepaskan genggaman tangannya dari dadaku sebelum jatuh di dalam air. Ena kemudian timbul semula menampakkan separuh mukanya dari dalam air.
"Eeh, sayangnya... Padahal Ena boleh je ajarkan Mahou tentang-"
"KA-KALAU MACAM TU, KE-KENAPA ENA-SAN SEKARANG MEMBUJANG JE?!!" (Geram)
Aku yang geram lantas mempersoalkan kredibilitinya yang meskipun telah hidup lama tapi masih tidak berpasangan. Ena langsung menatap wajahku sambil mengerutkan sedikit keningnya dan berkata dengan suara yang bergetar,
"Ma-mana ada..." (Menggigil)
"Pasti?"
Aku menatap wajah Ena tidak percaya dengan apa yang dikatakannya. Seketika, wajah Ena bertukar murung sambil memandang ke bawah seperti pasrah dengan nasibnya.
"Bukan salah Ena yang membujang, tapi semua yang tengok Ena semuanya takut sebab umur Ena yang-"
"Sudah, sudah"
Aku mengusap lembut kepalanya untuk menenangkan Ena yang murung kerana ditolak kerana umurnya. Bila difikirkan semula, jangka hidup yang lama juga tak semuanya bagus dan indah. Entah mengapa hatiku terasa tenang mengetahui aku tidak hidup selama dirinya.
"Mahou, Mahoukan dah hidup seribu tahun. Apa rahsia Mahou sampai boleh membuatkan Saoto-Sama terpikat?"
Aku tersentak mendengar soalan yang dilontarkan oleh Ena. Seketika badanku mengeras memikirkan apa yang baru sahaja aku katakan tadi.
("Sekejap... Aku pun dah tua...") (Sentap)
Aku tetap membatu sehingga badanku digoncang dengan kuat oleh Ena sehingga menyedarkanku daripada lamunanku. Aku kembali memandang wajah Ena dengan pandangan hairan.
"Se-sekejap Ena-San... Ena tau yang S-Sei ialah Raja Iblis Tirani yang hidup seribu tahun tu juga ke?"
Ena menggenggam erat tanganku sambil memandang tepat wajahku sebelum mengatakan sesuatu. Aku tetap diam sambil menunggu jawapan yang akan diberikan olehnya.
"Sebagai pelayan yang dah lama berkhidmat melayani Saoto-Sama, kami dah sedia maklum akan kedatangan pasangannya yang katanya merupakan Raja Iblis Tirani seribu tahun lalu. Walaupun pada mulanya kami langsung tak percaya, sebaik sahaja Ena melihat Mahou Ena dapat mengetahui bahawa Mahou memang Raja Iblis Tirani yang pernah hidup seribu tahun dahulu"
Aku terkejut mendengar kata-kata Ena. Rupa-rupanya seisi istananya telah mengetahui tentang diriku meskipun aku ini bukanlah sosok yang penting malah merupakan sosok yang digeruni sebagai penakluk yang kejam. Aku terkejut sebaik sahaja aku dipeluk erat oleh tubuh wanita yang ada di hadapanku.
"Mahou jangan sedih. Kami percaya Mahou seperti mana kami percaya Saoto-Sama. Lagipun, sekilas saya langsung tidak memandang Mahou sebagai sebuah anca-"
Aku yang terharu sebaik sahaja dihiburkan seketika panik sebaik sahaja Ena mengatakan bahagian terakhir dari ucapannya itu. Aku lantas menutup mulutnya sebelum sebuah kesalahfahaman terjadi di sini.
"E-Ena-San... Ena percayakan Sei kan?"
Aku memandang wajah Ena dalam-dalam. Ena yang terkejut mengangguk perlahan untuk menjawab persoalanku. Seketika, pipiku memerah sebaik sahaja aku terfikir alasan yang membolehkan aku dan Saoto mempunyai hubungan seperti sekarang. Aku menundukkan pandanganku dalam keadaan malu sebelum mengatakannya dengan perlahan,
"Se-sebab S-Sei dan S-Saoto saling p-percaya satu sama lain..." (Malu)
Wanita di hadapanku terdiam buat beberapa waktu sebaik sahaja mendengar jawapanku. Aku yang masih berasa malu terus memandang air kolam sebelum dikejutkan oleh Ena yang melompat dan terus meraba dadaku dengan penuh semangat.
"Sebab Inilah Saoto-Sama, suka Mahou. Seorang yang pemalu dan sangat comel bila Mahou sedang malu"
"E-Ena... He-hentikan. Ka-kalau Ena terus pe-pegang situ, ba-badan Sei rasa a-aneh"
Aku yang cemas terus berusaha melepaskan genggaman tangan Ena. Sejujurnya, aku hairan bagaimana seorang yang bujang sepertinya boleh seagresif ini meskipun tidak pernah mengalami masa-masa percintaan. Aku yang panik terus membalas perbuatan Ena dengan kembali menyentuh dadanya. Seketika genggaman tangan Ena terasa lebih longgar dan dia terdiam sebaik sahaja aku menyentuhnya tanpa memberikan sebarang reaksi. Aku yang cemas langsung memanggil-mangilnya kerana risau aku telah berbuat salah.
"Ena? E-ENA?!!"
"Mahou... Mahou nak ejek Ena sebab Mahou punya dada lebih besar ke?!!"
Ena memandang wajahku dengan tatapan membunuh. Aku yang panik terus menggoyangkan kedua belah tanganku untuk menolak apa yang dikatakan oleh Ena. Seketika tangannya diangkat sambil jari-jemarinya digerakkan dengan niat untuk melakukan sesuatu. Badanku terus menggigil sebelum akhirnya kami berhenti dan memandang sosok yang baru sahaja memasuki ruang pemandian.
"Ena-Sama, Ena nak peluk tubuh Mahou ke? Nita nak sertai sekali boleh?"
Aku menitiskan air mata terharu sambil menggenggam erat kedua tanganku bersyukur sebaik sahaja Nita datang untuk meredakan situasi. Ena yang cemas langsung menurunkan semula kedua belah tangannya sebelum memandang Nita dengan wajah yang serius.
"Sebagai pelayan, kita mesti menghormati keinginan Mahou Seinarin. Disebabkan Mahou kelihatan seperti tidak mahu dipeluk, makanya kita sebagai pelayan perlu menghormatinya"
Ena menjelaskan kepada Nita tentang tatatertib seorang pelayan. Aku hanya mampu tersengih sebaik sahaja mendengarnya kerana aku langsung tidak merasakan niatnya sebentar tadi hanya untuk memelukku. Aku yang melihat suasana yang telah kembali tenang lantas memandang wajah Nita sambil menghulurkan tanganku untuk mengajaknya mandi bersama. Seketika, mata wanita di hadapanku itu bergenang sebaik sahaja aku mempelawanya sekali.
"Eeh... Mahou sendiri ajak Nita mandi sekali" (Terharu)
Aku mengangguk perlahan sambil tersenyum dan memandang tepat wajahnya. Sebenarnya aku sangat berterima kasih kepadanya kerana aku sekarang telah selamat daripada menjadi mainan tangan seseorang. Nita yang tersenyum segera mengesat matanya semula sebelum menyambut erat tangan yang kuhulurkan padanya. Kami bertiga mandi dengan tenang sambil berbual panjang tentang pelbagai perkara. Seketika suasana kolam mandi yang sepi itu dipenuhi dengan suara percikan air dan tawaan yang yang datang dari kami.
----------------------------------------------------------
Aku berbaring di atas katil yang telah disediakan untukku. Katilnya yang disediakan untukku kini boleh dikatakan lebih besar dan mewah berbanding katiku dahulu. Namun, suasana yang hening terus memenuhi segenap penjuru bilikku. Nita dan Ena masing-masing telah meninggalkanku sendirian untuk tidur di bilik mereka. Aku terus duduk di atas katil sambil termenung akan sesuatu.
("Setiap kali aku tertidur, Saoto sentiasa ada di sebelahku...")
Aku menampar-nampar pipiku yang memerah sebaik sahaja aku teringatkan tentangnya. Aku tak sangka aku akan sangat kesepian hanya kerana tiada seorang lelaki untuk tidur bersama di sebelahku. Padahal lelaki itu merupakan lelaki yang baru sahaja kukenali, namun jauh di lubuk hatiku seperti ada kekosongan yang tidak terpenuhi. Bila difikirkan balik, Saoto sentiasa ada di sebelahku setiap kali aku tertidur bahkan aku siap lena lagi dalam dekapan tubuhnya. Aku sampai dapat mengingat dengan tepat seberapa garau suaranya dan seberapa hangat tubuh badannya. Dalam penuh perasaan malu, aku terus menyelubungkan seluruh tubuhku dengan selimut yang disediakan dengan niat untuk tidur dan berusaha berhenti memikirkan tentang dirinya. Jam demi jam berlalu sebelum aku akhirnya tertidur setelah beberapa ketika berusaha menenangkan diriku. Malam yang sepi dan sejuk itu terus mengisi suasana bilikku sebelum aku akhirnya terlelap di atas katilku.
----------------------------------------------------------
Aku terjaga sebaik sahaja melihat cahaya terang yang menyilaukan mataku. Kaki dan tanganku terantai dan tergantung secara bersilang pada sebuah dinding di dalam sebuah ruangan yang tidak kuketahui. Aku meronta-ronta meminta tolong sebaik sahaja aku melihat seorang lelaki berjubah hitam berjalan melintasi ruangan tempat di mana aku digantung. Aku terus meronta-ronta sambil berusaha melepaskan tubuhku yang tergantung sebelum lelaki yang berjalan perlahan itu meninggalkanku sendirian di dalam ruangan yang sunyi ini.
"Saoto, Saoto..."
Aku menjerit sekuat hatiku sebelum akhirnya aku sedar akan sesuatu. Suaraku seakan tertahan di dalam dan tak kunjung keluar meskipun aku telah menjerit dengan sekuat tenaga memanggil orang di hadapanku itu. Namun, hatiku sedikit lega sebaik sahaja melihat sosok di hadapanku itu tiba-tiba berhenti seakan-akan mendengar teriakan hatiku sebentar tadi. Aku terus menitiskan air mata bahagia sebelum akhirnya terkejut melihat sosok yang berdiri di hadapanku itu.
Seorang Iblis dengan rupa yang mengerutkan mengenakan sebuah jubah sambil menggenggam sebilah pisau di tangannya. Aku terus meronta-ronta sambil menggigil ketakutan sebaik sahaja lelaki itu mengacukan pisau yang dipegangnya tersebut betul-betul ke arahku. Air mataku menitis deras sambil badanku terus kupaksa untuk melepaskan diriku daripada terus digantung dalam ruangan ini. Sosok tersebut menyeringai memandangku yang sedang menggigil dalam ketakutan.
Secara tiba-tiba, lelaki itu terus meluru laju ke arahku sambil pisaunya dihunuskan betul-betul tepat mengenai jantungku. Seketika nafasku menjadi sesak diiringi rasa sakit yang bertubi-tubi yang disebabkan oleh tikaman berterusan oleh sosok di hadapanku ini. Darah menyembur keluar dari seluruh tubuhku dan bahkan turut keluar dari mulutku. Lelaki tersebut akhirnya berhenti setelah melihat kondisi tubuhku yang lemah dan tidak berdaya sebelum berlalu pergi meninggalkanku tetap tergantung di dalam ruangan itu.
Aku dalam keadaan yang sangat lemah memaksakan diriku untuk melihat pemandangan yang mengerutkan di hadapanku. Lantai dan dinding yang bersih sebelum ini kini dipenuhi dengan percikan darah dari tubuhku. Aku akhirnya memahami mengapa tubuhku menjadi amat lemah ketika ini. Dalam suasana yang mencengkam itu, nafasku terasa lebih berat dan pandanganku juga beransur-ansur kabur. Diiringi suasana yang sepi, kesedaranku akhirnya hilang setelah beberapa ketika aku melawan untuk tetap menyedarkan diriku. Aku tergantung lemah di dalam sebuah ruangan yang tidak kuketahui.
Aku seketika terbangun dan terus duduk di atas katilku. Aku yang masih hairan dengan apa yang baru aku saksikan sebentar tadi langsung meraba-raba seluruh tubuhku untuk memastikan kesan tikaman yang banyak di tubuhku sebentar tadi. Aku akhirnya menarik nafas lega setelah mengetahui bahawa semua yang aku alami itu hanyalah mimpi semata-mata. Aku memandang langit di luar yang masih gelap di balik jendela bilikku yang terbuka dan menyimpulkan bahawa aku terjaga dari tidurku disebabkan mimpi yang sangat nyata itu. Aku dengan lega mengusap dadaku sebelum mengalihkan badanku untuk kembali berbaring di atas katilku. Walaupun rasa kantuk itu masih ada, ianya tiba-tiba hilang sebaik sahaja aku melihat sosok di sebelahku yang mana tangannya erat memeluk tubuhku sambil tertidur lena.
("Sa-Saoto? Kenapa dia ada dalam bilik aku?") (Terkejut)
Aku dengan pantas membuka selimut yang menutupiku dan tubuhnya sebelum terkejut melihat apa yang baru kusaksikan dengan kedua belah mataku.
"EEP?!!"
Saoto tidur di sebelahku dengan hanya mengenakan seluar dalam tanpa sebarang baju dan seluar serta terus memeluk erat tubuhku.