webnovel

Tikus-Tikus Meninggalkan Kapal Karam (Bahagian I)

Editor: EndlessFantasy Translation

"Ya, Presiden Li tak pernah biarkan kami menunggu lama. Kamu cuba untuk buat contoh barukah?"

"Atau mungkin kamu langsung tiada niat untuk datang ke mesyuarat ini? Tak perlu berdolak-dalih!"

Li Sicheng sudah meninggal dunia jadi Syarikat Li sudah tiada apa-apa! Apa yang boleh dicapai dengan berketuakan seorang wanita? Lebih baik jika mereka memindahkan ekuiti bersama-sama sementara syarikat ini masih mempunyai sedikit nilai. Mereka masih boleh melabur dalam perkara lain sebelum kehilangan wang. Kebanyakan pemegang-pemegang saham itu memikirkan perkara yang sama.

Syarikat Li belum lama ditubuhkan dan mempunyai lapan orang pemegang saham. Mereka terdiri daripada rakan-rakan kongsi yang pernah bekerja dengan Li Sicheng dan beberapa orang pemegang saham lama yang menyertai syarikat menggunakan suntikan modal kerajaan. Kebanyakan mereka yang berkata-kata dengan lantang itu sudah tua dan berada dalam lingkungan umur Li Xiao. Pemegang-pemegang saham yang lebih muda sebaliknya hanya memandang Su Qianci tanpa berkata apa-apa. 

Su Qianci melihat jam dan berkata, "Jika ingatan saya betul, mesyuarat ini sepatutnya bermula jam dua petang. Saya dah mendengar tuduhan kamu semua selama dua minit. Sekarang jam 2.01 petang, bermakna saya masuk jam 1.59. Adakah saya lewat?"

"Tidak," jawab seorang pemuda berumur 30-an yang duduk di hadapan. Pemuda itu kelihatan boleh berkebolehan. Dia ialah Fang Chen, salah seorang pemegang saham terbesar yang menyokong Li Sicheng sejak awal syarikat ini bermula.

"Li Sicheng selalu tiba tiga minit lebih awal!"

"Oh… jadi saya tak lewat. Kenapa kamu tuduh saya?" Su Qianci berkata tenang lalu duduk di kerusi presiden. "Tabiat suami saya bukan tabiat saya. Kamu dah biasakan diri dengan tabiat suami saya, sekarang kamu perlu biasakan diri dengan tabiat saya."

Seorang lelaki tua mendengus sinis. "Apa maksud kamu? Kamu nak jadi presiden Syarikat Li?"

"Kelakar betul! Perempuan, kenapa pula kamu yang buat keputusan untuk Syarikat Li? Saya harap kamu tak musnahkan syarikat besar ini!"

"Hei, kalau macam tu, kami dah tak ada apa-apa untuk dikatakan. Risiko terbesar ada di tangan kamu. Suami kamu dah mati, jangan seluruh Syarikat Li kini dalam tangan kamu. Bukankah itu yang kamu mahu cakapkan?"

Su Qianci mendengar semua penghinaan itu dengan wajah dingin dan mendengus sinis, "Ya, suami saya tiada sekarang dan sayalah yang layak menentukan semuanya. Tapi suami saya belum mati, tolong jangan sumpah dia! Dia hanya pergi buat sementara. Tidak lama lagi dia akan kembali untuk mengambil alih syarikat ini kembali. Tetapi sebelum itu, sayalah yang akan menentukan segalanya di sini."

Semua orang terdiam mendengar kata-kata itu. Kematian Li Sicheng memang sukar untuk diterima. Semua di situ memandang Su Qianci dengan sedikit simpati.

"Saya ada pelan pertaruhan untuk satu blok tanah. Mengikut pengiraan, saya rasa ia adalah pelan yang boleh dilaksanakan. Pelan draf dah dibuat dan beberapa perincian perlu diperbaiki." Su Qianci mengisyaratkan supaya Cheng You mengagihkan pelan yang telah dibuat beberapa salinan itu.

Semua pemegang saham itu mengerutkan dahi mereka. Jelas mereka tidak yakin dengan projek itu. Su Qianci sudah menjangkakan perkara itu sejak awal lagi. Dia memberitahu mereka idea dan perancangannya sambil meneliti reaksi mereka seorang demi seorang.

Akhirnya, salah seorang pemegang saham berkata, "Tak kira apa sekalipun, saya tak yakin kamu boleh jadi presiden. Daripada melihat kejatuhan Syarikat Li di bawah pimpinan seorang wanita, saya rasa lebih baik kita jual syarikat ini dengan harga pasaran dahulu atau kamu boleh beli saham saya. Bagaimana?"