webnovel

Seperti Ikan Mati

Editor: EndlessFantasy Translation

Mendengar jeritan Yu Lili, Ou Ming terus berhenti. Dia mengeluarkan sebotol pelincir dari poketnya. Ketika Ou Ming melumurkan pelincir itu pada zakarnya, Yu Lili mengetap bibir dan menutup matanya.

Ou Ming memasukkan kembali zakarnya, tetapi Yu Lili tidak menangis lagi. Dia memeluk sofa dan mereka berbaring bersama-sama. Namun tidak kira bagaimana Ou Ming menyentuhnya, dia langsung tidak merasakan apa-apa.

Satu-satunya yang dirasakannya ialah… tidak selesa.

Yu Lili terbaring di sofa itu seperti ikan yang sudah mati, tanpa walau sedikit keinginan.

Ou Ming sudah hampir… Tetapi dia bangun dengan perasaan jengkel dan mengambil rokoknya di atas meja. Selepas menyalakan rokok itu, dia menghisapnya dan menghembus asap yang panjang. 

Yu Lili berasa amat letih. Dia telah bekerja sehari suntuk dan terus dipaksa melakukan seks apabila pulang ke rumah. Dia hanya terbaring di sofa dan memerhatikan Ou Ming menyarung baju lalu berkata, "Saya lapar."

Ou Ming menghembuskan asap rokoknya dan memandang wajah tidak bersalah Yu Lili. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada berasa jengkel.

Perempuan ini selalu membuat muka begitu. Ketika nafsu saya sedang memuncak, dia hanya mendesah. Tetapi ia hanya desahan yang berlaku tanpa sengaja, bukan seperti yang saya inginkan. Bagaimana saya mahu bertahan?

Pandangan mata Ou Ming kelihatan dingin ketika dia menjawab acuh tidak acuh, "Makan malam akan tiba jam lapan." Dia selesai menyarung pakaiannya dan mengambil kunci kereta.

Yu Lili melihat Ou Ming seperti ingin keluar. Dia mula panik dan berkata, "Kamu nak buat apa?"

"Saya nak pergi ambil angin." Ou Ming menepis tangan Yu Lili dan terus keluar.

Yu Lili berasa kecewa. Dia duduk di sofa itu dengan wajah yang kebingungan dan memerhatikan Ou Ming keluar.

Bunyi itu akhirnya berhenti. Shen Manting dapat mengagak perkara yang mereka lakukan melalui bunyi-bunyi aneh yang didengarinya.

Seks amat penting antara lelaki dan perempuan. Tanpa seks, dari mana cinta itu akan datang? Kehidupan seks mereka langsung tidak harmoni. Ou Ming seorang yang panas baran. Bagaimana lelaki itu boleh bertahan dengan sikap acuh tidak acuh Yu Lili?

Shen Manting mengambil telefonnya dan mahu menekan nombor Ou Ming, tetapi tiba-tiba mempunyai idea lain. Setelah berfikir seketika, dia menelefon Qiao Ziqing. Panggilan itu dijawab dengan segera.

"Helo Auntie?" Shen Manting membuat suara manjanya yang disukai oleh Qiao Ziqing.

Qiao Ziqing baru sahaja selesai makan malam. Moodnya sedang baik dan dia berkata, "Ada apa, kamu kedengaran gembira sahaja?"

"Ya Auntie." Shen Manting melihat dirinya di dalam cermin. Dia tersenyum dan merasakan pantulan wajahnya amat cantik. "Pandai Auntie teka. Macam ini, saya ada sediakan kejutan untuk Ou Ming. Tapi Auntie tahu kan Ou Ming selalu layan saya dengan dingin. Saya takut dia tak akan datang. Boleh Auntie suruh dia datang?"

"Kamu memang gadis yang bijak. Ke mana kamu mahu dia pergi?"

Shen Manting menjawab, "Beritahu dia Auntie ada di Vila Xishan dan Auntie mahu dia jemput Auntie untuk pulang. Boleh?"

"Dah tentulah boleh. Auntie telefon dia sekarang."

Shen Manting meletakkan telefonnya dengan amat gembira dan terus berjalan ke bilik pakaian.

*****

Mood Ou Ming sangat tidak baik. Dia sedang dalam perjalanan ke bar untuk minum bagi menenangkan diri ketika dia menerima panggilan dari ibunya.

Qiao Ziqing memberitahu dia ada di Vila Xishan dan perlu dihantar pulang ke rumah. Ou Ming terus merasakan kepalanya pening.

Walaupun keberatan, dia tetap memandu ke vila itu untuk menjemput ibunya. Tidak lama kemudian Ou Ming tiba di Vila Xishan dan menekan loceng pintu.

Pintu itu dibuka dengan pantas, namun Ou Ming melihat seseorang yang tidak dijangkanya. Dia terkejut melihat Shen Manting berdiri di hadapan pintu dengan hanya memakai jubah mandi dan sedang memandangnya dengan pandangan menggoda.