webnovel

Saya Masih Mencintai Kamu

Editor: EndlessFantasy Translation

Yu Lili bertambah berang lalu membentak, "Bercakap tentang penipu, siapa yang lebih hebat daripada kamu? Encik Ou Ming, kebolehan saya untuk menipu langsung tidak setanding kamu!"

"Betulkah…" Ou Ming menolak Yu Lili dengan kuat dan senyumannya bertambah lebar. "Jadi, boleh kamu beritahu sama ada perkara yang saya cakap benar atau salah?" Walaupun Ou Ming tersenyum, matanya kelihatan amat dingin. Seakan bila-bila masa sahaja dia akan menghancurkan Yu Lili.

Yu Lili tidak takut dan memandangnya lalu berkata sinis, "Dah tentu. Jangan perkecilkan pemahaman saya tentang kamu!"

Ou Ming tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum dengan kata-kata itu. Pandangan matanya amat dalam seakan dipenuhi air dan cahaya bulan.

"Kalau begitu mari buat ujian, boleh?" Wajah Ou Ming bergerak semakin rapat sehingga hidung mereka bersentuhan. Nafas mereka bercampur dan tidak dapat dibezakan. Yu Lili merenung ke dalam mata lelaki itu… dan merasakan dirinya seakan ditarik kepadanya. Dia tidak mampu melawan.

"A… apa?" Yu Lili tergagap-gagap.

Ou Ming ketawa kecil tetapi masih tersenyum jahat.

"Yu Lili," Ou Ming memegang dagu Yu Lili. Matanya dikecilkan dan suaranya perlahan. "Saya masih mencintai kamu."

Saya masih mencintai kamu…

Sebaris ayat itu membuatkan mata Yu Lili bergetar dan jantungnya berdegup kencang tanpa dapat dikawal. Seakan ada enjin yang dipasang pada hatinya dan membuatkan tubuhnya turut terkejut.

Tangan Ou Ming yang berada di dada Yu Lili dapat merasakan perubahan itu. Ou Ming mengecilkan matanya kemudian merapati bibir Yu Lili perlahan-lahan sebelum terus menciumnya.

Jantung Yu Lili berdegup lebih kencang. Matanya terbeliak memandang wajah yang amat dekat di hadapannya dengan kebingungan dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya.

Ou Ming menutup mata, kemudian memasukkan lidahnya ke dalam mulut Yu Lili dengan penuh mahir. Pergerakannya amat lembut sehingga jantung Yu Lili seakan hampir meletup. Fikirannya kembali ke masa lalu, kepada hari-hari sebelum ini, kepada… saat Ou Ming masih mencintainya.

[Saya masih mencintai kamu.]

Benarkah…?

Tanpa sedar, air mata sudah bertakung dan mengaburi matanya. Sebaik sahaja matanya berkelip, air mata itu terus tumpah. Nafasnya semakin pendek. Yu Lili kebingungan dan memandang wajah Ou Ming.

Ou Ming yang dapat merasakan air mata itu membuka matanya dan merenung ke dalam mata Yu Lili yang penuh kesedihan dan tanda tanya.

"Ou Ming…"

Namun senyuman Ou Ming bertambah lebar dan dia berbisik di tepi telinga Yu Lili, "Bukankah kamu sangat mengenali saya? Jadi, kata-kata saya benar atau tidak?"

Seakan ada suara dalam kepala Yu Lili yang menjerit : Benar, benar, benar!

Walau bagaimanapun, Yu Lili segera kembali ke realiti.

Mana mungkin…? Ou Ming sangat bencikan saya, bukan begitu? Tapi, matanya tadi penuh dengan kelembutan dan nampak ikhlas…

Suara hatinya itu seakan tulang yang tersekat di kerongkongnya.

Jika saya katakan ia benar, dia akan cakap saya perasan sendiri, dan… buatkan saya bertambah terhina…

Yu Lili memandang Ou Ming dan berkata perlahan, "Kamu penipu…"

Ou Ming tunduk lalu ketawa dengan kuat.