webnovel

Saya akan Bayar Kamu dan Kita Habis di Sini

Editor: EndlessFantasy Translation

Selepas bersarapan, Li Sicheng memandu keretanya ke tempat mereka terserempak dengan Rong Rui semalam. Dia berhenti untuk menurunkan Cheng You dan Rong Rui sebelum membawa isterinya ke taman.

Cheng You yang memakai kasut yang bukan saiznya tidak dapat berjalan dengan betul. Dia hampir terjatuh ketika sedang berjalan menuju ke rumahnya. Cheng You berasa agak terganggu dengan Rong Rui yang berjalan di belakangnya. Dia berpaling dan memandang Rong Rui lalu berkata dengan kasar, "Buat senarai harga pakaian dan kasut yang saya sedang pakai, juga baju semalam, kopi, bilik hotel dan tambang teksi. Saya akan bayar kamu dan kita habis di sini, okey?"

Rong Rui mengangkat sebelah keningnya. Dia berasa geram melihat Cheng You yang mahu menghalaunya daripada hidupnya.

"Lupakan. Apa nombor akaun kamu? Saya akan terus bayar kamu bagi mengelak masalah." Cheng You kedengaran tidak sabar dengan tangannya berada di dalam poket.

"Ini semua mungkin kamu boleh bayar. Tapi teruna saya, kamu tak akan mampu."

"Tut… Ia kali pertama untuk saya juga. Dan kalau dilihat daripada betapa mahirnya kamu, kamu tak perlu berpura-pura masih teruna. Sekarang zaman moden dan kamu pernah tergila-gilakan si perempuan jalang Tang itu, siapa tahu kamu…" Belum sempat Cheng You menghabiskan kata-katanya, dia ditolak ke dinding di belakangnya. Cheng You terkejut dan terus berhenti bercakap.

Mata Rong Rui kelihatan dipenuhi amarah. Dia sedang merenung Cheng You seolah-olah mahu mencekik wanita itu. Cheng You berasa agak gerun melihatnya. Tetapi sebagai seorang wanita yang bijak, dia ketawa sinis dan matanya dipenuhi dengan sindiran. "Kenapa? Kamu tak bagi saya bercakap begini tentang si Tang jalang itu? Sekarang kamu berdua tiada kekasih, jadi bukankah ia sempurna? Perempuan jalang sampah masyarakat dengan si bangsat, sempurna kan… Mmm…"

Rong Rui mencium bibirnya secara paksa sehingga Cheng You merasakan bibirnya sakit. Ciuman kali ini berbeza daripada sebelumnya. Kasar, ganas dan Rong Rui tidak melakukannya dengan kemahiran mahupun simpati! Lelaki itu sedang marah, berang dan langsung tiada perasaan lain! Cheng You menyedari emosi lelaki itu dan cuba bergelut dengan tangan dan kakinya, tetapi Rong Rui terus menahannya dengan kuat. Tidak kira betapa kuat Cheng You bergelut, dia tetap tidak dapat bergerak.

Rong Rui menggigit bibirnya dengan kuat. Wajah Cheng You berkerut kesakitan lalu dia melarikan kepalanya. Sebaik sahaja bibir mereka terpisah, setitik cecair jatuh ke tangan Cheng You. Cheng You tersentak. Dia dapat merasakan kemanisan memenuhi mulutnya dan perlahan-lahan cecair itu mengalir ke bawah mulutnya. Dia mengelap bibirnya dan melihat warna merah.

Kemarahan Rong Rui reda sebaik melihat darah itu. Dia menyapu bibir Cheng You dengan lembut dan dapat merasakan pandangan dingin wanita itu. "Cheng You, dengar dulu…"

"Bangsat!" Cheng You menyembur darah di mulutnya ke muka Rong Rui. "Lelaki miang!"

Rong Rui menutup mata dan menyapu mukanya. Beberapa kesan darah kelihatan pada wajahnya.

Cheng You menggunakan seluruh kekuatannya untuk menolak Rong Rui sebelum bergegas melarikan diri.

Rong Rui memandangnya dari belakang sambil menggenggam penumbuknya berkali-kali. Akhirnya dia berputus asa dan berlalu dengan kecewa.

*****

Cheng You tiada wang ataupun kunci rumahnya. Dia pergi ke pintu dan menekan loceng berkali-kali. Kemudian dia menunggu beberapa minit sebelum akhirnya seseorang datang membuka pintu.

Mata Puan Cheng masih sembab. Sebaik melihat darah pada bibir anaknya, dia terus tersedar dan berkata dengan sangat terkejut, "Budak itu kasar sangatkah?"