webnovel

Pada Tengah Malam, Seorang Lelaki dan Seorang Wanita…

Editor: EndlessFantasy Translation

"Okey." Su Qianci menutup matanya, tetapi gagal untuk tidur. Dia membuka matanya kembali dan terus melihat sepasang mata gelap sedang merenungnya. Su Qianci memuncungkan bibir lalu mencium suaminya itu. "Selamat malam."

"Ciuman selamat malam bukan macam tu," kata Li Sicheng lalu memegang kepala Su Qianci dan mencium bibir isterinya dengan lebih mendalam.

Su Qianci memeluk Li Sicheng seakan terpukau sambil tercungap-cungap. Pipinya kemerahan dan dia tidak berani untuk bergerak. Li Sicheng terus memeluknya dengan mata yang tertutup dan bibir yang sedikit tersenyum.

Pada masa yang sama, di sebuah bilik Hotel Yijing Bay, Rong Rui menarik Cheng You ke tengah-tengah katil dan menyelimutkannya. Kemudian dia menutup lampu dan tidak bergerak lagi.

Cheng You bergerak kembali ke hujung katil dengan berhati-hati. Dia berasa lega apabila akhirnya mendengar nafas Rong Rui yang mengisyaratkan lelaki itu telah tidur. Tak guna… Situasi ini terlalu mendebarkan! Cheng You bangun untuk mencari botol air yang diminumnya tadi dalam kegelapan.

Penglihatannya jelas pada waktu siang, tetapi menjelang malam… dia menjadi sukar untuk melihat. Seluruh bilik itu gelap dan Cheng You meraba-raba dinding sambil cuba mencari meja tadi. Tiba-tiba kakinya tersandung pada bucu karpet dan dia terus terjatuh. Bunyi tubuhnya jatuh ke lantai jelas kedengaran pada malam yang sunyi itu.

Cheng You hampir menjerit tetapi segera menutup mulutnya sebelum bangun. Dia cuba melihat ke arah katil tetapi tidak nampak apa-apa. Lelaki itu tidak terjaga, bukan? Cheng You kembali mencari meja dan akhirnya menemui botol air yang dicarinya. Dia mengangkat botol-botol itu satu-persatu dan menjumpai satu botol yang paling ringan lalu segera meneguk air itu.

Ketika meraba-raba untuk kembali ke katil, dia mengelak karpet tadi dan mencapai hujung katil. Berhati-hati, berhati-hati… Walau bagaimanapun, apabila dia sudah menemui tempat tidurnya dan bersedia untuk naik ke katil itu, tangannya terpegang satu tubuh yang hangat. Cheng You terkejut dan segera menarik kembali tangannya, tetapi pada masa yang sama, satu tangan yang besar menariknya sehingga terjatuh.

Cheng You menjerit ketika dia dipeluk erat oleh lelaki itu. "Rong Rui!" jeritnya tetapi Rong Rui langsung tidak memberi reaksi.

Tiba-tiba Cheng You teringat kata-kata Rong Rui sewaktu dikurung oleh Li Sicheng. "Aku ada penyakit berjalan dalam tidur, jadi baik kau jangan ada di sini. Kalau aku bunuh kau sekalipun, aku tak akan dihukum mati."

Tak mungkin! Lelaki ini sedang berjalan dalam tidurkah sekarang? Nafasnya mendatar sahaja. Cheng You cuba bergelut tetapi mendapati dia langsung tidak dapat bergerak.

"Hei, lepaslah!" Cheng You mula berasa takut. Ini adalah kali pertama dia melihat sendiri seseorang berjalan dalam tidur. Lebih teruk lagi, orang ini sedang berbaring bersamanya sekarang dan ia sangat bahaya! Bagaimana kalau dia dibunuh ketika sedang tidur? Cheng You berasa gementar lalu mengangkat tangan Rong Rui dan mengalihkannya.

Rong Rui bergerak sambil mengerang sebelum membenamkan mukanya tepat pada buah dada Cheng You… Cheng You terkejut dan segera bergelut sambil menjerit marah, "Tak guna! Rong Rui, kamu lelaki miang! Pergilah! Jangan ingat saya tak akan pukul kamu hanya sebab kamu berjalan dalam tidur!"

Berjalan dalam tidur? Bibir Rong Rui bergerak sedikit. Pada mulanya dia hanya mahu berpura-pura masih nyenyak tidur. Tetapi disebabkan Cheng You memberikannya satu alasan yang sangat baik, dia tiada sebab untuk tidak menggunakannya…