webnovel

Mengutuk Saya di Belakang

Editor: EndlessFantasy Translation

Mood Yu Lili tiba-tiba berubah dari sewaktu dia mula menjemputnya.

Yu Lili terkejut. Dia berpaling dan memandang Ou Ming sambil tersenyum lembut.

Sesuatu yang tidak dapat dijelaskan seakan terpancar di mata Ou Ming. Dia mencubit pipi Yu Lili dan berkata, "Jangan pandang saya begitu. Ia lebih teruk daripada kamu menangis."

Yu Lili memuncungkan bibir dan menyentuh pipinya yang dicubit. Kemudian dia tunduk dan bertanya, "Ya kah?"

"Ya," jawab Ou Ming dan memandang Yu Lili dengan riak wajah serius. "Beritahu saya apa yang berlaku."

"Saya…"

"Kalau saya dapat tahu kamu tipu saya, saya akan hukum kamu dengan teruk," kata Ou Ming lalu mencubit lembut hidung Yu Lili.

Yu Lili berasa terharu dengan perlakuan Ou Ming dan tersenyum kecil lalu berkata, "Saya cuma dengar sedikit berita yang tidak baik."

Ou Ming mengangkat keningnya . "Dan?"

"Saya dengar kamu pernah bawa Shen Manting ke restoran tadi."

Sebaik mendengar kata-kata itu, riak wajah Ou Ming terus berubah marah dan bertanya, "Siapa yang cakap?"

"Beberapa orang pelayan. Mereka kenal kita dan Shen Manting. Saya dengar mereka bergosip di dalam bilik air. Mereka pandang rendah saya dengan mengatakan saya perempuan simpanan kamu, dan kamu pasti amat bahagia memiliki tunang dan perempuan simpanan." Ketika mengatakannya, Yu Lili memerhatikan riak wajah Ou Ming yang semakin jengkel. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada bertanya, "Betulkah?"

Ou Ming berasa marah dan mula menjelaskan, "Shen Manting suka makan di restoran itu. Mama saya suruh dia datang ke sini supaya kami dapat keluar makan bersama-sama. Shen Manting bawa saya ke restoran itu dan beritahu semua orang kami bertunang."

Mendengar penjelasan itu, Yu Lili berasa lega. Dia menundukkan kepalanya dan berkata, "Kenapa kamu tak beritahu awal-awal? Kalau saya tahu dia pernah pergi ke situ, saya tak akan pergi tadi. Saya tak suka orang mengutuk saya di belakang."

"Saya dah lupa tentang itu." Ou Ming memandang Yu Lili dengan perasaan bersalah. "Saya hanya ingat kamu suka makan di restoran itu. Saya tak ingat tentang perempuan itu kerana saya tak peduli tentang dia. Dah hampir setahun sejak saya pergi ke sana bersama dia. Lagipun saya tak rasa ia penting, jadi saya tak beritahu kamu."

"Oh…" Yu Lili masih agak tidak gembira. Dia memuncungkan bibirnya dan memandang Ou Ming. "Apa yang penting bagi kamu? Kamu tahu saya hampir menangis di dalam tandas ketika mendengar pelayan-pelayan itu bercakap? Saya fikir…"

"Apa yang kamu fikir?" Ou Ming mencubit pipi Yu Lili. "Budak nakal. Bagaimana kalau saya tak perasan kamu sedang bersedih? Bagaimana kalau saya tak tanya apa yang berlaku? Adakah kamu akan terus hidup bersama saya tanpa beritahu apa yang kamu dengar?"

Yu Lili menundukkan kepalanya dan berasa bersalah.

Melihat reaksi itu, Ou Ming tahu tekaannya tepat.

Ou Ming berasa kecewa terhadap Yu Lili. Dia mengeluh dalam hatinya dan berkata, "Shen Manting dipilih oleh Mama saya untuk menjadi isteri gaya Eropah. Perempuan itu tak secantik dan sebaik kamu. Dia datang dari keluarga yang kaya, jadi dia biasa dimanjakan dan tak suka jika sesuatu perkara tak ikut kehendak dia. Saya pasti dia akan datang cari kamu."

"Betul. Dia dah pernah hubungi saya sekali. Saya rasa dia sangat angkuh dan bodoh."

Ou Ming tersenyum dan membelai rambut pendek Yu Lili. "Kalau dia cari kamu lagi, jangan lupa beritahu saya. Saya akan uruskan dia. Kamu perlu percaya sepenuhnya kepada saya."