webnovel

Jantung Jing Sao terasa seakan tersekat di kerongkongnya. "Tak, saya tak buat apa-apa!" Oh Tuhan, dia belum pulangkah?! Jing Sao berasa hampir gila. Dia menolak tangan Tang Mengying dan jelas kelihatan panik.

Perlakuannya hanya menambahkan kecurigaan Tang Mengying. Tang Mengying menolak Jing Sao ke tepi dan membuka pintu itu. Dia melalui pintu besi, kemudian pintu kayu dan diikuti sebuah lagi pintu besi yang besar.

Selepas melalui semua pengawalan ketat itu, Tang Mengying tiba di pintu terakhir. Sebaik masuk ke dalam, dia terus membuka suis lampu.

Wajah Jing Sao terus berubah pucat. Pemandangan pertama dari pintu itu ialah satu jeriji besi yang kukuh dan dikunci dengan satu mangga kunci yang besar.

Walau bagaimanapun… jeriji itu kosong! Selimut yang sepatutnya mempunyai seseorang di bawahnya terlipat kemas dengan bantal diletakkan di atasnya.

Riak wajah Tang Mengying terus berubah dan dia bergegas ke dalam sambil menjerit, "Mana dia?"

Seluruh tubuh Jing Sao terasa lemah, tetapi dia cepat-cepat menenangkan dirinya dan menjerit, "Encik Li?"

"Apa?" Satu suara yang bernada marah kedengaran dari bilik air.

Suara itu jelas ialah suara Li Sicheng. Jing Sao merasakan nyawanya seakan hampir tercabut. Dia menyumpah dalam hatinya tetapi berpura-pura tenang.

"Apa yang kamu sedang buat?"

"..."

Tang Mengying menarik nafas lega dan menoleh ke arah Jing Sao lalu bertanya, "Dia ada di sini, jadi kenapa kamu nampak takut?"

Jing Sao terkedu seketika, tetapi kemudian mereka mendengar bunyi tandas dipam. Satu susuk tubuh yang tinggi keluar dengan tubuh yang sedikit bongkok dan membuatkan dia kelihatan tidak sehebat dahulu. Rambut hitamnya yang pendek kelihatan agak kusut masai kerana digunting sendiri olehnya sejak bertahun-tahun. Li Sicheng memakai baju yang berkedut, namun walaupun keadaannya begitu, sikap acuh tidak acuh dan angkuh masih kelihatan pada wajahnya.

Li Sicheng menurunkan lengan bajunya yang dilipat dan duduk di atas katilnya, kemudian mendengus sinis ke arah Tang Mengying. "Kenapa? Sebab dia ambil separuh dadah aku. Apa kau nak lagi?"

Tang Mengying akhirnya faham mengapa Jing Sao begitu gementar.

Dia menoleh ke arah Jing Sao dan bertanya, "Kamu ambil separuh dadah dia?"

Wajah Jing Sao kelihatan resah. Dia berundur selangkah dan berkata, "Saya…"

Melihat riak wajah Jing Sao itu, Tang Mengying berasa lega. Dia menoleh dan berkata sinis kepada Li Sicheng, "Nampaknya walaupun separuh dadah kau hilang, kau masih boleh hidup dan bernafas. Masih lambat lagi untuk kau mati, bukan?"

Li Sicheng merenung Tang Mengying dengan tajam, kemudian tunduk melihat darah pada lengan bajunya.

"Hahaha…" Tang Mengying amat gembira. Dia berkata kepada Jing Sao, "Apa yang kamu takut? Tak ada masalah kamu ambil dadah itu, asalkan dia hidup. Tapi kamu juga perlu berhati-hati."

Jing Sao menarik nafas lega dan mengangguk. "Baik Cik Tang!"

Tang Mengying mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakam Li Sicheng. Kemudian dia menghantar video itu kepada pihak pengurusan dan menaip, "Tengok, dia ada di sini. Jangan risau."

Tang Mengying berpaling ke belakang dan berjalan keluar. Jing Sao merenung Li Sicheng dengan tajam sebelum menutup lampu dan mengunci pintu.

Sebaik sahaja semua cahaya hilang, barulah Li Sicheng berasa lega. Nafasnya tercungap-cungap dan jantungnya terasa seakan hampir tercabut.