webnovel

Makan untuk Dapatkan Tenaga

Editor: EndlessFantasy Translation

Wajah Su Qianci bertambah merah dan dia menundukkan kepalanya. Dia mengambil pisau yang jatuh itu lalu mencubit peha Li Sicheng secara sembunyi di bawah meja. Li Sicheng langsung tidak bergerak seolah-olah tidak merasakannya, dan meminta pelayan mengambilkan pisau baru untuk isterinya.

"Kenapa tangan Qianqian sakit?" Datuk bertanya keliru.

"Tengah hari tadi…"

"Makan dulu!" Su Qianci mengambil sepotong roti dan terus menyumbatnya ke dalam mulut Li Sicheng. Wajahnya kelihatan amat bersalah.

Kapten Li yang sudah banyak pengalaman terus faham apa yang telah dilakukan cucunya. Dia memandang pasangan muda itu sambil ketawa kecil. Entah kenapa, Su Qianci merasakan kepalanya pening. Apa maksud atuk itu? Adakah atuk dapat teka apa yang berlaku? Sungguh memalukan…

Li Sicheng menggigit sedikit roti itu sebelum mengeluarkan ia dari mulutnya dan menyambung, "Tengah hari tadi, kami buat barbeku. Sebab itulah tangan Su Qianci sakit."

Kapten Li memandangnya dengan pandangan memahami dan berkata kepada Su Qianci, "Barbeku saja. Kenapa kamu malu sangat? Ada apa-apa berlaku semasa kamu buat barbeku?"

Em.. Bukan semasa, tetapi selepas… Su Qianci menundukkan wajah dan memotong stiknya tanpa berkata apa-apa. Walau bagaimanapun, tangan kanannya masih terasa lenguh dan hanya mampu memotong dengan perlahan.

Li Sicheng menukarkan stik Su Qianci dengan stiknya yang telah siap dipotong dan berbisik, "Makan untuk dapatkan tenaga. Nanti kita sambung lagi."

Tangan Su Qianci tersentak sehingga garfunya hampir turut terjatuh. Dia melihat wajah datuk yang seakan ingin tahu lalu menendang kaki Li Sicheng di bawah meja. Sambung apa pula!

Kamu rasa nikmat, tetapi ia sangat meletihkan bagi saya…

Li Sicheng masih kelihatan tenang. Dia memandang datuknya yang kelihatan mahu tahu lebih banyak, dan berkata, "Jangan campur urusan orang muda. Atuk dah kenyang?"

"Tak!" Kapten Li menggumam, "Tak bagitahu pun atuk dah dapat teka."

Selepas makan malam itu, Su Qianci terus terdiam, tidak berani untuk berkata apa-apa.

Pada malam itu, datuk mahu pergi memancing jadi pasangan itu turut serta bersamanya. Selepas setengah jam, datuk mula berasa letih. Selepas menghantar datuk ke biliknya, sebaik sahaja Li Sicheng mengeluarkan kunci dari poketnya, Su Qianci cuba melarikan diri secara diam-diam.

"Kamu nak lari ke mana?" Suara dingin itu membuatkan Su Qianci terkaku. "Pergi tidur. Dah lewat." Dan kemudian dia menambah, "Tidur saja."

Wajah Su Qianci sedikit kemerahan dan dia berpatah balik. "Saya bukan lari, saya cuma nak tengok pelan lantai hotel ini."

"Saya percaya kamu," kata Li Sicheng dengan senyuman kecil yang langsung tidak disedari Su Qianci.

Mendengar kata-kata Li Sicheng, Su Qianci bertambah malu. Sebaik sahaja pintu bilik mereka dibuka, Su Qianci segera menyiapkan dirinya dan kemudian berselubung dengan selimut. Selepas beberapa minit, dia terus tertidur. Walau bagaimanapun, dalam mimpinya, dia merasakan seluruh tubuhnya seakan terbakar. Pinggangnya, mukanya, payu daranya, dan kakinya…